December 17, 2009

Penantian Sally Berakhir

Sambungan dari kisah Misteri Kehilangan Mamat , setiap hari di waktu petang Sally menunggu agar Mamat akan cepat kembali meneruskan pengajiannya dan menegurnya kembali.Rasanya  sunyi dan merindui teguran dari Mamat.Kadang-kadang ,Sally tidak tidur lena memikirkan si Mamat.Entah penangan apa yang si Mamat pakai sampaikan di suatu malam, Sally termimpi-mimpi yang Si Mamat tengah hangat bercinta di kampung dengan :


Hanis Zalikha

Di malam yang lain pula, Sally bermimpi yang Si Mamat sudah berhenti belajar dan sedang mencuba nasib di :


Akademi Fantasia

Atau mungkinkah Mamat tidak akan kembali dan mengikut jejak langkah bapanya menjadi :


Seorang Nelayan?

Namun,di suatu petang yang hening, dia dikejutkan dengan satu suara dari belakang :

''Hii,mengelamun sakan akak?''

Sally menoleh kebelakang dan terkejut dia melihat kelibat seseorang yang cukup dikenalinya :

Sally : Ma...Mattt.....Mamat sudah kembali?Mamat Sihat?
Mamat :Kembali dari mana kak?Mamat sihat...
Sally :Dahla-dahla,akak dah tau dah semua pasal Mamat.Si Ali yang ceritakan kak Akak...Maafkan Akak Mamat,Akak salah sangka dan selalu memarahi Mamat dulu.
Mamat :Yang lepas biarlah lepas kak,Mamat tak ambil hatipun.Lagipun,Mamat tegur Akak kerana Mamat tengok Akak selalu termenung keseorangan setiap petang.

Perbualan mereka tidak terhenti di situ sahaja.Sally mengajak Mamat keluar makan malam itu.Mula-mula Mamat menolak,namun selepas berkali-kali Sally mengajaknya dan memohon maaf,tidak sampai hatinya untuk mengecewakan perasaan Sally.

Malam itu Sally membawa Mamat makan di :


Gerai Air Buah Gelas Besar Datuk Keramat,KL

Cukup berselera Sally dan Mamat makan  dan begitu rancak mereka berbual malam itu .Tidak sedar yang masa begitu pantas mencemburui mereka dan sudah hampir pukul 12 malam sejak mereka sampai di gerai tersebut beberapa jam yang lalu.Dari tajuk berkupas soal keluarga,politik,sukan,sehinggalah ke soal Cinta.Macam-macam perkara yang mereka bualkan dan sungguh tidak disangka Sally yang Mamat pandai bercerita dan peramah orangnya.Walaupun budak kampung,Mamat mempunyai tatasulila yang tinggi pada hemahnya.

Sally sudah mula yakin dan tertarik dengan keletah dan gerak-geri Mamat.Sungguh unik si Mamat ini dan tidak pernah dia berjumpa lelaki seperti Mamat.Sekali pandang,wajah Mamat ada iras-iras rupa


Rosyam Nor

Sally mula mengorak langkah dan dia pun menyuarakan hasrat hatinya kepada Mamat yang telah dipendam semenjak Mamat menghilangkan diri.Agak kaget dan terkejut Mamat di buatnya apabila mendengar pemintaan daripada Sally ketika itu.Di pertemuan pertama mereka yang dapat mereka berbual mesra,tidak disangka Sally membuat pemintaan seperti itu.




Apakah Permintaan Sally?

15 comments:

  1. mmg layak buat novel ni... mmg semua ternanti2 sambungan citer ni.. bila nak sambung citer ni?

    ReplyDelete
  2. gelas air buah gelas besar tu nampak macam best je...epal ada tak?? hehe :)

    ReplyDelete
  3. diorang kawen kot. hohoho. anyway, serious rasa haus tengok air buah macam2 kaler tuh!!!

    ReplyDelete
  4. cepat2 update erk??
    xsabor...ngeh...

    p/s: dh disable kan word verification tu hehehhe

    ReplyDelete
  5. hehehehe..penuh dengan misteri...

    ReplyDelete
  6. Nizaa :Nak kahwin?Umm,salah satu option ni..

    adieyza :terima kasih.Sambungan?tahun depan ble ke?hihihi...

    Sibudakaboi :emme?Apa tu aboi?

    ReplyDelete
  7. Cik Epal :Ada,bermacam2 yg ade...

    reb@rn :Umm,mungkin..

    lizz:kahwin?hehehe,mungkin juga kan...

    ReplyDelete
  8. zella :cpt2 update?InsyaAllah,kalau takde aral melintang...idea dah ada cuma rasa malas nak menulis...

    Miss Izah :Bikin suspens?Hihi..tunggu,ia belum berakhir..makin byk suspens akan menanti

    ReplyDelete
  9. JAI :misteri blom berakhir.jumpa bsk di mr Potato

    intan maisarah :hihihi,tinggi imiginasi u..

    ReplyDelete
  10. hahaha..pandainya abg ni mengarang...

    rasa-rasanya kan..dia nak bagi Mamat keje kot..leh tanggung kehidupan dia...takan tetiba nak ajak kawen..niza ni pun..huhuhu..rakus sgt tuh..sabo eh...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails