Salam dari eyriqazz. Tertarik dengan cerita Halimah Jongang yang tengah hangat diperkatakan dan terbaca di Kosmo beberapa hari lepas berkenaan informasi berkenaan jongang, teringin untuk menulis berkenaan perkara ini dan berkongsi pendapat peribadi.
Pemain bolasepak kegemaranku(Ronaldinho) juga mempunyai gigi jongang
Namun, bagiku dia ni tetap hensem dan senyumannya antara senyuman tercantik di alam bola sepak.Kena red card masa lawan England masa World Cup pun tetap tersenyum. Hasilnya, Brazil memenangi World Cup tahun itu.
- Menurut pakar, amalan menyumbat puting pada mulut bayi yang menangis boleh menyebabkan fenomena gigi jongang.
- Pakar Perunding Kanan Ortodontik Klinik Pergigian Bangsar, Dr. Norlian Daud berkata, amalan menghisap puting botol atau puting tiruan perlu dielakkan sejak awal bagi menghindari masalah tersebut terjadi.
- Banyak kajian pakar ortodontik mendapati amalan menghisap jari dan puting menjadi faktor utama perubahan struktur rahang serta gigi.
- Jongang ditakrifkan sebagai perbezaan jarak antara gigi atas dan bawah yang berselisih melebihi empat milimeter (mm).
Patutla pengasuh anakku tidak menggalakkan penggunaan puting. Katanya boleh membuatkan gigi jongang. Mula-mula tu tak percaya juga, yalah ramai saja aku tengok bayi-bayi yang guna puting tapi gigi mereka elok je. Namun, beringat sebelum kena. Alhamdulillah, Alisya sampai sekarang tidak guna puting. Bila baca entry di Kosmo ini barulah lebih percaya.
Halimah Jongang
dan
Fatimah Juling lakonan Julia Ziegler
Pandangan peribadi saya, cerita ini tidak patut disiarkan walaupun motifnya adalah untuk kebaikan dan bercorak nasihat. Namun, dengar lagunya saja sudah cukup menggoyahkan iman dan menyakitkan hati bagi sesiapa yang mempunyai gigi jongang mahupun mata yang juling.
Saudara saya di kampung ada yang mata juling, di sekolah selalu kena buli dan sampaikan beberapa kali dia tidak mahu ke sekolah kerana malu dibuli dan dihina. Bukan diminta penglihatannya begitu. Sampaikan ibunya tidak tahan, tidak lama lagi dia akan membuat pembedahan untuk membetulkan julingnya walaupun kos perubatan memakan ribuan ringgit.
Tepuk dada, tanya selera. Kalau ingin menasihatkan biarla kena dengan caranya.Namun, ini hanyalah pendapat peribadi, mungkin kalau difikirkan dari sudut positif lain pula kan?
P/s : Ada juga yang membina dan bagus di dramakan contohnya cerita Si Capik yang ditayangkan di TV2. Jalan ceritanya boleh diterima dan menarik untuk ditonton.
P/s/s :Apa pula selepas ini ya? Jenab Tempang, Kiah Sumbing, ataupun Mamat Lonjong?
P/s/s/s : Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan tauladan.
pengarah selalu menggunakan alasan nasihat,pengajaran..alahai
ReplyDeletebudak2 ikut yang negatif je
salimah labang
ReplyDeletecerita-cerita sebegini agak sensitif kepada sesetengah orang yang turut mengalami kekurangan seperti juling atau jongang..
ReplyDeletepastinya, mereka tidak mahu melihat cerita tersebut, terutama dihadapan keluarga atau rakan2 kerana mereka akan rasa malu dan terhina..
Cerita Halimah Jongang memang best.
ReplyDeleteKadang-kadang dia punya lagu bermain-main dalam otakku.
Power penangan cerita tu.
Tapi Si Capik aku tak minat.
Tapi benar, aku pun ada terasa lagu halimah jongang seakan menikam hati dan perasaan manusia jongang .
salam.. pada saya, kalau nak buat cerita tentang kekurangan seseorang biarlah berpada2, walaupun cerita tersebut dikatakan untuk kebaikan. jangan sampai menjatuhkan keyakinan mereka..
