April 4, 2010

Jalan-Jalan di Festival Kasut Antarabangsa Malaysia 2010


Kasut Berwarna Merah Rekaan Dato' Jimmy Choo yang berharga RM200,000. Siapa mahu beli?

Salam dari Eyriqazz. Semalam pergi jalan-jalan di Festival Kasut Antarabangsa Malaysia 2010 yang telah diadakan di PWTC (Putra World Trade Centre) yang berlangsung dari 1-4 April 2010.Inilah gambar dan serba sedikit berkenaan festival ini :


Tema Festival Ini

Temanya adalah 1 Malaysia - Ke Arah Keharmonian ( 1 Malaysia - Walking In Unity ). Pada pandangan anda, menarik ke tema/tagline ini?

Masuk-masuk sahaja pintu nya :

Ikut Tema/Nampak Cantik Juga

Inilah antara koleksi kasut-kasut yang dipamerkan dan dijual yang sempat di ambil :

Cantik tak?

Boleh dikatakan, 95% koleksi kasut adalah kasut wanita. Huhuhu,tak baik kami dianak tirikan tau. Kami pun pengguna juga. Hak3, yerlah,sebut saja pasal shopping , mestilah wanita kan?

Teruja juga melihatnya
Model-Model Ini Cuba untuk mengoratku

Inilah model-model kasut Jimmy Chia. Isteriku berkenan kat satu kasut ni :

Cuba teka berapa harga?

RM500? Bukanlah, harga asal dalam RM1700+ tapi selepas diskaun , harganya lebih kurang RM1,300. Adush, barujer bercadang nak beli kasut yang cantik untuk isteri. Tidak mampu, sebagai ganti inilah kasut yang Isteriku beli :

Cantik Tak?

Harga asal RM39.90 tapi selepas diskaun RM23.90. Kasut bagi kami hanyalah kehendak dan bukannya keperluan dan mengapa perlu beli yang mahalkan?Tengok poket,ukur baju dan saiz kasut pada kaki sendiri.

Antara yang mengambil Bahagian

Oh ya, hari ini hari terakhir festival ni. Untuk aturcara majlis festival ini  hari ini, saya sudah mudahkan .Inilah acaranya :

Aktiviti di hari terakhir festival kasut

Jadi, sesiapa yang ingin berjumpa dan melihat Professor Dato' (Dr) Jimmy Choo OBE secara dekat, bolehlah datang pada pukul 2.30 sehingga 3.00 petang. Mana tahu dia bermurah hati kasi free gift. Hik3, untung sabut timbul, untung batu tenggelamkan?

Jalan punya jalan, kenapa ramai sangat kat satu tempat tu?Berduyun-duyun pula tu. Tengoklah sendiri ya?

Ada Sale Rupanya

Rakyat Malaysia tidak dapat lari daripada Jualan Murah/Sale kan? Diskaun sehingga 50% , jadi saya pun tidak melepaskan peluang, kasut kerja dah rosak jadi saya angkat kasut Larrie satu.Harga asal RM229.90 tapi selepas diskaun RM114.95.

Sudah penat selepas Mini Sport Carnival di sebelah pagi, tengah hari menghadiri majlis pertunangan dan petang pula ke sini. Jadi, kami pun bergegas untuk pulang selepas mendapat apa yang dihajati.Lebih-lebih lagi:

Alisya tertidur Kepenatan
Papanya Pun Ikut Join Sekali

Sebut pasal festival kasut ni, teringat koleksi Kasut Datuk Siti Nurhaliza yang cantik-cantik yang dikirimkan oleh rakanku melalui e-mail beberapa tahun yang lepas. Siapa belum tengok lagi? Oklah, bolehla tengok di sini:


P/s :Teruja nak publishkan gambar koleksi Dato' Jimmy Choo yang selebihnya. Yang paling mahal RM350,000. Siapa mahu tengok , angkat tangan. Ada masa saya publishkan . Ada 4 lagi gambarnya yang semuanya cantik-cantik belaka.

