Showing posts with label sebab azrinaz diceraikan. Show all posts
Showing posts with label sebab azrinaz diceraikan. Show all posts

June 18, 2010

Kisah Azrinaz Mazhar Diceraikan Sultan Brunei | You Won't Believe of What She Did

Photobucket
Kisah Azrinaz Mazhar Diceraikan Sultan Brunei. You Won't Believe of What She Did?


Sambungan dari entry Azrinaz Mazhar Diceraikan Sultan Brunei Talak Satu | Anak-Anak Menjadi Mangsa agak terkejut dengan komen yang diberikan di entry itu. Komen oleh Anonymous dan sesetengah pengomen yang lain. Saya andaikan pengomen ini datangnya dari :

Brunei dan Malaysia based on Histats ini

Inilah antara komen mereka Kenapa/Sebab/Punca  Azrinaz Mazhar diceraikan Sultan Brunei :

1) Anonymous said...

Tak kesian pun.. she deserved it.. after all the prosperity were given to her..itu lah... Allah nak tunjuk niat sebenar seseorang itu. Tak bersyukur atas limpah yg diberi... you wont believe of what she did.
2) Anonymous said...
jgn hina sultan kmi.kmi sndiri nda penah hina bginda..ceta cerai ne kmi lbih tau n yg lbih tahu Allah n sultan ja lh..bkn nya sultan brunei mngabai kn tanggung jwb..jgn lh tamak klu kawin sma kerabat..anak2 dia ttap lh ada nafkah,nda lh sultan kmi 2 jahil dlm agama. k peace no war please..nnti2 kmu tau lh ceta nya nnti 2..
3) suria said...
actually aura-aura cerita tentang azrinaz dah memang heboh kat brunei since early this year... diorang tak berani cakap cuz kat brunei ahli KDN tak kasi sebar2x cerita.. so banyak spekulasi keluar..entah mana betul mana salah.. but bila ada pengumuman di buat kat tv brunei.. orang brunei dah memang target sultan nak umum tentang cerai cuz heboh kat fb and twitter before berita di siarkan pukul 8 semalam

some said, azrinaz copy tandatangan sultan, curi barang kat istana, tamak, ada scandal dengan someone.. but biasalah cerita2x orang.. tak tau mana yang betul

4) Anonymous said...

dengar citer bekas isteri gila harta & mengambil brg tanpa izin sbb tu Sultan tak suker..

Saya tidak berani untuk membuat andaian.  Sebagai seorang Sultan/Pemerintah negara saya rasa dia tentu ada sebabnya yang tersendiri. Lambat laun perkara sebenar akan diketahui juga kan bak kata pepatah Bangkai Gajah tidak dapat ditutup dengan nyiru. Jadi, kita tunggu dan lihat la saja.


Bukan mudah menjadi seorang sultan .Walaupun kaya,mewah dan semua kemahuan dipenuhi, namun semua perkara juga menjadi bualan.
Tidak mudah juga menjadi Isteri kedua Sultan. Banyak peraturan yang perlu diikuti. Saya tidak mahu menuding jari kerana tiada bukti yang sah siapa yang betul ataupun salah. Wait and See, kebenaran dan sebab sebenar pasti muncul nanti.
Kita dengar kisah Isteri kedua Sultan Brunei diceraikan namun kita mungkin tidak sedar apa kisah duka saudara mara atau jiran sebelah rumah.


P/s :

Hidup berumahtangga bukannya mudah
Zaman sekarang perceraian di sana sini
Perbaiki diri,ambil iktibar dan jangan mudah melatah
Agar kita menjadi suami/isteri yang dirahmati dan berkekalan sampai mati

P/s/s : Jangan mudah mendengar khabar angin.

June 17, 2010

Azrinaz Mazhar Diceraikan Sultan Brunei Talak Satu | Anak-Anak Menjadi Mangsa

Azrinaz Mazhar Diceraikan Sultan Brunei Talak Satu

Terbaca kisah yang tengah hangat di media massa, blog dan menjadi bualan di sana-sini. Informasi seperti di blog BeautifulNara yang bertajuk Azrinaz Mazhar, Isteri Sultan Brunei Diceraikan Talak Satu :

"Kami dahulukan ucapan takziah kepada Azrinaz Mazhar kerana berita yang kami dengar bahawa beliau telah diceraikan oleh Sultan Brunei dengan talak satu. Dan segala pangkat, pingat dan jawatan kebesaran Azrinaz Mazhar juga telah dilucutkan. "

Sumber Harian Metro turut mengatakan :

"BANDAR SERI BEGAWAN: Sultan Brunei malam ini mengumumkan menceraikan isterinya keduanya, Pengiran Isteri Azrinaz Mazhar Hakim Mazhar dengan talak satu.

Sultan Hassanal Bolkiah, 63, menikahi Azrinaz pada 20 Ogos 2005. Beliau ketika itu berusia 26 tahun sementara baginda berusia 58 tahun.Pengumuman khas itu mengenai perceraian itu diumumkan oleh Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana, Pengiran Alaudin Pengiran Abu Bakar melalui web tv Radio Televisyen Brunei (RTB), malam tadi. Kesemua pingat dan darjah kebesaran yang pernah dianugerahkan kepada bekas wartawan penyiaran TV3 itu ditarik balik serta-merta.

Perkahwinan pasangan diraja itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putera Abdul Wakeel, 3, dan Puteri Ameerah Wardatul, 2."

Lebih lanjut pasal cerita Ini, bolehla rujuk entry mereka INI :

SULTAN BRUNEI CERAIKAN AZRINAZ TALAK SATU

Azrinaz Mazhar Hakim & Sultan Brunei Bercerai

Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah Dan Azrinaz Mazhar Telah Bercerai

Sultan Brunei dan Azrinaz bercerai

Saya bersedih sebagai seorang suami/bapa kerana perceraian sebegini, anak-anak lah yang bakal menjadi mangsanya. Masih kecil ibu dan bapa sudah bercerai. Bukan mudah melalui kehidupan tanpa ibu dan ayah. Perit dan menyukarkan kerana saya ada kenalan yang keluarga bercerai. Emosi mereka terganggu.

Siapakah yang bakal mendapat hak penjagaan anak? Dan adakah anak-anak ini akan mendapat kasih yang setimpal dari kedua-dua ibu dan bapa? Adakah akan muncul kisah Bawang Putih Bawang Merah kembali?

Teringat kisah seorang saudara Isteri, si anak sulung si Bapa yang menjaga, anak bongsu, si ibu yang menjaga kerana perceraian. Si ayah pula pernah ibubapanya juga bercerai dan dia memang tidak begitu akrab dengan bapanya.

P/s : Tidak kirala perceraian diraja, perceraian biasa, anak-anakla yang selalu menjadi mangsa. Masih sedih dengan kisah yang disampaikan Isteri, juga soal perceraian keluarga terdekatnya. InsyaAllah akan dikongsikan untuk pengajaran bersama.

P/s/s :Minta-Minta dijauhkan dengan perkara sebegini. Perceraian itu dibolehkan dalam agama tapi perkara yang paling dibenci oleh Allah.

P/s/s/s : Apa sebabnya perceraian ini ya? Tiada hujan,tiada ribut, tiba-tiba diceraikan. Adakah Sultan mahu kahwin lagi satu?
Related Posts with Thumbnails