Kasut Berwarna Merah Rekaan Dato' Jimmy Choo yang berharga RM200,000. Siapa mahu beli?
Salam dari Eyriqazz. Semalam pergi jalan-jalan di Festival Kasut Antarabangsa Malaysia 2010 yang telah diadakan di PWTC (Putra World Trade Centre) yang berlangsung dari 1-4 April 2010.Inilah gambar dan serba sedikit berkenaan festival ini :
Tema Festival Ini
Temanya adalah 1 Malaysia - Ke Arah Keharmonian ( 1 Malaysia - Walking In Unity ). Pada pandangan anda, menarik ke tema/tagline ini?
Masuk-masuk sahaja pintu nya :
Ikut Tema/Nampak Cantik Juga
Inilah antara koleksi kasut-kasut yang dipamerkan dan dijual yang sempat di ambil :
Cantik tak?
Boleh dikatakan, 95% koleksi kasut adalah kasut wanita. Huhuhu,tak baik kami dianak tirikan tau. Kami pun pengguna juga. Hak3, yerlah,sebut saja pasal shopping , mestilah wanita kan?
Teruja juga melihatnya
Model-Model Ini Cuba untuk mengoratku
Inilah model-model kasut Jimmy Chia. Isteriku berkenan kat satu kasut ni :
Cuba teka berapa harga?
RM500? Bukanlah, harga asal dalam RM1700+ tapi selepas diskaun , harganya lebih kurang RM1,300. Adush, barujer bercadang nak beli kasut yang cantik untuk isteri. Tidak mampu, sebagai ganti inilah kasut yang Isteriku beli :
Cantik Tak?
Harga asal RM39.90 tapi selepas diskaun RM23.90. Kasut bagi kami hanyalah kehendak dan bukannya keperluan dan mengapa perlu beli yang mahalkan?Tengok poket,ukur baju dan saiz kasut pada kaki sendiri.
Antara yang mengambil Bahagian
Oh ya, hari ini hari terakhir festival ni. Untuk aturcara majlis festival ini hari ini, saya sudah mudahkan .Inilah acaranya :
Aktiviti di hari terakhir festival kasut
Jadi, sesiapa yang ingin berjumpa dan melihat Professor Dato' (Dr) Jimmy Choo OBE secara dekat, bolehlah datang pada pukul 2.30 sehingga 3.00 petang. Mana tahu dia bermurah hati kasi free gift. Hik3, untung sabut timbul, untung batu tenggelamkan?
Jalan punya jalan, kenapa ramai sangat kat satu tempat tu?Berduyun-duyun pula tu. Tengoklah sendiri ya?
Ada Sale Rupanya
Rakyat Malaysia tidak dapat lari daripada Jualan Murah/Sale kan? Diskaun sehingga 50% , jadi saya pun tidak melepaskan peluang, kasut kerja dah rosak jadi saya angkat kasut Larrie satu.Harga asal RM229.90 tapi selepas diskaun RM114.95.
Sudah penat selepas Mini Sport Carnival di sebelah pagi, tengah hari menghadiri majlis pertunangan dan petang pula ke sini. Jadi, kami pun bergegas untuk pulang selepas mendapat apa yang dihajati.Lebih-lebih lagi:
Alisya tertidur Kepenatan
Papanya Pun Ikut Join Sekali
Sebut pasal festival kasut ni, teringat koleksi Kasut Datuk Siti Nurhaliza yang cantik-cantik yang dikirimkan oleh rakanku melalui e-mail beberapa tahun yang lepas. Siapa belum tengok lagi? Oklah, bolehla tengok di sini:
P/s :Teruja nak publishkan gambar koleksi Dato' Jimmy Choo yang selebihnya. Yang paling mahal RM350,000. Siapa mahu tengok , angkat tangan. Ada masa saya publishkan . Ada 4 lagi gambarnya yang semuanya cantik-cantik belaka.
P/s: Teruja tak dengan kasut-kasut ni?For me, sebagai seorang lelaki tak teruja sangat cuma teringin nak belikan kat Isteri kasut yang mahal/cantik suatu hari nanti. Tak salah ada cita-cita kan?
mak oi....sampai 200k!!!! ada ke orang nak beli tu..haha
ReplyDeletegempak gila kasut2 dia..betul tu..ukur kasut dipoket sendiri..hehe..
ReplyDeletetu dia!!!
ReplyDeletemahal nya kasut....
xsangka da juga pesta mcm ni ye..
mampu untuk kasut yang ke3 tu jer..hehehhe...mesti besh kan g sna...jgn lupa publish next coll pic kasut yg cun tu k..cik ira menunggu dengan setia
ReplyDeletekasut merah atas tu kalau redmummy nampak, mesti dia minat, kan?
ReplyDeleteSuke pakai high heels..
ReplyDeletetapi kaki selau sakit...
cmne artis boleh melompat atas pentas pakai high heels
tanpa jatuh?
Nampak gayanya kalau bawak orang rumah nie mestik rambang mata nak memilih.
ReplyDeletewah.. wah.. ada beli x? heheheheh... bgs2.. ada cita2 nak belikan utk isteri...
ReplyDeletetlg tapau skali utk sy k? hehehe...
Wah bestnya,terkelip2 tengok.saya fanatik bab kasut ni,every month mesti beli kasut padahal duduk pedalaman je..dah ngaja kat pedalaman,so goodbye high heels!
ReplyDeletetengok kat tv masa perasmian dato' jimmy choo ada sekali..for sure kasut dia yang mahal2 tu ada sekali..
ReplyDeletehehe.. rajin tinguk kasut.. atau isteri kamu yg pergi tinguk?
ReplyDeletehmmmmm bagus juga ni.. sebelum ni tak pernah dengar mengenai pameran kasut kan... memang jimmy choo membuatkan rakyat malaysia kagum dengannya
ReplyDelete200000 bole beli umah!!!!!tak sanggup nak abiskan duit banyak gitu(memang takde kot kalo jadi siti mungkin la kot..haha)
ReplyDeletepinjam gmba kasut rekaan jimmy cho tu bleh?
ReplyDeleteheheh
ada kawan suruh saya post pasal ni, tapi xde gmba pulakk.
neo:ntah...datin2 or artis bole beli kot...hik3
ReplyDeleteeyra:tunggu.akan dipublishkan
ReplyDeletekulanz;bettul2.kalau redmummy pakai mmg sesuai
ReplyDeleteeyriqazz
ReplyDeletetak adil betul..
kasut bini rm23.90 je..kasut sendiri rm114.95??
ish...ishhh
sampai hati...
hu..mhl gile..nak pakai [pn takut..baik beli umah ke..kete ke..haha..:0
ReplyDeleteaahla kenapa kasut wanita je. kasut2 utk lelaki dan kanak2 patutnya perlu ada sekali kan.
ReplyDeleteperghh..sampai hati lu tak ajak gua sekali..hehe..balas dendamlah tuhh..ahaks..apa-apa pun teruja tengok kasut yang harga beratus ribu terbayang aku kereta dalam 5 bijik..
ReplyDeletehuh...jimmy choo..teringin tp tau takkan dpt..smpi bila2...
ReplyDeletealah, tak tahu pulak ada festival kasut..(punyalah tak mengikut perkembangan semasa) huhu
ReplyDeletehaha!!!kasut je da setengah juta
ReplyDeleteletak kat kaki je..bukan org nmpk
ceett..beta ckp mcm ni sebagai seorg yg x gila kasut
hehe
yang penting dapat kasut...i like!! hehe~
ReplyDelete