P/s: Teruja tak dengan kasut-kasut ni?For me, sebagai seorang lelaki tak teruja sangat cuma teringin nak belikan kat Isteri kasut yang mahal/cantik suatu hari nanti. Tak salah ada cita-cita kan?

26 comments:

  1. mak oi....sampai 200k!!!! ada ke orang nak beli tu..haha

    ReplyDelete
  2. gempak gila kasut2 dia..betul tu..ukur kasut dipoket sendiri..hehe..

    ReplyDelete
  3. tu dia!!!
    mahal nya kasut....
    xsangka da juga pesta mcm ni ye..

    ReplyDelete
  4. mampu untuk kasut yang ke3 tu jer..hehehhe...mesti besh kan g sna...jgn lupa publish next coll pic kasut yg cun tu k..cik ira menunggu dengan setia

    ReplyDelete
  5. kasut merah atas tu kalau redmummy nampak, mesti dia minat, kan?

    ReplyDelete
  6. Suke pakai high heels..
    tapi kaki selau sakit...
    cmne artis boleh melompat atas pentas pakai high heels
    tanpa jatuh?

    ReplyDelete
  7. Nampak gayanya kalau bawak orang rumah nie mestik rambang mata nak memilih.

    ReplyDelete
  8. wah.. wah.. ada beli x? heheheheh... bgs2.. ada cita2 nak belikan utk isteri...
    tlg tapau skali utk sy k? hehehe...

    ReplyDelete
  9. Wah bestnya,terkelip2 tengok.saya fanatik bab kasut ni,every month mesti beli kasut padahal duduk pedalaman je..dah ngaja kat pedalaman,so goodbye high heels!

    ReplyDelete
  10. tengok kat tv masa perasmian dato' jimmy choo ada sekali..for sure kasut dia yang mahal2 tu ada sekali..

    ReplyDelete
  11. hehe.. rajin tinguk kasut.. atau isteri kamu yg pergi tinguk?

    ReplyDelete
  12. hmmmmm bagus juga ni.. sebelum ni tak pernah dengar mengenai pameran kasut kan... memang jimmy choo membuatkan rakyat malaysia kagum dengannya

    ReplyDelete
  13. 200000 bole beli umah!!!!!tak sanggup nak abiskan duit banyak gitu(memang takde kot kalo jadi siti mungkin la kot..haha)

    ReplyDelete
  14. pinjam gmba kasut rekaan jimmy cho tu bleh?
    heheh
    ada kawan suruh saya post pasal ni, tapi xde gmba pulakk.

    ReplyDelete
  15. neo:ntah...datin2 or artis bole beli kot...hik3

    ReplyDelete
  16. eyra:tunggu.akan dipublishkan

    ReplyDelete
  17. kulanz;bettul2.kalau redmummy pakai mmg sesuai

    ReplyDelete
  18. eyriqazz

    tak adil betul..
    kasut bini rm23.90 je..kasut sendiri rm114.95??

    ish...ishhh
    sampai hati...

    ReplyDelete
  19. hu..mhl gile..nak pakai [pn takut..baik beli umah ke..kete ke..haha..:0

    ReplyDelete
  20. aahla kenapa kasut wanita je. kasut2 utk lelaki dan kanak2 patutnya perlu ada sekali kan.

    ReplyDelete
  21. perghh..sampai hati lu tak ajak gua sekali..hehe..balas dendamlah tuhh..ahaks..apa-apa pun teruja tengok kasut yang harga beratus ribu terbayang aku kereta dalam 5 bijik..

    ReplyDelete
  22. huh...jimmy choo..teringin tp tau takkan dpt..smpi bila2...

    ReplyDelete
  23. mahal2 kot..
    syu pegi ari jumaat ari tu..
    sekadar cuci mata jer..

    ReplyDelete
  24. alah, tak tahu pulak ada festival kasut..(punyalah tak mengikut perkembangan semasa) huhu

    ReplyDelete
  25. haha!!!kasut je da setengah juta
    letak kat kaki je..bukan org nmpk
    ceett..beta ckp mcm ni sebagai seorg yg x gila kasut
    hehe

    ReplyDelete
  26. yang penting dapat kasut...i like!! hehe~

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails