Showing posts with label anda suka rtm?. Show all posts
Showing posts with label anda suka rtm?. Show all posts

April 8, 2011

RTM Antara Fantasi dan Realiti

Nota: Entri ini menggunakan a mix of language between Bahasa Malaysia dan juga English supaya kita sama-sama dapat meningkatkan English Education kita… - peminat Usop Wilcha-
Lihat gambar tv berikut;
Apa yang anda fikirkan bila terpandang gambar tersebut?

1. Usang , 2. Lama , 3. Unreliable
4. Irrelevant ,5. Should be put on display in a museum ,6. Bahan koleksi pengumpul barang-barang antik yang terdiri daripada segelintir rakyat Malaysia

Secara jujurnya, ada ke mana-mana rumah/warung yang masih menggunakan tv seperti dalam gambar tersebut?

Sedangkan warung Pak Jabit pun guna LCD screen tv.


Apa kena mengena tv antic di atas dengan RTM?

The same analogy can be used on RTM; old outdated medium.



Untuk memahami berapa lama dan usangnya RTM, rujuk kepada ringkasan peristiwa di bawah (for a complete history on RTM, you may click here: Sejarah RTM)

If it’s too much info for you to read at the link I gave you, here’s a summary. The history on the establishment of RTM has started from the year 1921 by A.L. Birch. Basically, RTM was established as a medium to spread information to the masses.

In year 1942, it was taken over by Japanese army to spread propaganda.

In year 1943, British came back and took over the station again.

Walaupun penubuhan RTM telah bermula sekian lama, RTM tetap akan kekal sebagai salah satu stesen televisyen di Malaysia atas sebab yang kita semua maklum, yakni; kalau RTM ditutup, bangunan Angkasapuri tu nak wat apa? Tempat Hantu Kak Limah bertandang? Eee, simpang…



Here’s my personal view on RTM. But before that, I need to inform you that I have not watched tv (that’s right, tv, not just RTM) for more than a year now. Tempoh paling lama saya tonton tv pun tak lebih dari 5 minit.

So what can you make up from what I just told you?

Ini membuktikan seseorang manusia masih boleh hidup tanpa menonton tv (tapi internet masih diperlukan. Tiadanya internet lebih dari setengah hari boleh mengakibatkan sawan)


RTM dan saya


Saya membesar dengan RTM; saluran 1 dan 2.

Antara rancangan-rancangan nostalgia yang saya tonton dulu adalah;


1. Akantare (Drama alih suara Jepun) 2. Maskmen 3. Tomatoman
4. Jackie and Her Bush Baby In Savannah 5. Wildcat (Drama alih suara Sepanyol) 6. Usop Sontorian 7. Along   8. Power Rangers

Dalam banyak-banyak rancangan RTM, yang paling mengimbau kenangan adalah Berita Jam 10. Waktu kecil, pukul 10 adalah waktu tidur saya. Dalam situasi mamai, mendengar suara Farid Ismet Ulam Raja, eh… ehhh… ehhhh… tersasul, Farid Ismeth Emir berkumandang ke udara bagaikan membuai daku ke alam barzakh mimpi.

Sebagaimana saya ingat penampilan dan gaya penyampaian berita beliau 20 tahun lalu, begitu jugalah beliau pada hari ini. Awet muda gitu;


Untuk seseorang manusia kekal terampil seperti 20 tahun lalu adalah sesuatu perkara yang baik.

Now let me rephrase the statement that I just made about Farid;

Sebagaimana saya ingat penampilan dan gaya penyampaian berita beliau RTM 20 tahun lalu, begitu jugalah beliau RTM pada hari ini. Langsung tak berubah.

I know it’s harsh, tapi saya tak lihat apa-apa perubahan positif pada RTM. Berbagai-bagai usaha telah dilaksanakan untuk menambahbaik mutu penyiaran dan penyampaian, but they are all the same to me. I’m saying this based on the comparison to other tv stations.

Dari segi mutu penyiaran, penyampaian, penampilan dan lain-lain aspek, RTM tenggelam kalau diletakkan sebelah stesen tv Nasional yang lain.

Saya orang muda (anyone was born after the 80’s stay forever young. Those who were born before that but think you are still young, then you need to like this entry to prove it :), and eventhough RTM was once the tv station that I was loyal to (mainly because back then there was not many options) but sekarang memang saya rasa tak ada apa-apa yang boleh membuatkan saya tonton RTM.

Adakah rakyat Malaysia, terutama sekali golongan muda menerima baik RTM?

Untuk menjawab persoalan di atas, sila click link di bawah dan anda boleh baca sendiri di wall post RTM di facebook untuk tengok sendiri sama rakyat Malaysia menerima RTM atau tidak. Saya tak akan memaparkan screenshot wall tersebut di sini kerana blog ini tidak menyokong cacian dan makian.


(Ctrl + Click to open in new tab)


Kritik boleh, tapi haruslah dengan berhemah. Belajar mengkritik dengan berhemah di sini : sandwich.

Cadangan untuk penonton RTM


Sebelum saya kemukakan cadangan untuk RTM, walaupun di atas saya ada menyatakan yang saya tak akan memaparkan screenshot wall RTM di sini, but I feel there’s one comment that I need to share with all readers, terutama sekali mereka yang tidak suka dengan RTM untuk renungan kita bersama.

This is a comment from the page admin;


Now consider this.



Soalan : Apa yang membuat RTM tak relevan?
Jawapan : Stesen tv yang lama dan tua, tiada pembaharuan

Soalan : Kenapa tiada pembaharuan di RTM?
Jawapan : Kebanyakan orang yang bekerja dengan RTM adalah golongan tua yang tak dapat menerima benda baru

Kita semua tahu yang kebanyakan orang yang bekerja di RTM adalah golongan tua. This is what you need to consider before you condemn RTM on their facebook wall;

Mereka yang bekerja di RTM adalah berpangkat ayah dan datuk. How would you feel if people say those nasty words to your father or grandpa?

Contohilah si Husin dalam Hantu Kak Limah Balik Rumah yang masih menghormati dan berbudi bahasa dengan Pak Jabit walaupun Pak Jabit seringkali menengking beliau.

Kita semua ada perasaan. RTM terikat dengan suatu kuasa yang besar (tak perlu penjelasan) dan mereka yang bekerja dengan RTM hanya sekadar menjalankan tanggungjawab mereka. They do what they have to do just to make a living; you would do the same if you were in their shoes.

So again, as a reminder, belajar untuk mengkritik dengan berhemah di sini : sandwich

Cadangan saya untuk RTM menarik lebih ramai penonton

Sukan
Rata-rata komen di wall post facebook RTM mahukan menyiarkan laporan sukan, terutama sekali perlawanan bola sepak Liga Malaysia.Sekarang sokongan dan harapan terhadap arena sukan tanah air makin meningkat, bukan sahaja untuk bola sepak, tapi juga squash, badminton dan lumba basikal.Sebagai stesen televisyen nasional menjanjikan yang terunggul kepada penonton, siarkan Liga Malaysia dan laporan-laporan sukan negara.


Information
Ramai orang yang menolak informasi berita yang disiarkan di RTM kerana terlalu ketara akan sikap berat sebelah dan pilih kasih yang diamalkan. Kenapa laporan untuk satu pilhak digambarkan sebagai syurga,satu pihak lagi sebagai neraka, sedangkan dua-dua lebih kurang sama?

Trust me when I say many Malaysians, especially the young generation reject *you know what* and chose to support *you know what* not because of the ideology, but because of the bias reporting in the news.

Laporan berita RTM (dan stesen televisyen lain) haruslah lebih telus dan jujur. Tak salah kalau menyokong sesebuah *majlis (cari perkataan sinonim) tetapi janganlah menghentam *majlis (cari perkataan sinonim) yang lain.

Laporkan inspirasi dan aspirasi pihak yang disokong, tentang pelan pembangunan Malaysia yang dirancang pihak tersebut, akan cara-cara yang dilaksanakan pihak berikut untuk menangani kenaikan harga barang, tapi tak perlu laporkan tentang tandas kotor di rumah pihak yang tak disokong.

Penampilan
We have to be realistic. There’s no way RTM can be no 1 in term of entertainment. One of the most important aspects in entertainment is appealing appearance. Just look at RTM header from their website. It looks like the person who designed it was using MS paint.


Saya bukanlah nak kata saya nier handal bab design mendesign nier, tapi kalau RTM menganjurkan mini design contest kepada pelajar sekolah, university and college, RTM can get a much better design.

Dan design untuk RTM tak perlulah menjadi bombastic, super fantastic, tapi haruslah nampak kemas dan teratur. Simple but neat, then RTM can look more professional and presentable.


