Showing posts with label tawaran tambahan modal syer. Show all posts
Showing posts with label tawaran tambahan modal syer. Show all posts

May 21, 2011

Tawaran Tambahan Modal Syer/Pembelian Syer Baru Bank Rakyat 2011


Alhamdulillah, semalam check peti surat dapat surat menggembirakan dari Bank Rakyat " Tawaran Tambahan Modal Syer/Pembelian Syer Baru Bank Rakyat 2011". Alhamdulillah, boleh buat tambahan sebelum 31 Ogos 2011.

Special thanks buat Bro SharingInfoz, kalau tak kerana entrynya Dapat Surat Gembira dari Bank Rakyat, tentu saya tak pi semak surat ni. Yerla, masih di alamat rumah lama, nasib baik surat tu masih ada di situ.

Masa orang sibuk Queue panjang aritu, eyriqazz takpi. Tak sempat nak mencelah cari masa kekosongan. Hampa laa juga.Isteri pun pulang tangan kosong,time dia pi, borang habis. Nasib baik masa buat Personal Loan Bank Rakyat tahun lepas, terus isi borang nak buat tambahan. Just In Case. Masa tu apply dalam RM10K, dapat separuh ni pun kiranya ok la kan? Opps, mana nak cekau RM5K ni? Hik3,kena menabungla duit blogging camni sebelum 30 August nanti.

Syukur, sekarangni Bank Rakyat, secara konsisten memberikan dividen lebih kurang 15% setahun. Kalau invest RM5K ni, dapatla dalam RM750 kan? Not bad, pelaburan yang berbaloi2.

Jangan lupa semak peti surat anda, manatau ada juga Surat Tawaran Tambahan Modal Syer/Pembelian Syer Baru Bank Rakyat 2011 ini. Better invest sini dari join skim cepat kaya or MLM yang belum tentu memberikan kebahagian.
Related Posts with Thumbnails