Gengblogger | Fenomena Baru Tercipta
Kenalkah anda dengan perkataan 'Gengblogger' ini?Tentu bloggers di luar sana cukup kenal dengan nama ini kan?Kalau tak kenal ,silalah berhenti jadi bloggers ye.Hik3,bergurau sahaja.Boleh rujuk entry ku ini untuk mengetahui serba sedikit pasal Gengbloggger : Gengblogger | Pengembaraan Bermula
Tak sangka Aura Gengblogger begitu hebat dan fenomena baru telahpun tercipta.Masa first time aku register ngan gengblogger ini,rasanya masa itu baruje dalam 300+ ahli nya.Sekarang ni dengar cerita dah melebihi tiga ribu orang dan jumlahnya semakin meningkat dari hari ke hari.Apa yang bestnya pasal Gengblogger ni ya?Dengarlah terjahan ku kali ini kenapa Aura Gengblogger begitu hebat dan tsunami di dunia blog di Malaysia ini bakal tercipta.
1)Gengblogger mesra blogger dan loadingnya pantas
Memang mesra reader sangat-sangat.Nak ping entry punyalah mudah,register,letak nama blog dan boleh ping latest entry.Siap boleh terus diupdatekan ke twitter sekali.Memang pantas,senang,dan selesa menggunakannya.
2)Gengblogger mempromosikan blogger-blogger baru dan lama
Kalau diikutkan,rasanya ramai blogger muda di sini rasanya yang kurasakan sekitar bawah 30an.Di gengblogger inilah aku mengenali ramai blogger-blogger mantap dan popular seperti Kak Jie (maafkan saya ye Kak Jie,slalu sebut Kak Ujie,tertukar ngan nama blog), Ariffshah, Zackzuhairi, Melromeo, Farenova, dan ramai lagi.Opps,Melromeo memang dah kukenal dan kugemari sebelum ada gengblogger lagi.
3)Gengblogger semakin Popular, Sensasi dan Digemari Ramai
Mana tak popularnya,sampaikan Bang Nara pun bertanya padaku dan Melz ,siapa Moderator gengblogger ni. Adakah Ben, Kong, ataupun Ben Ashaari ni orang yang sama?Kadang-kadang konfius juga aku dibuatnya.Anyone out there yang boleh menjawabnya?Rasanya,sekarang ni pun,bila nak ping blog,tentu gengblogger antara yang pertama akan di ping,kan?
Namun,kalau dah segmen terjah tak sah kalau tak mengomen juga kan?Kuharap Gengblogger tak kecil hati dengan komenku ini,ku hanya memberikan pandangan peribadi. Lagipun,lain padang ,lain bel alang. Tak semestinya apa yang bakal ku katakan ini betul .Manusia mana yang tak pernah buat silap jadi ku minta maaf awal-awal ye?
1)Hits di Gengblogger tidak 'tally' seperti Analtyic Nuffnang dan juga 'Getclicky'
Adakah aku sorang je mengalami situasi ini?Seperti contohnya hits ku seperti di gengblogger entry sesetengahnya mencecah ratusan sehari tapi bila di checkkan di Nuffnang dan juga Getclicky,tak sampai 50 pun.Adakah Nuffnang tak menerima/mengira hits yang datang daripada Gengblogger?Ni contohnya untuk minggu ini :
Nuffnang Analytic
Analytic di Gengblogger (Ni yang popular,namun yang seminggu ini pun,bila ditotalkan melebihi 200+).Blela tengok sendiri kalau tidak percaya.Hik3.
Namun,kenapa di Nuffnang Analytic tidak sampai 100 ye? Pelik juga,aku rasa perkara ni dah lama aku perasan cuma tak sempat nak bertanya.
2)Blogger Paling Friendly, Paling Popular Hari Ini, dan Paling Glamour Bulan Ini
Bagus Inisiatif ni.Cuma cam pernah terbaca di blog Melromeo,popular ini berdasarkan profail disinggah oleh bloggers lain dan kerajinan melawat blog orang lain(paling friendly). Namun, kadang-kadang fikir macam 'lari dari purpose' apabila orang yang menyinggah hanya datang menyinggah dan leave comment tanpa membaca blog pemilik tersebut/siapakah pemilik tersebut dengan harapan orang itu akan singgah kembali ke profail mereka.Ehh,aku tak dengki.Aku sedar diriku,manala popular dan layak berada di sana.