Dokumentari

Salah satu matlamat penubuhan asal RTM yang pada awal-awalnya dikenali sebagai Malayan Wireless Association adalah untuk menyebarkan maklumat. Malangnya pada tahun 1942, tentera Jepun telah mengambil alih stesen tersebut dan menggunakannya untuk menyebarkan propaganda.

Walaupun pada 1943 British telah kembali mengambil alih stesen tersebut semula, malangnya sampai sekarang tujuan Jepun mengambil alih stesen tersebut tak berubah, RTM masih digunakan untuk menyebarkan propaganda, hanya sekarang wataknya sahaja yang dah berubah.

Untuk memastikan RTM dapat menarik kembali minat penonton, RTM kena kembali kepada tujuan penubuhannya, iaitu sebagai medium penyebaran maklumat.

Tambah rancangan informasi berbentuk dokumentari berkaitan:
1. Alam Sekitar  2. Kesihatan   3. Ekonomi  4. Perniagaan  5. Pertanian 
 6. Saham  7. Hartanah  8. Islam  9. Kehidupan  10. Dan lain-lain


Kesimpulan
Sebagai kesimpulan, sama ada saya fikir RTM masih relevant atau tidak, tak penting kerana saya tak tengok tv pun. So to find out if RTM is still relevant or not, let the readers decide for yourselves.

Klik sini untuk menjawab soalan sama ada RTM masih relevan atau tidak : RTM; relevan?

P/s: Masih ingat lagi apa yang saya kata pasal orang muda. Kalau dah lupa, itu adalah salah satu orang yang mula lanjut usia. Hehehe…

Tentang Penulis : Abuya Hayat seorang penulis muda yang berbakat dan mampu melontarkan pandangan dengan begitu berkesan di dalam Bahasa Melayu or BI. Dengan tagline, Slamberlah Why So Serious? menceriakan lagi blognya. Terjahi blognya untuk melihat perkongsian menarik .

P/s/s: Apa pula pandangan anda tentang RTM?

April 11, 2010

Kenangan Saya Bersama RTM


Radio Televisyen Malaysia

Apakah KenangAn Saya Bersama RTM ya? Oh ya, sebelum tu, Siapa yang tak kenal RTM sila angkat tangan ? Inilah Radio Televisyen Malaysia milik Jabatan Penyiaran Malaysia, Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan. Sebelum saya memulakan segmen kenangan saya, serangkap pantun sebagai pembuka kata :

Radio Televisyen Malaysia banyak berjasa
Kepada artis dan penonton setia
Kenangan manis dan pahit bersama si dia
Itulah RTM akan ku mulakan cerita

Inilah kenangan saya :


1) P. Ramlee dan Sudirman

Setiap kali ada filem P. Ramlee di RTM, memang aku akan tonton jika berkesempatan. Cerita-cerita P. Ramlee memang best dan menusuk kalbu seperti Madu Tiga, Do Re Mi, Laksamana Do Re Mi, Bujang Lapuk, Labu Labi dan banyak lagi. Tak lupa juga Sudirman, masa kecil bila tengok filem Kami, aku menitikkan air mata kesedihan.Cukup syahdu dan  menyentuh jiwa.

2) Filem Hindustan

Hak3, aku ni dulu peminat cerita hindustan. Sekarang masih minat cuma kurang berpeluang menonton. Rasanya setiap hari Jumaat atau Sabtu waktu petang, aku dan ibuku memang akan menonton cerita hindustan. Masa tu lakonan hero seperti Shah Rukh Khan, Amitabh Bachan dan banyak lagi.Syahdu dan layang jiwang je. 

3) Kartun-Kartun Yang Best

Zaman budak-budak memang tak dapat melupakan cerita kartun yang sangatlah best seperti Suria Baja Hitam, Gaban, Thurdercat, Flashman, Maskman, Doraemon, dan juga Dash Yankuro. Sampai skang masih tak boleh lupakan tagline dan irama lagi seperti 'Thunder,thunder,thundercat', 'Atoni to ni ciwa,ang ang ,ang..doraemon dan juga 'Gaban Z potong 2' .Kalau maskman pula sampai sekarang tertanya-tanya kenapa asyik Maskman merah je yang kalahkan musuh? RTM boleh tolong jawabkan?

