Showing posts with label taman monumen. Show all posts
Showing posts with label taman monumen. Show all posts

March 21, 2010

Taman Monumen | Taman Tamadun Islam (Final Part)

Sambungan dari entry sebelum ini.

Mosque of Mohamed Ali, Egypt

Juga dikenali sebagai Masjid Alabaster berikutan penggunaan bahan ini dengan banyak di dalam pembinaannya. Masjid ini dibina oleh Mohammed Ali yang pada zaman pemerintahannya dianggap zaman pembaharuan Mesir.

Nabawi Mosque, Madinah, Saudi Arabia

Madinah adalah Madinat Rasul Allah atau Bandar Rasul Allah yang merupakan kawasan kedua paling suci bagi umat Islam. Masjid ini dibina di atas kawasan rumah Nabi Muhammad SAW dan tempat baginda di semadikan.

Mama dan Alisya
Papa dan Alisya
Sheikh Lutfallah Mosque, Iran

Merupakan satu contoh senibina Islam yang terbaik dan dahulunya digunakan sebagai masjid diraja. Dibina pada abad ke-17 oleh Sheikh Lutfallah Masi Al-Amili, seorang cendekiawan dan tokoh agama terkenal.

The Palace of Al-Hambra, Granada, Spain

Al-Hambra (istana merah) merupakan istana purba dan kompleks kubu yang dibina di antara tahun 1238-1354 M di bawah pemerintahan Mohammed Bin Ahmar, raja Nasrid pertama.

Suleyman Mosque, Turkey

Masjid ini dibina pada tahun 1557M, di zaman Empayar Ottoman dalam tahun ke 46 pemerintahan Sultan Suleyman. Ia menempatkan infirmari, sekolah perubatan, hospital, kedai, penjara dan tempat penyimpanan senjata.

Sempat juga pekena :

Minuman berperisa dari Timur Tengah

Namun, hik3, tersilap beli. Beli perisa Bawang Putih .Adushh, kalau rasa air buah takpe, ini rasa air bawang putih, minum skitje.Hak3,tuhla, lain kali tengokla label betul-betul.

Inilah Alamat Taman Tamadun Islam :

Taman Tamadun Islam
Pulau Wan Man
Losong Panglima Perang
21000 Kuala Terengganu
Terengganu

Selain itu, aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sini adalah :

  • Menyertai lawatan sambil belajar oleh jurupandu perkhidmatan tram dan buggy
  • Penuhi masa dengan aktiviti terpilih di ampiteater kanak-kanak
  • Persembahan tayangan video di taman monumen
  • Nikmati makanan yang pelbagai di cafe
  • Singgah di kedai cenderamata
P/s :Huhu, aku rindukan kampung halaman walaupun seminggu di sana. Tempat jauh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain.

Terengganu negeri kelahiranku
Tempat menarik untuk disinggahi
Singgah sekali terus menusuk kalbu
Ingin singgah lagi di lain kali

P/s/s : Siapa yang ternanti-nantikan hari esok ? Isnin, hari permulaan kerja setiap minggu?

Taman Monumen | Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Terengganu

Sambungan dari entry Jalan-Jalan di Taman Tamadun Islam, di sini eyriqazz nak berkongsi gambar monumen yang diambil yang berada di sini. Cantik-cantik kesemuanya. Memang cantik dan menarik, kalini letak 7 dulu, ada masa tambah lagi. Banyak-banyak sangat boring pula kan?


Masjid Negara, Malaysia (National Mosque)

Masjid ini dibina pada tahun 1965 sebagai tanda penghormatan terhadap Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Bumbung utama merupakan lambang payung diraja yang terbuka dan menaranya pula adalah payung tertutup.

Badshahi Mosque, Lahore, Pakistan

Masjid ini dibina untuk Maharaja Mughal Aurangzeb Alamgir pada tahun 1673 M. Ia merupakan masjid yang terbesar pada zaman tersebut. Mengikut sejarah ianya boleh memuatkan sehingga 65,000 orang jemaah.

Kubbah As-Sakhrah, Baitul Muqqaddis, Palestin

Dibina pada tahun 692 M di bawah naungan Khalifah Umaiyah Abdul Malik ibn Marwan. Ia menyemadikan batu suji di atas Gunung Moriah dan untuk memperingati perjalanan Nabi Muhammad SAW untuk bertemu Allah.

Kudus Minar, Central Java, Indonesia

Dibina pada tahun 1549 oleh Sunan Kudus (Ja'far Shodiq). Rekabentuk Masjid ini bercirikan Hindu dan Jawa. Paling ketara adalah menaranya yang berbentuk seperti Chandi yang kebiasaanya ditemui di kawasan kuil Hindu.

Pattani Central Mosque, Thailand

Dibina pada tahun 1954 semasa pentadbiran Fil Marsyal Sarit, masjid ini menyerupai rekabentuk Taj Mahal. Ia merupakan tumpuan utama penduduk Islam Thai dan menjadi pusat untuk upacara keagamaan.

Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin, Brunei Darussalam

Masjid ini dinamakan bersempena nama Sultan Brunei yang ke 28 dan dibina pada tahun 1958. Ia direka oleh seorang arkitek Itali. Struktur kubah emas masjid ini merupaan binaan tertinggi di Brunei.

Xian Mosque, China

Masjid ini didirikan pada 1392 M oleh Laksamana Haji Cheng Ho pada zaman dinasti Tang. Walaupun masjid ini kelihatan seperti kuil Buddha, tetapi kedudukannya adalah mengadap kiblat.Ciri unik masjid ini ialah "Menara Kaji Diri" yang terletak di tengah-tengah lama ketiga. 

Sumber informasi/maklumat berkenaan monumen : Passport Taman Tamadun Islam ( Laman Web : http://www.tti.com.my )

P/s : Apa pandangan anda? Cantik tak monumen masjid-masjid dan bangunan bersejarah ini ? Gambar yang lain di entry seterusnya. 
Related Posts with Thumbnails