Mungkin sistem vote lebih bagus kot.Namun,teruja juga bila tengok paling glamour dan popular tu,semua cantik-cantik,hensem-hensem dan berbakat semuanya.
3)Forum
Ada sesetengah bloggers yang kujumpa mengatakan forum di gengblogger cam dah jadi tempat spam.Tempat meluah perasaan dan soalan yang sama ditanya berkali-kali.Mungkin forum tu perlu ada Moderator supaya tajuk-tajuk yang tidak berkenaan dapat didelete dan tajuk baru kena approvekan dulu sebelum dibuka tajuknya.Ehh,lebih pula aku ni.Ikut suka Moderator la.Cam aku kata,lain padang lain belalangkan?
4)Entry Popular Hari Ini
Yang ini pun bagus juga.Cuma aku rasakan untuk entry popular hari ini dibuat macam di blog4ft.com yang menggunakan Sistem Star adalah lebih menarik dan berkesan ditambah dengan random entry,Latest Entry dan Top Referrers.Jadi,kalau orang online malam,malas nak scroll down entry satu persatu,bolehla tengok random entry dan klik mana-mana yang berkenan.
Tuhje kot.Aku Minta Maaf sekali lagi.Aku tahu bukan senang nak maintain gengbloggerni.Aku yang tulis blog saja ni pun terkapai-kapai dengan coding,html,dan etc.Lagilah Gengblogger .
Dengar cerita Gengblogger ada masalah kewangan nak maintain website.Ala,minta setiap ahli sumbang RM1 pun apa salahnya kan?Aku pun sudi menyumbang,jadi moderator,bolehla e-mailkan no akaun dengan nama di eyriqazz@yahoo.com jadi aku boleh sumbangkan apa yang termampu.Aku sayangkan Gengblogger dan aku mahu gengblogger terus kekal.Tak banyak sumbangan pun,at least aku akan cuba yang membantu.
Cadanganku untuk Gengblogger :
1)Adakan Contest dengan hadiah yang lebih menarik.Skang ni gengblogger dah cukup popular,ku rasakan ramai yang sudi sponsor hadiah asalkan link mereka disertakan sama.Aku boleh sumbangkan juga(skit2 boleh la kot,hehehe)
2)Adakan gathering dan event.Aku memang sukakan event-event ni.
3)Bersama Blogger Bulan Ini :
My Wish List : Melromeo, Kak Jie, Cik Epal, Ariff Shah, dan juga moderator gengblogger sendiri (Cam Orang lain pula yang lebih popular daripada Moderator,hik3)
4)Dapat pingkan entry yang sebelum ini yang tak sempat di pingkan namun bersyaratla/diapprovekan oleh moderator agar entry yang berkualiti saja di pingkan.Ataupun ada limit berapa sehari untuk entry yang lama. Hik3...Lebih-lebih pula aku kan?
Gengblogger memang menjadi antara tempat pertama aku Ping blog ku sekarang ini.Terima kasih Gengblogger,telah banyak mengubah bloggers di luar sana dan auramu memang mengancam.Innity,Nuffnang,or Advertlert,pilihan di tangan masing-masing dan di sinilah tempat kami berkumpul di bawah satu bumbung yang mesra bloggers.Teruskan usaha dan 2 rangkap pantun buat Gengblogger :
Gengblogger Auramu hebat sekali
Ku singgah berkali-kali setiap hari
Teruskan niat murni
Moderator aku kagum denganmu jutaan kali
Gengblogger semakin popular dan ternama
Glamour dan menjadi sebutan di mana-mana
Teruskan usaha, terimakasih dariku tidak terhingga
Oh Gengblogger, Fenomena baru tercipta
P/s :Ambil yang jernih, buang yang keruh.Sebelum aku terlupa, I Love Gengblogger.Gengblogger one of my favourite website sekarangni.Kadang-kadang sampai The Star pun aku tak sempat baca dok layan Gengblogger ni.
