March 17, 2010

Sehari Sebelum

Salam dari Eyriqazz dari kampung. Nak updatekan suasana sehari majlis kenduri . Meriah juga dan amalan kekampungan jelas kelihatan. Kalau di bandar mungkin agak susah untuk melihat keadaan sebegitu. Jadi, tanpa membuang masa, inilah gambar yang sempat diambil adikku (huhuhu,masih sedih memori kad ku kena virus)

Kanak-kanak tersenyum kegembiraan

Inilah cousin-cousin ku. Sekarang ni rasanya sudah lebih 20 orang sepupu-sepupuku. Ibuku anak sulung.

Potong,potong, potong

Acara mengupas bawang. Hik3, hey, siapa cakap lelaki tak pandai kupas bawang? Tengoklah pakcik-pakcikku mengupas bawang, mengalahkan orang wanita. Hik3.

Atukku Tertidur Keletihan

Inilah atuk kesayanganku. Kalau kenduri kahwin dialah orang yang paling sibuk. Sibuk uruskan beli daging, cari tukang masak, cari ikan di pasar, dan macam-macam lagi.Masih kuat lagi atukku ini.

Kaum Wanita Sibuk menguruskan rempah ratus masakan

Amalan bergotong-royong amalan yang mulia. Sama-sama bekerjasama membantu. Semangat kekeluargaan semakin dieratkan.

Mak Da @ Mrs Halia
Cucu terbaru Nenekku

Alisya (Cicit nenekku) lagi tua dari cucunya ini (Danish) .Yerlah, bapanya pun ( Pak Su ku ) lagi muda dariku.

Mak Andam @ Pak Andam sibuk juga menghias Tempat Makan Pengantin

P/s : Seronok dapat tengok suasana kahwin ala kampung. Semangat gotong-royong jelas kelihatan. Anda pula bagaimana?Pernah mengalami pengalaman ini ?Kongsi-kongsila.

P/s/s : Oh ya, entry sebelum ni, bukan saya yang kahwin. Adik saya yang kahwin. Aku setia dengan Isteri tersayang. Bukan senang nak jaga seorang isteri apalah lagi ramai isteri. Respek betul dengan Salleh Yaakob, pandai dia menguruskan kesemua isterinya.

21 comments:

  1. Haha~
    Ada niat nak pasang isteri dua ke?

    ReplyDelete
  2. bestnyaaaa klu kwin kat kg kan, bang...dpt tgk satu kg berkumpul...

    ReplyDelete
  3. kat tmpat kite pun lelaki yg buat kerja2 bawang ni :)

    ReplyDelete
  4. tpt aku pun mcm tu juga. selalu gotong royong masa nak ada kenduri. BIasalah kan kat kampung, mmg mcm tu. best! :D

    ReplyDelete
  5. terase betul suasana cmni ,
    mane nk dapat lagi..
    skang sme da ade catering.
    huhuhuhu .

    ReplyDelete
  6. dulu masa wedding skt sebelah husband i, gotong royong mcm ni lah..sebenarnya dpt mengeratkan sillaturahim masa sembang2 sambil buat kerja tu kan. tapi, lepas kenduri tu,..hehe..jenuh nak berkemas ni.

    ReplyDelete
  7. mmg susah dah nak jumpa..skang seme katering n bayar2...kalau di pekan atau bandar..mmg susah la nak jumpa kan..

    ReplyDelete
  8. Best kenduri kendara ala ala kampung ni .Sangat meriah walaupun kepenatan .
    Tifa tetap suka cara kampung . Makan pun lebih seleranya .
    Sukakan suaana riuh rendah budak budak berlari ke sana ke mari , gotong royong bunkus bunga telur dan sebagainya la.
    And yang penting dapat kumpulkan sedara mara, sahabat handai yang lama tak berjumpa.

    ReplyDelete
  9. Masa mas awin... mas sibuk sampai ke hari kenduri...
    Orang kata pengantin kena rehat... hmmm, xde makna nya...

    ReplyDelete
  10. nak balik kampungggggggggggggggg!!!
    rindunyaaaaa... owh kerja, bila nak abes.....

    ReplyDelete
  11. dok kampung ni memang semangat muhibah tu tinggi.. :)

    pecah kaca pecah gelas.
    maaf sebab dah lama tak jengok blog eyriqazz.

    -Shy Guy-

    ReplyDelete
  12. i suka bila ada sedara kahwin...
    time tu leh jumpa ramai sedara mara...
    then part2 tolong menolong tu lah yang syiok tu...
    penat yang berbaloi-baloi gitu....

    ReplyDelete
  13. ehem²..ni aina x sabar nak kawen neh.

    btol tu..kawen kat kampung best sbb boleh gotong royong, masak², meriah sangat.

    ReplyDelete
  14. besarkan halia t ..time kenduri je dapat jumpe halia besar gile macam tu..huhu

    ReplyDelete
  15. bez kan suasana nak kenduri..:)

    ReplyDelete
  16. aku xske gi kt kenduri..sbb sesak dgn orang, nk mkn pun xslesa, pastu ramai pmpn kalau kt tpt2 kenduri ni..huhu

    ReplyDelete
  17. Mimpi :belum ada niat lagi...hik3..

    cdot the dot :betultu.masani la nak jumpa saudara mara yang susah nak jumpa time biasa

    redplasticbag :betulke?hik3..haah,susah nak cari tu..

    Kyuubi_85 :haah,memang best...

    Aus :yup,catering mudah tapi semangat tu berkurangla skit..

    ReplyDelete
  18. dh lama x makan bekwah gotong royong

    ReplyDelete
  19. Ada keluar citer lu nak kawen ke bro?? Uihh ganazmu nie..hehe..Nak gua mintak tips dari orang rumah salleh yakoob ker bro macamana laki dialeh jaga ramai bini sebab bini salleh yakoob yang tua sekali member sama syarikat..hehe

    ReplyDelete
  20. tengok gambar2 kat sini rsa sedih pulak sbb sy dah terlepas majlis kawin dua org adik. huhuhu. dah ikut suami merantau jauh, nak balik tak cukup duit.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails