Mamat (bukan nama sebenar) dilahirkan dalam keluarga susah.Hidupnya ibarat kais pagi makan pagi,kais petang,makan petang.Mamat mempunyai 8 adik beradik dan dia anak yang ketujuh.Ayahnya bekerja sebagai seorang nelayan dan ibunya kadang-kadang menjual kuih untuk mencari sesuap nasi untuk mereka sekeluarga.
Namun,mamat tetap tabah.Baginya kemiskinan hidup bukannya penghalang untuknya berjaya.Hidup mesti diteruskan,mamat percaya,di mana ada kemahuan,di situ ada jalan.
Usaha Tangga Kejayaan
Mamat rajin mencari rezeki sendiri sejak kecil lagi.Di masa lapang,mamat akan ke baruh dan menangkap ikan dan hasil tangkapan akan dijual ataupun menjadi menu makan malam keluarga.Haruan, keli, dan Puyu antara tangkapannya selalu.Di samping itu, mamat kadang-kadang turut mendulang emas,menolong mencelup kain batik, dan hari minggu menjadi pelayan di kedai makan.Mamat jarang minta duit dengan ibu ataupun bapanya kerana dia sedar, duit itu susah dicari dan keluarganya bukan keluarga senang dan ahli-ahli keluarga yang lain memerlukan duit juga.
Mamat berjaya ditawarkan melanjutkan pelajaran ke Sekolah Vokasional yang kini telah dinaik pangkat Sekolah Teknik.Mamat mengambil jurusan Kejuruteraan Elektrik dan mamat selalu mendapat anugerah dan markah terbaik dalam matapelajaran lukisan kejuruteraan dan kejuruteraan elektrik.
Keputusan SPM mamat tidaklah sehebat mana.Dia mendapat pangkat 1 ,21 aggregat dan mata pelajaran pentingnya amat memuaskan.Tuah ayam nampak di kaki,tuah manusia siapa yang tahu?Mamat berjaya melepasi interview untuk melayakkan dia mendapat biasiswa Monkubushu dan melayakkan dia untuk melanjutkan pelajaran ke Jepun sekiranya dia berjaya mendapat keputusan yang dikehendaki oleh penaja semasa tempoh persediaan.
Mamat ditempatkan di KL dan persediaan nya di buat UTMKL. Kos sara hidup yang tinggi di KL membuatkan mamat terpaksa makan maggi almost setiap hari .Lagipun,duit biasiswa masatu takdelah byk mana dan separuh daripada duit biasiswa mamat berikan kepada orang tuanya di kampung .Baik sungguh si Mamat ni.Biarlah dia susah asalkan orang tuanya di kampung senang.
Ketika dia dalam tempuh membuat persediaan selama 2 tahun itu, mamat terserempak dengan seseorang@pondan .Beginilah lebih kurang perbualan mamat dengan insan tersebut (saya namakan dia Sally) .
Mamat : Menyapu sampah akak ?
Sally :Apa akak-akak?Kalau tak kacau aku satu hari tak boleh ke?
Mamat : Ala ,tegur pun marah ke?Saya ni hanya nak bertanya khabar.Namapun hidup berjiran.
Sally : X kuasalah aku nak berkawan dengan org cam kau.Cakap tak serupa bikin,nampak baik tapi dalam hati,busukk....
Begitulah Mamat,walaupun Sally tak layan, dia tetap memberi salam dan menegur Sally kerana bagi dia hidup bermasyarakat hendaklah bertegur sapa..Biarlah apa orang nak kata,asalkan dia ikhlas .....Hinggalah ke suatu hari,.....
Apakah yang akan terjadi ?
Antara Mamat dan Sally?
P/s :Akan disambung andainya menerima lebih daripada 7 komen mahu menyambung cerita ini .....Kalau syok sendiri tak best jugak kan?
a'ahh..hehehehe...tak payah tunggu 7 komen bro..sekarang jugak sambung...nie yang suspen nie..macam kena lagi jerrr..hehe
ReplyDeletesambung jer kisahtu.. pedulik aper org kater.. itu blog u.. ups to u kan.. kalo org x suka biaq pi..sapa suruh depa baca.
ReplyDeletehaah betulx3 cik epal ckp tue !
ReplyDeletesambung sambung! hahaha...auww..
ReplyDeleteAli dah jadi Sally lak??hehe
ReplyDeletehehehe~
ReplyDeleteaigooo~~
apa jadik dengan mamat dan sally?
=p
huhuh...
ReplyDeleteklakar gilew..
trskan la citer ni.. mesti ramai yg x sabar..
ReplyDeletesambung please :B
ReplyDeletedah terlebih 7 dah nie.. haha masuk aku 10 ! so apa lagi teruskan . miahahaha
ReplyDeletekomen dah melebihi 9 ni :) sile sambung
ReplyDeleteahaah boley continue story..
ReplyDeleteda lebey 7 cmmnt da nie:)
hahaha
ReplyDeletedrp cite sedih trus jd lawak
ble nk cntnue ni
cpt3!
hihi
nak tau
ReplyDeletenak tau
nak tau
ReplyDeleteCik Epal :Cam kenal?Hehehe...
ReplyDeleteJAI :Tunggu,idea dah ada...tgkla free nanti saya auto publishkan...bsk or lusa...
ReplyDeletejoijio80:Sabar2...akan ada sambungannya nanti...tunggu..
ReplyDeleteSi budak aboi :Apa yg betoi...Haah,betoi2 juga...
ReplyDeletenizaa :tunggu,...kasi suspens skit...hihihi...
ReplyDeleteezzati :Mungkin juga.mungkin tidak...hehehe...Ali ni watak ketiga ke?Umm..kena create watak baruke ni?
ReplyDeleteLORD ZARA :tunggu,..akan disambung tak lama lagi
ReplyDeleteGhostone :Thanks for the compliment....kena edit balik sambungan nya nampak gaya...
ReplyDeleteadieyza :Ramai yg tak sabar?hihi,buat suspens je
ReplyDeletedaya othman :akan bersambung...tunggu..
ReplyDeleteentah esok atau lusa
sambungannya idea dah ada
cuma malas nak menulis saja
namun akan kutulis buat semua
Melz :
ReplyDeleteAkan ku teruskan penulisan
Penulisan Mamat buat semua
Semua sabar menunggu ya?
Ya janji akan dikota
lizz :akan disambung...tgh cari inspirasi..hehehe
ReplyDeletealeena :akan bersambung tak lama lagi
ReplyDeletefarysa :sabar,akan disambung...kalau nur kasih sanggup ditunggu,apalah sgt yg ini ya?
ReplyDeleteamirah :sambungannya akan menyusul...
ReplyDeletehahahhaha....tak menahan...
ReplyDeletesaya kenal mamat dan sally tu....tapi di mana ya....????
:P
sambunglah... seronok cerita ne...
ReplyDeleteIxora :Saya pun cam kenal,tapi dimana juga ye?
ReplyDeleteCulan :Akan bersambung tak lama lagi...Tak esok lusa,tak lusa....
mAcam pernAh nAmpak la. Ish, seram....
ReplyDeletesambung jangan tak sambung!! ingat citer satu muka...bersiri rupanya...
ReplyDeletebaru first time, ketinggalan zaman betul la. hehe..
ReplyDeleteseb baik dah ade sambungan, nak habiskan bace dulu.