Showing posts with label dato' jimmy choo. Show all posts
Showing posts with label dato' jimmy choo. Show all posts

April 4, 2010

KOLEKSI KASUT DATO' JIMMY CHOO

Seperti dijanjikan di entry Jalan-Jalan di Festival Kasut Antarabangsa Malaysia 2010 , inilah koleksi kasut Dato' Jimmy Choo yang dijual dan dipamerkan di festival ini .


RM350,000 (fuhh, sepuluh tahun gaji aku ni)

Kasut bertatahkan permata dan berlian,  agak-agak siapa yang mampu beli ya? Dengan RM350,000 boleh beli sebiji Kondominium di KL, 3-4 biji Kereta Vios,menunaikan haji ataupun melancong sepuas hati di dalam dan luar negeri.

RM230,000 ( Kalau kerja seumur hidup dan 2 kali pencen pun belum mampu nak beli)
RM230,000 juga
RM150,000 , cantik kan?
RM200,000, sangatlah cantik juga

Yang RM200,000 ni rasanya sesuai dengan Redmummy. Merah-merah gitu dan grant. Hik, Income blogging redmummy setahun (kalau tidak digunakan) mampu untuk beli ni. Betultak redmummy?

Teruja juga nak tengok di satu tempat show nya, namun tidak dibenarkan masuk .Rasanya untuk VIP sahaja kot .Inilah tempatnya :

Ekskusif 
Serba Ungu (kenapa Raflesia ya)
Dikawal ketat

Fuhh, koleksi kasut Raflesia tu mesti lagi menarik kan? Agak-agak ada yang cecah RM1 juta tak? 

Untuk lebih lanjut pasal Dato' Jimmy Choo bolehla rujuk di sini :

Koleksi Kasut Dato' Jimmy Choo mengujakan
Rupanya cantik dan menawan
Seronok dipandang namun di luar kemampuan
Tengok sajapun sudah teruja sakan

P/s :Amcam, teruja tak tengok Koleksi kasut Dato' Jimmy Choo ini? 

P/s/s : Takpelah, dapat Larrie dan Crocodile pun cukuplah untuk ku. Anda pula bagaimana pula?

Jalan-Jalan di Festival Kasut Antarabangsa Malaysia 2010


Kasut Berwarna Merah Rekaan Dato' Jimmy Choo yang berharga RM200,000. Siapa mahu beli?

Salam dari Eyriqazz. Semalam pergi jalan-jalan di Festival Kasut Antarabangsa Malaysia 2010 yang telah diadakan di PWTC (Putra World Trade Centre) yang berlangsung dari 1-4 April 2010.Inilah gambar dan serba sedikit berkenaan festival ini :


Tema Festival Ini

Temanya adalah 1 Malaysia - Ke Arah Keharmonian ( 1 Malaysia - Walking In Unity ). Pada pandangan anda, menarik ke tema/tagline ini?

Masuk-masuk sahaja pintu nya :

Ikut Tema/Nampak Cantik Juga

Inilah antara koleksi kasut-kasut yang dipamerkan dan dijual yang sempat di ambil :

Cantik tak?

Boleh dikatakan, 95% koleksi kasut adalah kasut wanita. Huhuhu,tak baik kami dianak tirikan tau. Kami pun pengguna juga. Hak3, yerlah,sebut saja pasal shopping , mestilah wanita kan?

Teruja juga melihatnya
Model-Model Ini Cuba untuk mengoratku

Inilah model-model kasut Jimmy Chia. Isteriku berkenan kat satu kasut ni :

Cuba teka berapa harga?

RM500? Bukanlah, harga asal dalam RM1700+ tapi selepas diskaun , harganya lebih kurang RM1,300. Adush, barujer bercadang nak beli kasut yang cantik untuk isteri. Tidak mampu, sebagai ganti inilah kasut yang Isteriku beli :

Cantik Tak?

Harga asal RM39.90 tapi selepas diskaun RM23.90. Kasut bagi kami hanyalah kehendak dan bukannya keperluan dan mengapa perlu beli yang mahalkan?Tengok poket,ukur baju dan saiz kasut pada kaki sendiri.

Antara yang mengambil Bahagian

Oh ya, hari ini hari terakhir festival ni. Untuk aturcara majlis festival ini  hari ini, saya sudah mudahkan .Inilah acaranya :

Aktiviti di hari terakhir festival kasut

Jadi, sesiapa yang ingin berjumpa dan melihat Professor Dato' (Dr) Jimmy Choo OBE secara dekat, bolehlah datang pada pukul 2.30 sehingga 3.00 petang. Mana tahu dia bermurah hati kasi free gift. Hik3, untung sabut timbul, untung batu tenggelamkan?

Jalan punya jalan, kenapa ramai sangat kat satu tempat tu?Berduyun-duyun pula tu. Tengoklah sendiri ya?

Ada Sale Rupanya

Rakyat Malaysia tidak dapat lari daripada Jualan Murah/Sale kan? Diskaun sehingga 50% , jadi saya pun tidak melepaskan peluang, kasut kerja dah rosak jadi saya angkat kasut Larrie satu.Harga asal RM229.90 tapi selepas diskaun RM114.95.

Sudah penat selepas Mini Sport Carnival di sebelah pagi, tengah hari menghadiri majlis pertunangan dan petang pula ke sini. Jadi, kami pun bergegas untuk pulang selepas mendapat apa yang dihajati.Lebih-lebih lagi:

Alisya tertidur Kepenatan
Papanya Pun Ikut Join Sekali

Sebut pasal festival kasut ni, teringat koleksi Kasut Datuk Siti Nurhaliza yang cantik-cantik yang dikirimkan oleh rakanku melalui e-mail beberapa tahun yang lepas. Siapa belum tengok lagi? Oklah, bolehla tengok di sini:


P/s :Teruja nak publishkan gambar koleksi Dato' Jimmy Choo yang selebihnya. Yang paling mahal RM350,000. Siapa mahu tengok , angkat tangan. Ada masa saya publishkan . Ada 4 lagi gambarnya yang semuanya cantik-cantik belaka.

P/s: Teruja tak dengan kasut-kasut ni?For me, sebagai seorang lelaki tak teruja sangat cuma teringin nak belikan kat Isteri kasut yang mahal/cantik suatu hari nanti. Tak salah ada cita-cita kan?
Related Posts with Thumbnails