February 6, 2010

Dalam Kita Bergembira Ada Yang Bersedih


Marilah Sama-Sama Kita Membantu

Dalam Kita bergembira
Ada yang bersedih gulana
Adik Ammar perlukan bantuan kita
Marilah kita sama-sama membantunya

Azmaniza bt Mohamad Kamal rakan Nuffnang dan blogger perlukan bantuan kita
Adik Ammar sakit jantung perlu diubati segera
Hari ini hari dia
Entah esok lusa hari kita pula

Sama-samalah kita membantunya
Membantu apa yang terdaya
Buat entry pun boleh juga
Berblog itu untuk kebaikan bersama

Marilah sama-sama sertai Projek Amal Nuffnang
Bak kata Bang Nara, seringgit seorang kalau semua blogger menyumbang banyak juga jumlahnya
Rakan bukan sahaja di ketika senang
Ketika susah kita perlu membantu mereka

Sumbangan peribadi bolehlah didermakan disini (Azmaniza Mohamad Kamal – 514093114912 (Maybank))
Orang berjasa kita berbudi
InsyaAllah,masuk gaji nanti akan ku kasi sumbangan peribadi
Apa yang kudaya kucuba menambah jumlah yang diingini

Puan Azmaniza maafkan saya
Sudah lama tahu pasal berita ini namun baru sekarang sempat menulisnya
Nak kata sibuk,takdelah tersangat sibuk mana
Kadang-Kadang saya ni mudah lupa
Akan janji yang perlu dikota
Maafkan saya, ya?

Aku faham akan derita si dia
Aku juga pernah mengalaminya
Namun biarlah lain kali saja aku bercerita
Kisah sedih kadang-kadang orang tak suka mendengarnya

Adik Ammar itulah permata
Permata hati puan Azmaniza
Bukakan hati,bukakan mata
Walaupun seringgit besar maknanya

Wahai rakan,wahai pembaca
Marilah kita sama-sama menolongnya
Tepuk dada,tanya selera
Tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima

Kita bersama mengejar mimpi
Mimpi indah mimpi ngeri
Tidak kira dimana pun kita berdiri
Namun ingatlah, kita masih berkongsi Satu langit, satu bulan, satu matahari
Apa salahnya kita sama-sama berkongsi ?
InsyaAllah,dimurahkan rezeki

18 comments:

  1. mcm mne nk nyumbang srggt mlalui nuff??? klik nuff yg ade gmbr ammar tu kn???

    ReplyDelete
  2. sama-sama le kita doa agar semuanya ok......

    ReplyDelete
  3. kesiankn...dugaan utk family ammar..same2 doakn ammar cpt smbuh..

    ReplyDelete
  4. Maisyara pot!Pot! :menyumbang melalui Nuff boleh buat entry pasal adik ammar..ataupun pilih charity ad(rasanya charity ads ni tidak dibayar) cuma akan lebih ramai yg tahu pasalnya dan sudi menyumbang..word of bloggers is very powerful tools nowadays..

    ReplyDelete
  5. Maisyara :nak sumbang seringgit tu bleje bank in kan terus ke akaun ibunya....takpun,income nuffnang yg dapat,dermakan mana yang sanggup..

    ReplyDelete
  6. tul tu...seringgit..kalu di kumpul leh gak dapt hasilnya..
    sumi tahu dr geng blogger..
    dn x sangka nuffnang sudi memnbantu,,
    insya allah..sumi pun akan tolong sebarkna maklumat itu juga...
    semoga amar cepat sembuh...

    http://sumijellly.com

    ReplyDelete
  7. semoga di beri kesembuhan yg cepat..erk ada ke word kesembuhan?

    ReplyDelete
  8. good job bro!!
    sama-samalah kita saling bantu membantu.

    ReplyDelete
  9. great effort bro! bravo!
    marilah kita sesama menolong apa yg boleh kan bro...

    ReplyDelete
  10. kesian baby ni.. :( sesame kite menolong mreka yang memerlukan..

    ReplyDelete
  11. pakcik GTO, sy nak amek buat entry sy ek...leh tolong2 gak..membantu akak nih..

    ~~heheheh~~

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails