March 30, 2010

Ada Apa dengan Fanpage Facebook Eyriqazz@Great Teacher Onizuka

Orang letak Follower widget, aku pun nak letak, orang letak My BlogLog widget, aku pun nak letak, Melz letak Fanpage Facebook, aku pun nak letak juga. Kadang-kadang tertanya diri sendiri apa fungsi semua ni ya?

Follower ni bolehla terima, at least kita tahu berapa ramai yang follow blog kita. Tapi, betul ke follow? Hik3, tepuk dada tanya selera. My BlogLog, sampai sekarang aku tak berapa arif lagi, apa sebenarnya fungsinya . Ada sesiapa boleh tolong terangkan?Terbaru, yang aku sibuk gatal tangan nak letak iaitu :




Namun,saya rasa ada potensi dengan widget ini. Rasanya dengan fanpage facebook ini lebih mudahla untuk berinteraksi dengan pembaca blog. Saya tidak merasakan ianya fan/peminat kerana saya bukannya artis, namun saya rasakan ianya adalah rakan bloggers/pembaca setia. Ada banyak perancangan saya untuk Fanpage Facebook ini antaranya terjah mereka juga (belum berkesempatan lagi), Contest , berkongsi pendapat dan soal jawab bersama saya, dan lain lagi.

Sekarang ini, buat masa terdekat, inilah perancangan saya. Idea ini muncul bila baca entry-entry di bawah ini :


Komen saya di entry mereka dipandang dari sudut positif, dan tahniah di atas pembaharuan yang dibuat. Jadi, di sini inilah yang eyriqazz rancangkan untuk fan Facebook Eyriqazz (bagi sesiapa yang berminat) :

1) Eyriqazz akan terjah di blog anda. Nak terjah  di blog ini, blom sempat lagi.Ada yang terhutang pun blom bayar lagi.

2)Tinggalkan komen di wall Fanpage Eyriqazz beserta dengan link blog anda dan tinggalkan pesan seperti "Sila Komen Pasal Blog Saya", "Sila Komen yang Positif Sahaja pasal blog saya", "Sila Komen dan Kutuk Pasal Blog Saya" ataupun apa-apa yang anda mahu saya komen .Jadi, tidaklah saya cross the line kalau mengutuk nanti.

3)Antara yang eyriqazz komen dan perhatikan adalah font, word verification, cara penulisan, potensi blog dan sebagainya.

4)Bila ada kelapangan , eyriqazz akan singgah di blog anda dan kasi komen pasal blog anda . Nak terima atau tak, terpulangla kan?Pandangan peribadi saya ni tak semestinya betul kan?

Psst,psst, saya buat sebegini bagi membantu dan memberi pandangan kepada Fan/rakan/pembaca blog saya. Apa salahnya memberikan feedback untuk membantu memperbaiki mutu blog kan? Apa pun, ini tidak bermakna blog anda tidak akan diterjah.Sekiranya anda terkena, terjah tetap terjah.

P/s : Jadi, apa tunggu lagi?Saya akan gunakan sistem FIFO (first in , first out) jadi, barulah adilkan?

P/s/s : Apa pandangan anda?Ok ke perancangan saya ini?

20 comments:

  1. Ok aje...tak semestinya komen negative tu tak bagus. Ia memberi kita ruang untuk improvement what :)

    ReplyDelete
  2. bro dah mcm artiss!!keep it uppp

    ReplyDelete
  3. blh la pas ni komen blog saya plak...

    ReplyDelete
  4. well planning..gud job bro..mana tao fanpage tu leh cecah ribu riban kan..

    ReplyDelete
  5. ok satu perancangan yang bagus tu eyriqazz tu..;-)

    ReplyDelete
  6. waa..tahniah bro..sudah ada fan page :D

    ReplyDelete
  7. Widget tu bawah sangat larh Encik Eyriqazz. Kalau nak dinotice oleh readers when they first come here, patot letak atas - yang memang visible gila-gila larh. Hehe :)

    Just my opinion. Peace out !

    ReplyDelete
  8. berharap sgt eyriqaz sudi komen belog i T________T

    ReplyDelete
  9. vavava..kelas ah ade Fanpage. zie pun ade gak. tp x sehavoc mane...sobsobsob :(

    ReplyDelete
  10. tahniah..saya adalah peminat ke 51..terima kasih :P

    ReplyDelete
  11. kira ok juga la ada fanpage kt FB,at least senang skit tau latest news. senang2 nanti terjah la plak blog sy yer..wahahaha..

    ReplyDelete
  12. kira dah top la ni sampai ada fanpage ek

    m.u vs bayern agak2 sape menang???

    ReplyDelete
  13. buatlah ape yg dirasakan elok..

    ReplyDelete
  14. fan page rasanya macam perhubungan sehala..contohnya saya boleh tengok status bro..but bro takleh tengok status saya..cam tak adil dan mesra je untuk rakan blogger..

    ReplyDelete
  15. bila uncle nk terjah eny???teheee :p

    ReplyDelete
  16. tajuk no 3 plg menarik..
    lecehla ade verification..
    hihik...

    ReplyDelete
  17. letak banyak2 widget, baru meriah sikit..... apa yang penting setiap benda alah tu ada guna kan.. tapi jangan banyak2 sangat... kan slow pulak page tu

    Jom Carrefour Express

    Nombor Kat McD???

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails

Hidupkan Untuk Memberi