Mosque of Mohamed Ali, Egypt
Juga dikenali sebagai Masjid Alabaster berikutan penggunaan bahan ini dengan banyak di dalam pembinaannya. Masjid ini dibina oleh Mohammed Ali yang pada zaman pemerintahannya dianggap zaman pembaharuan Mesir.
Nabawi Mosque, Madinah, Saudi Arabia
Madinah adalah Madinat Rasul Allah atau Bandar Rasul Allah yang merupakan kawasan kedua paling suci bagi umat Islam. Masjid ini dibina di atas kawasan rumah Nabi Muhammad SAW dan tempat baginda di semadikan.
Mama dan Alisya
Papa dan Alisya
Sheikh Lutfallah Mosque, Iran
Merupakan satu contoh senibina Islam yang terbaik dan dahulunya digunakan sebagai masjid diraja. Dibina pada abad ke-17 oleh Sheikh Lutfallah Masi Al-Amili, seorang cendekiawan dan tokoh agama terkenal.
The Palace of Al-Hambra, Granada, Spain
Al-Hambra (istana merah) merupakan istana purba dan kompleks kubu yang dibina di antara tahun 1238-1354 M di bawah pemerintahan Mohammed Bin Ahmar, raja Nasrid pertama.
Suleyman Mosque, Turkey
Masjid ini dibina pada tahun 1557M, di zaman Empayar Ottoman dalam tahun ke 46 pemerintahan Sultan Suleyman. Ia menempatkan infirmari, sekolah perubatan, hospital, kedai, penjara dan tempat penyimpanan senjata.
Sempat juga pekena :
Minuman berperisa dari Timur Tengah
Namun, hik3, tersilap beli. Beli perisa Bawang Putih .Adushh, kalau rasa air buah takpe, ini rasa air bawang putih, minum skitje.Hak3,tuhla, lain kali tengokla label betul-betul.
Inilah Alamat Taman Tamadun Islam :
Taman Tamadun Islam
Pulau Wan Man
Losong Panglima Perang
21000 Kuala Terengganu
Terengganu
Selain itu, aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sini adalah :
- Menyertai lawatan sambil belajar oleh jurupandu perkhidmatan tram dan buggy
- Penuhi masa dengan aktiviti terpilih di ampiteater kanak-kanak
- Persembahan tayangan video di taman monumen
- Nikmati makanan yang pelbagai di cafe
- Singgah di kedai cenderamata
P/s :Huhu, aku rindukan kampung halaman walaupun seminggu di sana. Tempat jauh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain.
Terengganu negeri kelahiranku
Tempat menarik untuk disinggahi
Singgah sekali terus menusuk kalbu
Ingin singgah lagi di lain kali
P/s/s : Siapa yang ternanti-nantikan hari esok ? Isnin, hari permulaan kerja setiap minggu?
Mcm best je tempat tu...
ReplyDeletePasti kena pergi satu hari nanti =)
erk...terminum air bawang putih..
bunyi mcm menyeksakan
huuuu
Sungguh cantik Taman Tamadun Islam ni:)
ReplyDeletesalam kenal..bestnta dapat jalan2..sambil menimba ilmu..
ReplyDeletejemputlah le blog suri cahayacinta.com boleh kita tukar pandangan disana :)
aku orang gaunu gok tapi dok pernoh lagi sampai sini..haha
ReplyDelete*nak lebarkan post kat blog tukar TEMPLATE..amik template yang ada strech tu..try la..
menarik
ReplyDeleteoops! air bawang putih? gatal tekak membayangkannya.. HAHA.. tp it's good for the heart actually. kalau boleh cuba minum sikit2 tiap hr adalah teramat bagus.. cantik tempat ni.. kalau la dpt pergi ke bangunan2 yg asli, lg la best...
ReplyDeleteSubhanallah...mmg indah binaan2 tersebut terutamanya masjid nabawi dan masjid mohamed ali...saya ada ambil gmbr sebenar msjd tersebut serta beberpa lg msjd di sana...mmg trnyata memberi satu perasaan yg x terungkp bila melihatnya apa lagi berada di dalamnya...ikutilh kisah sy di sana ya...:)
ReplyDelete