September 16, 2009

Sabah oh Sabah

Teringin nak pi Sabah lagi.Dulu,masa wife aku kerja kat Sabah,slalu la juga pi sana.Boleh dikatakan setahun 2 kali.Walaupun pi sana sekejap dan tak sempat nak jalan-jalan mana,namun,aku tetap puas hati.Slalunya aku stay kat Hotel Deleeton, Kota Kinabalu,betul-betul depan Central Point (pusat membeli belah macam MidValleytu).Dapat diskaun lagi coz isteriku kakitangan kerajaan.Memang puas hati.

 
Sebelum ni pun,aku dah pernah booking Sutera Harbour,tapi 2 tiga hari je nak pi,wife aku ada kursus pula.Terpaksalah batalkan.Knapa aku beriya-riya nak pi Sabah lagi ye?

Ikan bakar yang segar dan enak sekali

Pertamanya,nak makan ikan bakar Sabah.Mmg sedap dan segar.Mana taknya,terus naik dari bot,terus dipanggang atau bakar.Tambah menyedapkan lagi,harganya mmg murah.Seekor kerapu bakar yg besar baru dlm RM10-15,sotong besar RM10,sotong kecil 3 cucuk RM10,ketam RM5-10.Biasanya aku pi makan kat belakang Pasar Philipine,dia buka dlm kol 3 petang ke atas ,memang meriah.Kalau nak makan yg cam stail restoran skit,blelah pi kat Depan Hotel Promenade,betul-betul sebelah sungai.harganya mahal sikit la,tapi memang sedap.Apapun,aku lagi sukakan yg di belakang Pasar Filipine, segar,murah,dan lazat.

 
Isteri aku pula suka shopping di Pasar Filipine.Tak sah kalau singgah tak beli mutiara.Harganya memang berpatutan.Selain daripada tu,boleh beli butang baju melayu mutiara, kerepek Sabah, ikan bilis dan udang kering yg mmg tersangat murah, dan sebagainya.

 
Kalau jalan-jalan masa tengahhari,tak sah kalau tak singgah di Kedai menjual Air Kelapa.Dia letak dalam kotak cam freezer.Sejuk dan cukup menyamankan.Central Point dia pun boleh tahan,kalau sesiapa pi sana aku rekomenkan pi try buat "Foot Reflexology" tapi lupa nama kedainya.Harga berpatutan dan memang rasa ringan la badan bila dah sudahtu.

 
Setakatni,pi Sabah hanya sempat jalan-jalan di bandar KK je.Yerla,masa tak mengizinkan dan pi sana satu dua harije biasanya.Mungkin lain kali boleh ronda-ronda lagi jauh dan sewa kereta.Tapi,bila ye?

P/s : Sabah oh Sabah, mengapakah aku merinduimu?

1 comment:

  1. tak pernah makan kat belakang pasar filipine tu. huhuhu. biasa makan ikan segar kat umah je. hee.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails

Hidupkan Untuk Memberi