November 9, 2009

Zalimnya Suami Itu

Tersentuh dan hampir menitik air mataku bila mendengar cerita dari Isteriku mengenai masalah seorang pelajarnya di sekolah.Bagiku,ianya cukup meninggalkan kesan mendalam ke atasku sebagai seorang suami,bapa,dan ketua keluarga.Marah,sedih,geram,bercampur baur perasaanku.Tapi yang pasti :


Ingin saja aku bertukar jadi Incredible Hulk bila dah marah begini

Rupa-rupanya,anak murid isteriku mempunyai masalah keluarga.Lebih tepat lagi,dia mempunyai seorang bapa yang bermasalah.Bapanya seorang kakitangan kerajaan namun mempunyai perempuan lain di luar.Perempuan tu pula,sudah la muda,awal 20an dan bekerja di 7E seperti kata isteriku.

Perempuan itu juga tahu nombor telefon emaknya dan beberapa kali menghamburkan kata-kata kesat kepada emaknya seperti aku tak takutla dengan kau,yang kau tak pandai jaga suami tu kenapa,dan sebagainya.Berani betul dia,dahlah rampas suami orang,dimaki-makinya pula isteri suami dia.

Si Suami pula satu hal.Panas barang,pengecut dan selalu pukul-pukul isterinya terutamanya apabila isterinya minta duit.Habis,kalau tak minta pada suami nak minta pada siapa lagi?Sudahlah dia Surirumah sepenuh masa.Ketabahan si Isteri ini memang kukagumi,suami sejahat itu dia masih boleh bertahan.

Namun,yang menjadi mangsa adalah anak-anak.Anak murid isteriku itu pelajarannya semakin merosot dan berada di antara kelas tercorot dan selalu sahaja ponteng sekolah.Si Abangnya pula sudah dibuang sekolah kerana menjual handset rakan sendiri.Yang lain-lainnya tak sempat kutanyakan.

Zalim sungguh suami itu.Tidak fikirke dia tentang anak-anak dia?Pengecut dan dayus kurasakan suami seperti itu.Aku memang geram.Walaupun aku akui aku bukanlah suami terbaik,aku cuba untuk memperbaiki diriku kerana aku tak mahu sejarah hitam keluarga terdekatku berulang kembali.

P/s :Wahai si Suami,Insaflah.Fikirkan lah masa depan anak-anak.Jangan nanti anak-anak pun terikut-ikut perangai si Ayah bak kata pepatah ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi?Minta-minta dijauhkan untuk anak-anaknya.

5 comments:

  1. kesiannya anak2 dan isteri..
    tergamak buat begitu kepada insan2 tersayang..huhu...

    klik ur nuff..

    ReplyDelete
  2. kalau dia nk pasang 2, 3 ,4 pun, takyahla sampai pukul isteri..tu mmg lelaki jenis lupa diri..

    ps: tetiba emo..=)

    ReplyDelete
  3. sy jg pnah dgr cerita mcm ni. dah la perampas.. maki2 plak. sgt menyampah perempuan mcm ni... huh.

    click disneyland.. :)

    ReplyDelete
  4. perempuan 7E yang kurang hajar! berani sungguh! huh! tak tahu malu!

    ReplyDelete
  5. ishhhh,x patut la budak 7E tu..dah la rampas hak orang...x sedar dri betul..tapi,dunia sekarang memang macam tu...sebab tu la ramai yg x suka poligami...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails