April 22, 2010

Melayu Mudah Lupa | Ada Aku Kisah

Tersentuh hatiku dan hampir bergelinangan air mataku apabila membaca kembali Sajak/Puisi Melayu Mudah Lupa nukilan Tun Dr. Mahathir Mohammad . Bila diamati kembali sajak ini, penuh bermakna dan menyentuh hati. Persoalannya :


Ada Aku Kisah?


Berbalik kepada tajuk di atas. Inilah pandangan peribadi saya pula tentang bangsa melayu iaitu bangsa saya sendiri :

1) Melayu Mudah Lupa Pada Janji
- Bak-bak berjanji memang melayu cukup terkenal terutamanya dalam menepati masa. Kalau janji pukul 9 , pukul 10 baru sampai. Sampaikan ada Istilah ''Janji Melayu" muncul. Pernahkah dengar Janji Cina, janji India atau Janji Mat Salleh? Ada Aku Kisah? Aku kisah kerana ianya semakin menurunkan martabat bangsaku sendiri. Wahai Bangsaku, Jangan Mudah Lupa Lagi, Kerana Perjuanganmu Masih Belum Selesai. Sangat tidak suka kepada orang yang tidak menepati janji.

P/s :Cukup kagum dengan Mat Salleh dalam bak menepati janji dan menepati masa. Terlambat satu minit, boleh batal mesyuarat dibuatnya.

2) Melayu Mudah Lupa pada Tanggungjawab Sosial
- Kalau bak hasat dengki, memang tidak dapat lari dari bangsa melayu. Teringat dulu, nenekku sendiri pernah dibomohkan semata-mata perniagaan kuihnya mendapat sambutan yang memuaskan. Kenapa perlu dengki sesama bangsa sendiri? Pantang nampak orang lain maju dan naik sikit,mulalah mahu menjatuhkan terutamanya di bidang perniagaan. Apa salahnya kalau saling bantu membantu sesama bangsa seperti yang dilakukan oleh kaum Cina? Patutla di bidang ekonomi kaum Cina masih menguasai, di negara Malaysia ,tanah air sendiri.

P/s : Ada aku kisah? Aku kisah kerana ianya membuatkan bangsaku semakin mundur dan sikap sebegini patut dikikis. Apa salahnya kalau sama-sama maju.Rezeki yang ada elokla dikongsi-kongsikan?

3) Melayu Mudah Lupa bila Sudah Berjaya
Ramai kudengari di berita dan pengalaman, bila dah berjaya mulalah lupa diri. Rakan yang dulu sama bermain dan makan di gerai mamak sekali, sudah tidak dipandang lagi. Mulalah jadi Sang Gagak yang terbang tinggi tanpa mempedulikan orang lain. Kenapa begini jadinya.

P/s : Ada aku kisah? Aku kisah kerana aku tak suka bila dah berjaya jadi seperti sang merak. Berlagak sombong dan lupakan asal usul.

P/s/s: Marilah sama-sama kita bangunkan kembali Bangsa Kembali. Every Great journey must start with one small step. Marilah kita mulakan dan teruskan perjuangan.Melayu Boleh!!

P/s/s/s : Anda pula bagaimana? Apa pula lagi yang melayu mudah lupa? Ada Anda Kisah?

15 comments:

  1. pasal hasad dengki, iri hati nie memang melayu teratas. Bukan tak nak backup kaum sendiri tapi macam eyriqazz juga, mak mertua mas sendiri pernah dibomohkan. Tak tahu kesalahan apa yang menyebabkan orang bertindak demikian.

    ReplyDelete
  2. Biasanya orang Melayu ni tak suka berkongsi kalau dia dapat tau ape2. Waktu belajar dulu, student Cina selalu kongsi kalau dpt ape2 info dgn kawan2 diaorg, student Melayu selagi boleh makan sorang, memang tak nak cerita kt org punya. Dulu saya dgn geng2 ada jgk try nak buat mcm student Cina ni, tapi bdk2 melayu yg lain tu buat derk aje, terus tak jadi la.

    ReplyDelete
  3. Manusia memang sifatnya pelupa.
    ada bab lupa yang baik untuk kita, contohnya, peristiwa pahit, kalau tak lupa kan parah

    ReplyDelete
  4. saya kesah sebab saya melayu nih..hehehe

    tp ayat tu memang sinonim dengan melayu..takde pulak org kata cina mudah lupa kan..

    ReplyDelete
  5. melayu mudah lupa tengok jam dan masa.hak3

    ReplyDelete
  6. Mmg btul bro..melayu suka sgt lupa2...nak ckp lebih2 pun susah gak kita pun melayu...tetapi nielah realiti sebenar melayu...

    ReplyDelete
  7. ntahla..kadang2 adakah kita ni terlalu prejudis ngan bangsa sendiri...tp sometime ada gak kebenarannya....pd akula aper yg penting kerjasama....yer btul...kerjasama maksud dia bersatu la...orang melayu kena bersatu....

    ReplyDelete
  8. memang dah sifat bangsa macam tu kot. pantang nampak orang lain maju dan dpt sedikit kebaikan, mulalah jeles memanjang. dah tu kalau dtg minta tips ke, minta tolong ke, ok gak. ni dtg nak jatuhkan bangsa sendiri. sebab tulah bangsa melayu susah nak maju. kalau ada orang yang maju sikit, akan ada pengkhianat bangsa yang akan cuba jatuhkan orang tersebut,

    tapi aku heran gak, sebab pantang juga bila sebut bab2 bangsa ni. semua nak merusuh. tp dengan bangsa sendiri lak nak jthkan sesama sendiri

    ReplyDelete
  9. eeeee topik yg sgt i stuju...
    tiap2 hari i terpaksa berdepan dgn sorang mamat nie yg cenggini...
    sampaikan w'ouls dah labelkan dia "Sir MML"

    ReplyDelete
  10. susah nak cari melayu yang tolong bangsa sendiri..masing-masing tak nak berkongsi..susah a nak maju kalau gini

    Yang suka ambik kisah,
    - fitrihadi.com -

    ReplyDelete
  11. tak suke org yang selalu ckp "ada aku kesah?"..
    oh, rase nak pukul je bile dgr.

    Bila cakap macam tu sebenarnya:

    Adalah cara selain menutup telinga dari dgr nasihat iaitu dengan mentup mulut org yang memberi nasihat itu..

    ReplyDelete
  12. positifnya..melayu suda mula berubah.semakin ramai meniaga.semakin ramai bersatu.

    entri y menaikkan semangat..

    jika kita tak tolong melayu.sape lagi??

    ReplyDelete
  13. melayu. kalau tak dibetulkan, makin lah layuuuu.

    ReplyDelete
  14. ada aku kisah?
    haha,teringat dekat blog azwan ali ;)
    melayu skrg xkott,kawan saye skrg okee je boleh berkongsi ape2 yg patot dgn bangse lain.
    maybe ade yg abg ckp tuh tapi segelintir sahaje ;)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails