Samak Rumah Baru
Teringat zaman kerja jadi Cleaner Universiti zaman belajar dulu
Guna Serbuk Tanah Liat (RM 6 satu paket)
Inilah rupanya yang tak berapa nak Coklat mana
Alhamdulillah, rezeki kami sekeluarga. Hasrat kami untuk memiliki 2 buah rumah/condo sebelum umur mencecah 30 tahun akhirnya tercapai. Rumah ni atas nama Isteri seorang saja, sebagai tanda sayangku buat Isteri. Hik3, poyo je...
Sebelum tu, bukan main teruja lagi puteri tersayang :
Jomla Papa, Alisya nak pi Rumah Baru
Rajin Puteri Papa Susun Buku Untuk Library Mini kami nanti (gambar beberapa hari yang lepas)
Dah tempah lori, Sabtu ni akan berpindah secara rasmi ke rumah baru. Urusan pun semua dah settle, tunggu bank releasekan duit kepada pemilik lama. Alhamdulillah, dah hampir 2 tahun menyewa, akhirnya dapat juga berpindah ke rumah sendiri. Next year, rumah atas nama aku dan Isteri bakal disiapkan developer, umm, serba salah juga lepas ni nak pindah or stay saja di tempat ini. At least, yang ni sudah fully furnished.
P/s : Tiada sesiapa nak tolong saya pindahkan barang ke? Hik3....
P/s/s : Penat kan pindah-pindah ni?