Showing posts with label bank rakyat. Show all posts
Showing posts with label bank rakyat. Show all posts

May 21, 2011

Tawaran Tambahan Modal Syer/Pembelian Syer Baru Bank Rakyat 2011


Alhamdulillah, semalam check peti surat dapat surat menggembirakan dari Bank Rakyat " Tawaran Tambahan Modal Syer/Pembelian Syer Baru Bank Rakyat 2011". Alhamdulillah, boleh buat tambahan sebelum 31 Ogos 2011.

Special thanks buat Bro SharingInfoz, kalau tak kerana entrynya Dapat Surat Gembira dari Bank Rakyat, tentu saya tak pi semak surat ni. Yerla, masih di alamat rumah lama, nasib baik surat tu masih ada di situ.

Masa orang sibuk Queue panjang aritu, eyriqazz takpi. Tak sempat nak mencelah cari masa kekosongan. Hampa laa juga.Isteri pun pulang tangan kosong,time dia pi, borang habis. Nasib baik masa buat Personal Loan Bank Rakyat tahun lepas, terus isi borang nak buat tambahan. Just In Case. Masa tu apply dalam RM10K, dapat separuh ni pun kiranya ok la kan? Opps, mana nak cekau RM5K ni? Hik3,kena menabungla duit blogging camni sebelum 30 August nanti.

Syukur, sekarangni Bank Rakyat, secara konsisten memberikan dividen lebih kurang 15% setahun. Kalau invest RM5K ni, dapatla dalam RM750 kan? Not bad, pelaburan yang berbaloi2.

Jangan lupa semak peti surat anda, manatau ada juga Surat Tawaran Tambahan Modal Syer/Pembelian Syer Baru Bank Rakyat 2011 ini. Better invest sini dari join skim cepat kaya or MLM yang belum tentu memberikan kebahagian.

February 24, 2011

Dividen Bank Rakyat 2010 | 15% Rezeki Bertambah


Yey, gembira hati ini bila dapat tahu Kadar Dividen Bank Rakyat 2010 adalah 15% yang baru saja diumumkan hari ini, 24 February 2011 .

"Pendapatan kasar Bank Rakyat naik 24.3 peratus kepada RM4.70 bilion daripada RM3.78 bilion sementara pendapatan bersih selepas pengagihan keuntungan kepada pendeposit meningkat 16.7 peratus kepada RM3.05 bilion daripada RM2.61 bilion sebelum ini. 

Ia mengisytiharkan dividen 15 peratus bernilai RM294.9 juta. " Credit Berita Harian Online
-


Hik3, saham saya di Bank Rakyat ada RM500 je hasil buat pinjaman peribadi 2 tahun lepas. Kalau dicongak, 15% dari jumlah itu itu, dapatlah RM75 kan? Okla tu,boleh la buat belikan Susu untuk Alisya. Lumayan juga dividen bank rakyat untuk tahun berakhir 2010 ni ya?

Tahniah buat Bank Rakyat. Bila mahu kasi kasi tambah kadar pelaburan? Bolehla Invest lebih skit kalau ditambah kan?

Related Posts with Thumbnails