ReplyDeletep/s: ini sekadar pendapat saya..maaf jika ada yg terasa.
kesian gak org laen yang jadi mangsa.
ReplyDeleteada gak dalam kluaran INFINITI mac ne kisah ttg org d UK nama dia Harry Potter dan ada parut yg sama. Tapi hidup dia kesian selalu dipermainkan dan selalu disalah tafsirkan. Bila org tnya nama dia siapa, bila dia jawab. org tak caya. adess.
Susahnya dunia..
Saya memang tak suka cerita-cerita macam tu. Masa sekolah rendah dulu hari-hari menangis bila balik sekolah sebab orang ejek gigi jongang saya. Sampai sekolah menengah, kena ejek gigi besi pulak, tapi dah tak menangislah..buruk woo. Alhamdulillah sekarang gigi dah ok dengan bantuan braces. Tapi, luka dalam hati ni masih ada. Bila dengar tajuk-tajuk cerita mcm ni, memang saya sakit hati sesangat. Penerbit cerita tu boleh la suka-suka buat, dia tak pernah merasa jadi jongang dengan julingkan? Kalau pernah merasa, saya tak rasa dia akan tergamak nak keluarkan cerita macam ni.
ReplyDeleteSayang..lagu blues halimah jongang tuh boleh pegi jauh tuhh..apasallah si eddie ahmid buat lagu yang mengaibkan orang nie..sayang,sayang
ReplyDeletebetul tu bro..setuju sgt.dengar lagu tema dia pun dah naik bengang, berasap telinga je dgr walaupun kelakar.....
ReplyDeletekadang2 yg makin soffya rasa nak marah, bila tengok pelajar kat sekolah pun buat lawak benda ni...
dia cinta hati ku. RONALDINHO, I LOVE U! hahahaha.
ReplyDelete*hey! jongang2 pun manis ape.. hahaha..
ya cerita halimah jongang tak perlu wujud.
ReplyDeletebuat malu ja.xda moral
inginkan cita yg betul2 islamic.bilakah akan ada?
entry jongang2 dah macam boleh jadi dr eryqazz dah ni..complete research!
ReplyDeleteyang penting bakat kan.. tapi ada yang tak hargai bakat.....
ReplyDeleteJom Port Dickson
Mengapa Tak Kahwin?????
si capik ada gak 2-3 kali tgk..cuma tpikir x sakit ke kaki tu bila dia acting mcm ni...
ReplyDeleteaku tak bape nak tgk citer melayu ni sbb aku rasa kekadang citernyer cam notin'~
ReplyDeletewakakaka~
dulu2 masa kat skolah rendah, kena ejek 'meriam' sbb nama saya Maria... nangis woo nama kena ejek, kecik hati... tu baru nama... ini kan pula fizikal orang... tak nak la ejek2 tak baik...
ReplyDeletehahaha. pengiktirafan agak nya
ReplyDeleteOrang TV pun amik tindakan berjaga-jaga. Muka lawa tapi juling. Cuba amik yang gemok, busuk, kulit gelap, dan juling. Ada orang nak tengok???
ReplyDeleteSerius cerita ni membuatkan sesetengah pihak merendah diri... Seolah-olah ditertawakan...
ReplyDeletetak patut siarkan cerita macam tu. merendahkan level confident & menambahkan sakit hati mereka yang bergigi jongang.saya sendiri bergigi jongang satu ketika dulu.selalu kena buli,ejek,caci maki..saya tau rasanya dulu.alhamdulillah, sekarang dah pakai braces.dan gigi pun dah okey. nasihat saya, kalau nak bagi pengajaran @ nasihat sekalipun, banyak lagi caranya. ni sume semata-mata nak duit je.tak hiraukan perasaan orang lain.
ReplyDeletep/s: patut haramkan lagu halimah jongang tu. menyampah pulak tengok si penyanyi lelaki terkinja2 nyanyi lagu tu!
saya tak ikut sgt drama2 cam tu..semuanya cam hipokrik.yg tak cantik di benci, bila dh lawa dok tergila2 la plak...patutnya terapla nilai2 murni, barulah generasi akan dtg takde yg berperangai tak elok. Insya Allah.
ReplyDeletebagi org yg matang mungkin citer ni tak beri effect tapi bagi kanak2 mesti duk ejek kwn2 yg jongang..kan bg kesan yg tak baik dlm tumbuh besar diaorg mmmm
ReplyDeletememula drama halimah jongang..skrg dah jadi siries pulak..tah pape. malas nak tengok.
ReplyDeletekononnya nak bagi pengajaran untuk penonton. menipu lah! lagi menjatuhkan ada la. sekarang ni, budak sekolah yg bergigi jongang menjadi sasaran rakan sekolah dengan lagu 'halimah jongang' tu..kesian budak2 tu, kecik2 dah didera perasaan..org takde kat tempat tu memang takkan tahu..
ReplyDelete** saya tak jongang. walaupun kecik2 dulu menurut mak saya sangat suka hisap puting. cuma mulut je moncong sket T___T..n kalau org tegur pun, diorang akan cakap 'mulut ko moncong ni mesti ko suka isap puting dulu kecik2..' huh..seksi whatt..
bg ak cite ni kelakar itu je..ptut nya sblom cite tu nk ditayang kan kna tulis cm ni..
ReplyDelete"cerita ini tiada kaitan antara yg hidup dan yang telah meninggal dunia kerana cerita ini hanyalah lakonan semata-mata..sekian"
baru la ade bukti bila ada org x puas hati..huhu
p/s: ak pn pk gak lps halimah jongang, fatimah juling..lps ni agaknya minah senget la kot..miahahaha..mcm2 da..
kene ada duit utk pakai pendakap gigi elak jongang. nak ada duit kene invest dulu. nak invest kene ada ilmu dulu
ReplyDeletehaha...minat pasal ronaldinho tu...dh dia jongang..dia marah pun nmpk senyum..hehe...
ReplyDeletesaya tak berapa suka tgk beberapa drama2 tempatan mcm cerita ni, n cerita2 yg byk menunjukkan ilmu2 hitam sbb saya rasa ramai anak2 muda skrg yg terikut2.. kebykan anak2 muda saya kenal yg masih bersekolah tp pndi ttg pawang2, mana nak cari, utk tujuan apa dsb. ish.. takut la.. n saya bkn nak kata drama tempatan ni kurang kualiti tp byk lg jln2 cerita lain yg boleh dipaparkn utk menarik minat org. kita kena ubah sedikit jln cerita drama2 kita utk membawa ke jln kebaikn sbb majoriti anak2 melayu kita ni jenis yg suka ikut je..
ReplyDeleteBagi pendapat akak, itu hanya satu cerita hiburan.ikut fikiran masing -masing , kalau kita anggap satu hiburan, jadilah dia satu hiburan.bagi org yang ada kekurangan , jangan jadikan alasan cerita itu boleh menjadi kamu menjadi manusia yang lemah.
ReplyDeletei tak follow lah crite tu...
ReplyDeletetapi tu laaaa gamaknya org2 dlm dunia hiburan nie kureng skit sifat sensitip kot....
tak kena batang hidung dorang tak terasa laa tu kan....
eny tonggek???
ReplyDeletekat skolah selalu kena panggil tonggek :(
tak patot siarkan drama gini..
x patut kan!! sian pada org yang mempunyai fizikal cam tuh!!! jadik bahan.. lagi parah budak2!!! sian sgt kalo kena ejek!!!
ReplyDeletemcm2....
ReplyDeleteslalu kekurangan fizikal slalu dijadikan alasan utk dipersendakan...
xpatot betul
budak2 kan..main ikut je apa kat TV..aku nak nasihat lelebih pun tak jadi mak pak budak lagi. hehe..tapi bagi aku parents patut kena advice anak2 masing2 yang mengejek tu adalah tabiat yg tidak baik...
ReplyDeletetu la..saya sendiri ada kawan yg jongang.. kekadang kalau lagu tu keluar time saya tgh dengan kwn saya tu..rasa cam x sampai hati
ReplyDeletesetiap hari kat dalam ofis mas ada jer yang pasamh lagu hlimah jongang...
ReplyDeleteNaik meluat....