Showing posts with label taman tamadun islam. Show all posts
Showing posts with label taman tamadun islam. Show all posts

March 21, 2010

Taman Monumen | Taman Tamadun Islam (Final Part)

Sambungan dari entry sebelum ini.

Mosque of Mohamed Ali, Egypt

Juga dikenali sebagai Masjid Alabaster berikutan penggunaan bahan ini dengan banyak di dalam pembinaannya. Masjid ini dibina oleh Mohammed Ali yang pada zaman pemerintahannya dianggap zaman pembaharuan Mesir.

Nabawi Mosque, Madinah, Saudi Arabia

Madinah adalah Madinat Rasul Allah atau Bandar Rasul Allah yang merupakan kawasan kedua paling suci bagi umat Islam. Masjid ini dibina di atas kawasan rumah Nabi Muhammad SAW dan tempat baginda di semadikan.

Mama dan Alisya
Papa dan Alisya
Sheikh Lutfallah Mosque, Iran

Merupakan satu contoh senibina Islam yang terbaik dan dahulunya digunakan sebagai masjid diraja. Dibina pada abad ke-17 oleh Sheikh Lutfallah Masi Al-Amili, seorang cendekiawan dan tokoh agama terkenal.

The Palace of Al-Hambra, Granada, Spain

Al-Hambra (istana merah) merupakan istana purba dan kompleks kubu yang dibina di antara tahun 1238-1354 M di bawah pemerintahan Mohammed Bin Ahmar, raja Nasrid pertama.

Suleyman Mosque, Turkey

Masjid ini dibina pada tahun 1557M, di zaman Empayar Ottoman dalam tahun ke 46 pemerintahan Sultan Suleyman. Ia menempatkan infirmari, sekolah perubatan, hospital, kedai, penjara dan tempat penyimpanan senjata.

Sempat juga pekena :

Minuman berperisa dari Timur Tengah

Namun, hik3, tersilap beli. Beli perisa Bawang Putih .Adushh, kalau rasa air buah takpe, ini rasa air bawang putih, minum skitje.Hak3,tuhla, lain kali tengokla label betul-betul.

Inilah Alamat Taman Tamadun Islam :

Taman Tamadun Islam
Pulau Wan Man
Losong Panglima Perang
21000 Kuala Terengganu
Terengganu

Selain itu, aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sini adalah :

  • Menyertai lawatan sambil belajar oleh jurupandu perkhidmatan tram dan buggy
  • Penuhi masa dengan aktiviti terpilih di ampiteater kanak-kanak
  • Persembahan tayangan video di taman monumen
  • Nikmati makanan yang pelbagai di cafe
  • Singgah di kedai cenderamata
P/s :Huhu, aku rindukan kampung halaman walaupun seminggu di sana. Tempat jauh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain.

Terengganu negeri kelahiranku
Tempat menarik untuk disinggahi
Singgah sekali terus menusuk kalbu
Ingin singgah lagi di lain kali

P/s/s : Siapa yang ternanti-nantikan hari esok ? Isnin, hari permulaan kerja setiap minggu?

Taman Monumen | Taman Tamadun Islam ( Part 2 )

Sambungan dari entry, Taman Monumen | Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Terengganu , ini adalah monumen lain yang berada di sini :


Abu Nasr Parsa, Afghanistan

Dibina pada abad ke 17 dalam gaya Timurid. Antara ciri menarik makan berbentuk oktagon ini adalah dua tiang berpusing di hadapannya. Pembinaan makam ini adalah bagi mengabadikan jasa ahli teologi terkemuka, Khwaja Abu Nasr Parsa.

Aleppo Citadel, Syria

Dianggarkan dibina pada abad ke 10 SM di atas sebuah bukit di Syria, kota ini membuktikan kecanggihan teknologi umat Islam pada masa tersebut.

Al-Haram Mosque, Mecca, Saudi Arabia

Masjid ini menempatkan tempat paling suci bagi semua umat Islam, iaitu Kaabah yang bermaksud "tempat tertinggi yang terhormat dan berprestij". Bangunan asal masjid dibina menggunakan batu biru yang terdapat di Lembah Hijjaz.

Great Mosque of Agadez, Niger

Masjid yang diperbuat daripada tanah yang dikeringkan dibina pada abad ke 16 pada zaman kegemilangan Agadez. Ia mempunyai menara berbentuk piramid dengan 13 baris perancah kayu untuk mengukuhkan strukturnya.

Great Mosque of Qairawan, Tunisia

Dibina pada 670 M oleh Uqba ibn Nafi, ia merupakan monumen Islam tertua di Tunisia. Hari ini, setelah dibina semula sebanyak tiga kali, masjid inmi melambangkan kesamarataan di Qairawan.

Great Mosque of Samarra, Iraq

Masjid ini dibina semasa pemerintahan Khalifah Abasiyyah Al-Mutawakkil pada abad ke-9. Berdiri dengan megahnya di dalam bandar tertua di dunia, salah satu keunikannya ialah Menara Berpusing yang terletak di bahagian utara masjid ini.

Kalyan Minaret, Uzbekistan

Menara ini telah dibina pada tahun 1127 M oleh Arslan-Khan. Menara yang diperbuat daripada bata yang dibakar ini merupakan contoh kejuruteraan awam dan rekaan senibina yang sempurna.

Ku Sharif Mosque, Kazan, Russia

Pernah dibiarkan musnah, pembinaan semula masjid ini dijalankan setelah kejatuhan Soviet Union. Ia merupakan sorotan 1,000 tahun sejarah panjang Kazan dan rekabentuknya mengimbas kembali persekitaran bersejarah di zaman Kremlin.

P/s : Jom jalan-jalan di Taman Tamadun Islam. Apa pandangan anda, tempat ini menarik tak untuk disinggahi?

Taman Monumen | Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Terengganu

Sambungan dari entry Jalan-Jalan di Taman Tamadun Islam, di sini eyriqazz nak berkongsi gambar monumen yang diambil yang berada di sini. Cantik-cantik kesemuanya. Memang cantik dan menarik, kalini letak 7 dulu, ada masa tambah lagi. Banyak-banyak sangat boring pula kan?


Masjid Negara, Malaysia (National Mosque)

Masjid ini dibina pada tahun 1965 sebagai tanda penghormatan terhadap Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Bumbung utama merupakan lambang payung diraja yang terbuka dan menaranya pula adalah payung tertutup.

Badshahi Mosque, Lahore, Pakistan

Masjid ini dibina untuk Maharaja Mughal Aurangzeb Alamgir pada tahun 1673 M. Ia merupakan masjid yang terbesar pada zaman tersebut. Mengikut sejarah ianya boleh memuatkan sehingga 65,000 orang jemaah.

Kubbah As-Sakhrah, Baitul Muqqaddis, Palestin

Dibina pada tahun 692 M di bawah naungan Khalifah Umaiyah Abdul Malik ibn Marwan. Ia menyemadikan batu suji di atas Gunung Moriah dan untuk memperingati perjalanan Nabi Muhammad SAW untuk bertemu Allah.

Kudus Minar, Central Java, Indonesia

Dibina pada tahun 1549 oleh Sunan Kudus (Ja'far Shodiq). Rekabentuk Masjid ini bercirikan Hindu dan Jawa. Paling ketara adalah menaranya yang berbentuk seperti Chandi yang kebiasaanya ditemui di kawasan kuil Hindu.

Pattani Central Mosque, Thailand

Dibina pada tahun 1954 semasa pentadbiran Fil Marsyal Sarit, masjid ini menyerupai rekabentuk Taj Mahal. Ia merupakan tumpuan utama penduduk Islam Thai dan menjadi pusat untuk upacara keagamaan.

Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin, Brunei Darussalam

Masjid ini dinamakan bersempena nama Sultan Brunei yang ke 28 dan dibina pada tahun 1958. Ia direka oleh seorang arkitek Itali. Struktur kubah emas masjid ini merupaan binaan tertinggi di Brunei.

Xian Mosque, China

Masjid ini didirikan pada 1392 M oleh Laksamana Haji Cheng Ho pada zaman dinasti Tang. Walaupun masjid ini kelihatan seperti kuil Buddha, tetapi kedudukannya adalah mengadap kiblat.Ciri unik masjid ini ialah "Menara Kaji Diri" yang terletak di tengah-tengah lama ketiga. 

Sumber informasi/maklumat berkenaan monumen : Passport Taman Tamadun Islam ( Laman Web : http://www.tti.com.my )

P/s : Apa pandangan anda? Cantik tak monumen masjid-masjid dan bangunan bersejarah ini ? Gambar yang lain di entry seterusnya. 

March 20, 2010

Jalan-Jalan di Taman Tamadun Islam

Akhirnya, setelah beberapa kali balik Terengganu dan tidak berkesempatan ke taman Tamadun Islam, akhirnya kali ini sempat juga. Namun sayang, first time masa pergi dengan abang ipar sekeluarga, tidak sempat pergi taman monumen dan gambar diambil kena virus.Huhuhuhu, masih sedih .


Mari menerokai Taman Tamadun Islam bersama Eyriqazz :


Masjid Kristal
Cantik Kan?


Semasa pertama kali singgah beberapa hari sebelum tu, sempat jumpa Mamat yang terkenal dengan Program Percutian Budget dan bergambar dengannya. Katanya dia buat shoot di sini dan akan di uploadkan di website Malaysian Airlines. Sayang, gambar itu hilang kena virus.
Taman Monumen, Taman Tamadun Islam


Taman Monumen ini dibuka dari pukul 9 pagi sehingga pukul 6 petang. Jadi, datang awal ye, jangan jadi seperti kami, pertama kali tak sempat masuk kerana sampai sana pukul 615 petang.Ingatkan buka sampai malam. Hehehehe.
Bayaran Masuk ke Taman Monumen
Passport Taman Monumen , Taman Tamadun Islam


Dengan adanya passport, anda akan dapat diskaun untuk lawatan ke dua, ketiga dan seterusnya seperti Tram Ride dan Bicycle Ride percuma dan diskaun Buggy rental.Jadi, jangan buang passport anda.Itupun kalau nak singgah lagi di lain kali.
Kiosk Jualan, tiket Tram dan Basikal untuk disewa
Cantiknya Tram dia
Permainan untuk kanak-kanak turut disediakan
Taj Mahal, salah satu monumen di Taman Tamadun Islam


Taj Mahal, Agra, India telah dibina oleh Maharaja Mughal kelima, Shah Jahan bagi mengenang kisah cinta abadinya dan sebagai simbol kasih sayang terhadap isterinya, Mumtaz Mahal.,

P/s : Lebih detail dan monumen yang lebih menarik pada episod seterusnya. Tengah sibuk untuk berkemas nak balik ke Kuala Lumpur. Huhuhu,taknak balik. 

P/s/s :Apa pandangan anda , adakah Terengganu destinasi yang berbaloi untuk dikunjungi? Bagi saya, berbaloi-baloi (mestilah promote negeri sendiri kan? )
Related Posts with Thumbnails