November 17, 2009

Status Halal Old Town White Coffee

To be honest, restoran ni memang antara restoran kegemaranku sebelum ini.Ini disebabkan makanannya memang sedap terutamanya kegemaranku roti bakar,nasi lemak, white coffee, mee kari, dan juga telur separuh masak.Harganya pun boleh la tahan dan suasana makan di situ santai dan menenangkan.


Restoran Old Town White Coffee

Aku yakin makan di sini sebelum ini kerana setiap kali pi kedai ni ada tanda halal ditampal,ada pekerja beragama Islam,  dan ramai pengguna Islam yang berkunjung disitu.Desas-desus ada kudengar katanya restoran ini banyak menyediakan makanan yang diragui halalnya namun aku belum jumpa sumber yang mengesahkannya ketika itu .

Namun,minggu lepas aku dapat sendiri e-mail yang diforwardkan oleh rakan sekerja ku.Agak terkejut juga membaca e-mail tersebut dan aku mulala ragui status halalnya.Alamak,camne ni?Tak boleh jadi,aku pun terus pi website JAKIM di  http://www.islam.gov.my  dan aku pun menggunakan perkhidmatan/link e-mail kakitangan dan sayapun copy&paste kan e-mail tersebut dan hantar ke beberapa kakitangan JAKIM.

Selang beberapa hari ,saya mendapat jawapan mereka .Inilah jawapan yang mereka berikan :


Jawapan pertama


Jawapan kedua (lebih meyakinkan)


Maklumat seperti yang diberikan dari link tersebut : http://www.halal.gov.my/aduan_siar_c.php?id=8741&a=U

Inilah copy utk pertanyaan diatas yang telah dikemukan oleh seorang pengguna pada 12 Dec 08 (agak terkejut kerana tiada hebahan media dan tak sampai maklumat ini kepadaku)

Soalan : Saya ingin bertanya tentang sijil halal bagi WHITE COFFEE Oldtown Kopitiam. Adakah premis ini mendapat sijil pengesahan halal bagi semua produck dan bagi semua outlet?

Jawapan :Assalamualaikum.. Old Town White Coffee memiliki sijil halal daripada Jab Agama Islam Perak hanya untuk produk coffee 3 in 1 dan pelbgai variasi coffee & tea segera. Sementara bagi premis makanan / restoran, TIADA rekod syarikat ini memiliki sijil halal daripada HDC, Jab Agama Islam negeri atau Badan Islam yang diiktiraf.

P/s : Sesal dahulu pendapatan,sesal kemudian tiada gunanya.Apapun,lepas ini aku akan lebih berhati-hati dalam memilih restoran/kedai makan agar apa yang aku makan tidak diragui halalnya.Cuma yang aku harapkan pihak JAKIM dapat menghebahkan perkara-perkara seperti ini di media masa agar kami sebagai pengguna mudah untuk membuat pilihan/tidak termakan makanan yang tidak halal.Tepuk dada,tanya selera.Yang sedap memang susah nak resist kan?

25 comments:

  1. copy jela yg halal..
    nasib baik aku tak pernah makan kat OTWC ni

    ReplyDelete
  2. su pun suka gak mkn mi kari, roti bakar & sume2 food kat situ..bila dah tahu status halal diragui, mmg x mkn terus..ada kawan pernah jadi manager kat OTWC ni, tapi berenti keje sbb dipergunakan oleh org atasan utk mendptkan status halal tu..

    ReplyDelete
  3. ha ? bkn Ipoh town white coffee paling femes ka ? Old town.. blem pernah gi taste

    ReplyDelete
  4. eee...takut jugak nih...belum pernah try lagi makan kat sini..

    ReplyDelete
  5. hmm entahlah, saya tak pernah rasanya pi makan sana... anyway kalau kita pi pasar malam pun, mana ada yang dapat pengesahan JAKIM.....

    ReplyDelete
  6. cuba la google lebih sikit pasal OTWC ni. nanti akan jumpa makanan dia campur dengan bahan yang diperbuat daripada kura-kura la. euuwww. dan juga sikap franchising dorang yang xnak beri kepada bangsa melayu. selain itu, ada satu jenis mee yang digunakan memang sah tak halal

    ReplyDelete
  7. tak sangka tak halal...

    patut jakim ni buat tanda haram kat restoran yang tak halal...

    senang sikit...

    ReplyDelete
  8. xpenah ag lepak old town white kopi..
    huuu..
    well..
    aki ziarah blk...
    nuff tdo...

    ReplyDelete
  9. saya dah beberapa kali mkn kat sana..terkilan sgt..nak mintak izin untuk copy this entry..eh bukan copy sebijik, cuma referkan info tu drp blog ni? boleh?

    ReplyDelete
  10. Suliana,
    Me too.Knapa dulu tak terfikir nak check di net ye?

    nizaa,
    nasib baik.

    Sharinginfoz,
    U r rite

    chokilala,
    thanks for the info.Perlu berhati2 in the future.Tertipu ngan tanda halal ditampal di premis.Marah dan sedih tiada tindakan diambil JAKIM.Cam diperbodoh2kan.

    Nor Hanis,
    me too n u r rite.Pihak berkuasa patut lebih aktif.

    Solehah,
    Boleh,apa salahnya.Perkara yang baik eloklah di kongsi kan?

    ReplyDelete
  11. nk senang, tgk la ada sijil halal atau x. jgn diskriminasi kedai yg bukan org melayu masak. sy mkn je kat old town white coffee. ade je stats halal for all food & drinks.

    ReplyDelete
  12. qatrum,

    Tiada isu diskriminasi di sini.Bukan saya yang menghukum atau mengadili disini.Jawapan yang diberikan oleh pihak JAKIM sendiri berkenaan status restoran ini.Jadi,terpulanglah kepada anda.Sudah terang lagi bersuluh,pilihan di tangan anda.