Cukupla dulu. banyak lagi kenangan  sebenarnya tapi masa mencemburui saya.Sekarang sudah pukul 930 malam. Hik3. Kenangan sedih/kecewa pula bersama RTM pula adalah :

1)RTM bukan lagi saluran No. 1 ku

Lebih-lebih lagi bila kemunculan ASTRO. Kalau buka tv, mesti buka TV3 dulu. Pastu kalau tiada cerita best di tv3, buka AXN 701, 104,105,107, 708,711,812,813 dan bila takde cerita dah barulah buka RTM iaitu TV1 dan TV2. Radio lagila,mesti HOT FM yang dibuka sepanjang memandu.Radio apa siaran RTM pun aku masih tak tahu dan tidak mahu ambil tahu.

2) RTM macam sudah hilang serinya
HOnestly, cerita last yang aku tengok di RTM adalah National Geographic, semalam layan Walking Tall tak sampai setengah jam, Si Capik dan Gerak Khas. Entah kenapa, rasanya cerita di RTM semakin hari semakin kurang menyengat dan jauh ketinggalan di belakang jika dibandingkan dengan tv lain terutamanya TV3. Kenapa ianya terjadi? Rasanya RTM dapat hak penyiaran World Cup namun Astro pun dapat juga rasanya ditambah dengan Astro B.yond, sudah pasti ramai yang akan tonton Astro.

3)RTM kurang promosi dan bagaikan hidup segan mati tak mahu
Saya bukannya mahu mengutuk, namun ini ikhlas dari hati saya. Sekiranya RTM terus begini tanpa pembaharuan yang membina dan menarik, semakin lama RTM akan hilang dari hati penonton terutamanya generasi baru. Kalau tanya anak buah saya, channel mana yang paling suka? Sudah pasti jawapan 611, TV3 dan RTM tiada dalam senarai mereka. 

Cukupla dulu, kan marah dan kena saman aku dengan RTM. Cakap lebih-lebih pula. Namun, aku mengomen untuk pembaharuan dan supaya mutu RTM dipertingkatkan. Aku sayangkan lagi RTM, teringat cerita Gila-Gila Remaja di RTM, drama bersiri Keris Hitam bersepuh Emas dan sebagainya.

Tak lupa juga, inilah cadanganku untuk RTM :

Pendapat

1) Satu slot dapat dibuka untuk penonton memberikan pendapat dan pandangan misalnya di Facebook Fan, twitter, e-mail dan banyak lagi bagi memperbaiki dan berkongsi pendapat. Kalau inginkan peningkatan, mestilah tanya penonton kan?

2)Slot-slot dan cerita yang lebih menarik di RTM. Dalam pandangan saya, kartun-kartun lama yang best seperti saya nyatakan di atas, disiarkan semula disamping cerita yang lebih mesra dan menarik hati penonton. Saya ingin sangat nak tengok Keris Hitam Bersepuh Emas  ditayangkan semula.

3)Laman web http://www.rtm.gov.my  dapat diperbaiki. Sekali tengok ,nampak macam kurang profesional ,tidak begitu up todate, tulisan yang kecil ,gambar-gambar yang kurang menarik, membosankan, dan sekali singgah tidak mahu singgah lagi. Mungkin boleh tengok website TV3, http://www.tv3.com.my  , perbezaan kualiti laman web bagaikan langit dengan bumi. No wonder, TV3 semakin utuh di persada Malaysia dengan pelbagai inisiatif baru dilancarkan.

4)Lebihkan promosi dan buat survey macam Merdeka Survey jadi feedback secara dekat dapat diperolehi. 

Cukup dulu, last but not least serangkap pantun buat RTM :

RTM semakin hilang seri
Namun masih belum terlambat lagi
Perbaiki mutu  dan dapatkan pandangan pelbagai golongan dan kategori
Agar RTM terus gah di persada penyiaran Malaysia dan terus diingati

"Sempena Ulang Tahun RTM Ke-64, dilangsungkan programSorakan 1Malaysia 1Dunia dan Gegar Generasiku yang mengalu-alukan kehadiran orang ramai dua hari berturut-turut pada 3 dan 4 April 2010 seawal 8.00 pagi bertempat di perkarangan Kompleks Angkasapuri, Kuala Lumpur. Jom pergi ramai-ramai!" (Sudah terlepas dah, ada sesiapa yang pergi tak? Amcam, best? )

Entry ini ditulis untuk Contest :

Kenangan Saya Bersama RTM yang dianjurkan oleh JARD

P/s : Apa pandangan anda tentang RTM pula? Tentu ada yang ingin dikongsi sekali kan?
Related Posts with Thumbnails