P/s :Apa pula pandangan anda?Hebattak Aura Gengblogger buat blogger-blogger ?
wah peserta pertama lagi ni..hemm insyallah bila ada masa akak gilah ke tempat gengblogger dan kalau berminat akak daftar ek..setakat RM1.00 tu boleh ajer..cam taik gigi ajer kan..
ReplyDeletee mail akak roslana_06@yahoo.com.my
hebat sangat! dulu mula2 masuk tramai pun.. sekarang?? perghh~
ReplyDeletesukeeee gengblogger jugak :) ..
ReplyDeletelagi stu kan..ruangan chat dia xleh leave link..ermmm
teruja jugak....best gengblogger nie..sekali updated je,x sampai bapa minit dah ada komen..kalau nak harap kat dashboard lambat la kan..hehe
ReplyDeleteSalam.
ReplyDeleteYep gengblogger memang best. Great Techer Onizuka, anda telah di tag. Sila2 jawab soalan =)
good comment, bro :) gengblogger memang BEST! belum sempat buat review utk GB. huu
ReplyDeleteJoin Gengblogger pasti meningkatkan traffik blog anda berganda2..itu y pasti :))
ReplyDeleteni cam innit nuffnang ke..kira utk pomot entry/blog ek..takyah letak banner atau ape...cam komuniti maya la ek...good
ReplyDeletebende ni memang bagus...saya try impak agak besarla kalau nak dibangdingkan dengan dulu
ReplyDeletememang aura geng blogger terus kencang
ReplyDeletesaya masih belum berjaya nak join geng blogger ni..hehe
ReplyDeletemmg bagus jd member geng blogger tu sbb blh ramai jd follower kita
ReplyDeleteselamat hari jadi utk ayah cikgu
semoga sentiasa dilindungi oleh Allah sentiasa..
mmg xpenah masuk... :)
ReplyDeletemas baru tahu wujudnya gengblogger
saya pun baru tau pasal Geng Blogger ni.. baru nak join.. hihi :)
ReplyDeletegengblogger memang best. dari sini la sy dapat ramai member blogger2 baru.. (xlupe juge buat nuffnang)
ReplyDelete2 thumb up utk GB n nuffnang.
gengblogger memang terbaekk... hehehe
ReplyDeletelol..geng blogger terbaeik woo..
ReplyDeletebyk mmber blogger leh jumpe..
keke..
tapi ade gk buruk nya..
xnk bgtaw ler..
haha..
hehehe...lieza dh join..
ReplyDeletenak g join skung
ReplyDeletehehe baru join 3 hari lepas :)
ReplyDeletekenkadang lyn kt forum tu.. gila2 dgn dowg.. hehe.. best jep GB ni!
ReplyDeletebetul2...gengblogger banyak membantu blogger baru..tapi ko jgn buat syarat camtu pulak...apepun, aku sudi menderma seringgit dua...hehe
ReplyDeleteehehehe.. aku pon suka gengblogger
ReplyDeleteyup2...rmai jugak member2 yg join...mybe next time i join..skrng bz sgt...
ReplyDeletetak register lagi kat sana... hari tu nak juga, tapi dorang nak minta akaun fb... aku takda akaun so tak jadi la... huhuhu
ReplyDeletesalam.. betul jugak tu.. sblm ni ada terfikir jugak psl hits kt GB tu. ada sekali, sorg blogger ni baru 2 minit ping blog tapi hits 150++ dah.. seriously pelik gila... ilmu apa dia guna ntah... tp patut GB cek balik psl ni kan. lagi satu psl forum, aku pun setuju.. topik2 dlm GB banyak yg melalut2.. dan tak berilmiah.. aku pun jadi malas nak berforum kt GB. kdg2 je..
ReplyDeleteGB tu owner dia kong. dulu nama dia ben. siapa yang awal2 dulu kenal dia sebagai ben.
ReplyDeleteBen ashaari pulak kawan dia. mereka saling mengenali.
moderator adalah seperti yang ditunjukkan kat situ. team geng blogger. http://gengblogger.com/gbdc.php
forum tu.. itulah. taula kan blogger ni banyak peringkat umur. jadi memang banyak topik yang tak sesuai dengan umur dan mentaliti kita. tapi try dan cuba gak la join mana2 yang dirasakan boleh join.
yup, kita pun selalu ping kat gengblogger.. :)
ReplyDelete