    Tepuk dada tanya selera.Saya pun tertipu dengan tanda halal tersebut dan memang saya salah seorang penggemar OTWC sebelum.tidak pernah timbul isu makanan disediakan oleh org bukan melayu yg masak.Yang penting halal.

    ReplyDelete
  13. owh, ok

    salam, sorry to be rude.

    tapi sy dah pernah search pasal ni, yang x halal tu pasal kes nissin noodle dlu, pastu ape ntah lagi. tpi skrg menu tu pon dah xde. yup, ape2 hal pon kalau dah was2, baik xyah mkn kan? tapi sy yakin, dah kaji bulan lepas, baca dari byk sgt blog pasal OTWC ni. :)

    ReplyDelete
  14. Qatrun,

    Qatrun,

    It's ok.Saya tak emo pun.Saya hanya berkongsi pendapat dan e-mail yang saya dapat dari JAKIM ni baruje minggu lepas.Di attachment situpun ada tulis tarikhnya.Apapun,tepuk dada,tanya selera.Pilihan di tangan anda.Even di blog saya ni saya takde memaksa atau cakap OTWH haram.Saya cuma copy &pastekan skali balasan e-mail dari pihak JAKIM sendiri.

    Guys/Girl,

    What do u think?Bukan nak berdebat atau menegakkan sesuatu,hanya berkongsi untuk kepentingan bersama.

    ReplyDelete
  15. thanks 4 the vi$iting & komen..

    :P

    ReplyDelete
  16. ala.. kena stop la pergi camni. benda ni cam dah kira syubhah la plak. erk camne nak eja..

    IMO baik berenti pergi sebab dah ada kenyataan jakim tu, bukan nak pertikaikan, tapi baik berhati². kalau kat jakim kita dah was² abis mana lagi sumber kita nak pegang.

    lagipun makan minum tu nanti jadi darah daging kan, apa salahnya tak pergi kejap sampai betul² konfem halal. pape pun thx for the info :)

    ReplyDelete
  17. salam..
    tak sangke pulak itu jwpnnye..air je yg ada sijil..

    btw,pernah dpt 1 email ni.from a guy yang mohon utk bukak franchise OTWC ni but the ditolak dengan alasan mereka "kami tak bagi peluang bkk OTWC utk org melayu"

    skadar kongsi maklumat..sjak dpt mail tu,mmg tak jejak dah OTWC

    ReplyDelete
  18. salam again, i am sorry i dun wanna argue or some sort, just wanna share something

    http://afifplc.blogspot.com/2009/10/oldtown-white-coffee-now-halal.html

    happy reading!

    ReplyDelete
  19. tapi of course lah roti ngn telur halal kan? roti ngn peanutbutter ke.. honey ke.. garlic ke..

    cume.. jgn lah makan ayam ke.. daging ke..

    ReplyDelete
  20. huhuhuuu nsi lmak d old town la mkann yg i mknan 4 d past few years if i dok kt kdi my aunt d ipoh..cz salon die mmg sgt dkt with old town ni..adeh...trus xmo mkn sume kt citu, cz aym xsure sembelih, butter pn xsure dr sumber yg halal n even coffe or hot choc pn xtaw sumber..hUahuahuahua da la hot choc kt old town sdp cz sgt thick n wangi...adeh

    ReplyDelete
  21. whoa.. tak halal ye? ayoyo.. i dulu kerap gak mkn kat old town ni. suka roti bakar n laksa dia.. tu la pasal, nampak sign "halal" kat premis dia, so rasa confident je la. tetiba sekarang terbaca gini.. uh-oh.. i'm feeling a little queesy

    ReplyDelete
  22. hahaha. xpernah pun makan n minum situ. dok lepak kat kedai mamak minum kopi 80sen pun sodap. hehehe.

    kalau i nak gi tempat high standard ni pun , pegi ngan family je. kalo sendiri2...maleh.

    ReplyDelete
  23. salam dari aida tuk cikgu...

    actually i pun ragu2 dengan halal sign yg tergantung kat kedai ni..bukn nk diskriminasi spt yg di cakap oleh Qatrun. Tp just want to share service that i got every time i go OTWC ni especially kat area my ofis.. service sgt hampeh..makanan sgt xsedap and so on.. so now no more OTWC unless teringin nk minum white coffee dia yg marvellous..

    just nk share..xmenuduh tp ramai dh berkata

    http://aidabeardot.blogspot.com/2010/04/kaki-katak-dalam-mee-goreng.html

    ReplyDelete
  24. ni masalah org kita...tak check dulu restoran ni halal ke x...pengusaha ni bukan org Islam kefahaman dia pasal Islam xda langsung..jadi jangan kita pulak ikut paham mcm diorang...walaupun air kopi ke teh halal...roti/telur halal...boleh makan...yg tak halal mcm ayam jangan makan..? boleh ke mcm tu...? ....jgn la jadi dungu ilmu...b

    ReplyDelete
  25. HALAL hanya utk org Islam..
    Malaysia punya brg makan 90% org Cina yg buat..diorg mandi wajib pn x tau inikan nk jaga benda2 halal ni.diorg tau babi, anjing ngn arak jer..aku rase kalo ade 2 3 ekor ayam dah mati sblm smpt disembelih..aku rase diaorg sebat je bg makan.so, JAKIM plis buat la keje setelusnya.kita hidup 2 kali..mati sklai je.ingat!kami yg pengguna ni harap JAKIM je.kalo ade sijil HALAL tu, kiteorg mkn je la,.tpi tgk mcm2 sijil halal ade kt produk,.mana 1 yg JAKIM pnye entahler...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails