December 15, 2009

Kisah Si Mamat

Mamat (bukan nama sebenar) dilahirkan dalam keluarga susah.Hidupnya ibarat kais pagi makan pagi,kais petang,makan petang.Mamat mempunyai 8 adik beradik dan dia anak yang ketujuh.Ayahnya bekerja sebagai seorang nelayan dan ibunya kadang-kadang menjual kuih untuk mencari sesuap nasi untuk mereka sekeluarga.

Namun,mamat tetap tabah.Baginya kemiskinan hidup bukannya penghalang untuknya berjaya.Hidup mesti diteruskan,mamat percaya,di mana ada kemahuan,di situ ada jalan.


Usaha Tangga Kejayaan

Mamat rajin mencari rezeki sendiri sejak kecil lagi.Di masa lapang,mamat akan ke baruh dan menangkap ikan dan hasil tangkapan akan dijual ataupun menjadi menu makan malam keluarga.Haruan, keli, dan Puyu antara tangkapannya selalu.Di samping itu, mamat kadang-kadang turut mendulang emas,menolong mencelup kain batik, dan hari minggu menjadi pelayan di kedai makan.Mamat jarang minta duit  dengan ibu ataupun bapanya kerana dia sedar, duit itu susah dicari dan keluarganya bukan keluarga senang dan ahli-ahli keluarga yang lain memerlukan duit juga.

Mamat berjaya ditawarkan melanjutkan pelajaran ke Sekolah Vokasional yang kini telah dinaik pangkat Sekolah Teknik.Mamat mengambil jurusan Kejuruteraan Elektrik dan mamat selalu mendapat anugerah dan markah terbaik dalam matapelajaran lukisan kejuruteraan dan kejuruteraan elektrik.

Keputusan SPM mamat tidaklah sehebat mana.Dia mendapat pangkat 1 ,21 aggregat dan mata pelajaran pentingnya amat memuaskan.Tuah ayam nampak di kaki,tuah manusia siapa yang tahu?Mamat berjaya melepasi interview untuk melayakkan dia mendapat biasiswa Monkubushu dan melayakkan dia untuk melanjutkan pelajaran ke Jepun sekiranya dia berjaya mendapat keputusan yang dikehendaki oleh penaja semasa tempoh persediaan.

Mamat ditempatkan di KL dan persediaan nya di buat UTMKL. Kos sara hidup yang tinggi di KL membuatkan mamat terpaksa makan maggi almost setiap hari .Lagipun,duit biasiswa masatu takdelah byk mana dan separuh daripada duit biasiswa mamat berikan kepada orang tuanya di kampung .Baik sungguh si Mamat ni.Biarlah dia susah asalkan orang tuanya di kampung senang.

Ketika dia dalam tempuh membuat persediaan selama 2 tahun itu, mamat terserempak dengan seseorang@pondan .Beginilah lebih kurang perbualan mamat dengan insan tersebut (saya namakan dia Sally) .

Mamat : Menyapu sampah akak ?
Sally   :Apa akak-akak?Kalau tak kacau aku satu hari tak boleh ke?
Mamat : Ala ,tegur pun marah ke?Saya ni hanya nak bertanya khabar.Namapun hidup berjiran.
Sally : X kuasalah aku nak berkawan dengan org cam kau.Cakap tak serupa bikin,nampak baik tapi dalam hati,busukk....

Begitulah Mamat,walaupun Sally tak layan, dia tetap memberi salam dan menegur Sally kerana bagi dia hidup bermasyarakat hendaklah bertegur sapa..Biarlah apa orang nak kata,asalkan dia ikhlas .....Hinggalah ke suatu hari,.....

Apakah yang akan terjadi ?


Antara Mamat dan Sally?

P/s :Akan disambung andainya menerima lebih daripada 7 komen mahu menyambung cerita ini .....Kalau syok sendiri tak best jugak kan?

37 comments:

  1. haha..mamat dan sally tu macam kenal :)

    ReplyDelete
  2. a'ahh..hehehehe...tak payah tunggu 7 komen bro..sekarang jugak sambung...nie yang suspen nie..macam kena lagi jerrr..hehe

    ReplyDelete
  3. sambung jer kisahtu.. pedulik aper org kater.. itu blog u.. ups to u kan.. kalo org x suka biaq pi..sapa suruh depa baca.

    ReplyDelete
  4. sambung sambung! hahaha...auww..

    ReplyDelete
  5. hehehe~

    aigooo~~

    apa jadik dengan mamat dan sally?

    =p

    ReplyDelete
  6. huhuh...

    klakar gilew..

    ReplyDelete
  7. trskan la citer ni.. mesti ramai yg x sabar..

    ReplyDelete
  8. dah terlebih 7 dah nie.. haha masuk aku 10 ! so apa lagi teruskan . miahahaha

    ReplyDelete
  9. komen dah melebihi 9 ni :) sile sambung

    ReplyDelete
  10. ahaah boley continue story..
    da lebey 7 cmmnt da nie:)

    ReplyDelete
  11. hahaha
    drp cite sedih trus jd lawak
    ble nk cntnue ni
    cpt3!
    hihi

    ReplyDelete
  12. JAI :Tunggu,idea dah ada...tgkla free nanti saya auto publishkan...bsk or lusa...

    ReplyDelete
  13. joijio80:Sabar2...akan ada sambungannya nanti...tunggu..

    ReplyDelete
  14. Si budak aboi :Apa yg betoi...Haah,betoi2 juga...

    ReplyDelete
  15. nizaa :tunggu,...kasi suspens skit...hihihi...

    ReplyDelete
  16. ezzati :Mungkin juga.mungkin tidak...hehehe...Ali ni watak ketiga ke?Umm..kena create watak baruke ni?

    ReplyDelete
  17. LORD ZARA :tunggu,..akan disambung tak lama lagi

    ReplyDelete
  18. Ghostone :Thanks for the compliment....kena edit balik sambungan nya nampak gaya...

    ReplyDelete
  19. adieyza :Ramai yg tak sabar?hihi,buat suspens je

    ReplyDelete
  20. daya othman :akan bersambung...tunggu..

    entah esok atau lusa
    sambungannya idea dah ada
    cuma malas nak menulis saja
    namun akan kutulis buat semua

    ReplyDelete
  21. Melz :

    Akan ku teruskan penulisan
    Penulisan Mamat buat semua
    Semua sabar menunggu ya?
    Ya janji akan dikota

    ReplyDelete
  22. lizz :akan disambung...tgh cari inspirasi..hehehe

    ReplyDelete
  23. aleena :akan bersambung tak lama lagi

    ReplyDelete
  24. farysa :sabar,akan disambung...kalau nur kasih sanggup ditunggu,apalah sgt yg ini ya?

    ReplyDelete
  25. amirah :sambungannya akan menyusul...

    ReplyDelete
  26. hahahhaha....tak menahan...

    saya kenal mamat dan sally tu....tapi di mana ya....????

    :P

    ReplyDelete
  27. Ixora :Saya pun cam kenal,tapi dimana juga ye?

    Culan :Akan bersambung tak lama lagi...Tak esok lusa,tak lusa....

    ReplyDelete
  28. mAcam pernAh nAmpak la. Ish, seram....

    ReplyDelete
  29. sambung jangan tak sambung!! ingat citer satu muka...bersiri rupanya...

    ReplyDelete
  30. baru first time, ketinggalan zaman betul la. hehe..

    seb baik dah ade sambungan, nak habiskan bace dulu.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails