April 22, 2010

Pensel 8 hari dalam Alat Sulit | Siapa yang Harus Disalahkan?

Cukup marah dan geram bila membaca tajuk entry Harian Metro Hari Ini . Jiwa seorang lelaki, suami, dan juga bapa berdentum di dalam hati kemarahan bila membaca entry ini :


Serba sedikit apa yang ditulis di sana :

GOMBAK: Seorang remaja lelaki bukan sekadar merogol rakan sebayanya, malah turut menyumbat sebatang pensel ke dalam kemaluan mangsa dipercayai bagi tujuan suka-suka.

Tindakan terbabit hanya terbongkar selepas doktor menemui pensel sepanjang empat sentimeter itu yang masih ‘tertanam’ dalam kemaluan mangsa.

Difahamkan, mangsa berusia 14 tahun berkenaan tidak menyedari kewujudan pensel itu yang dicucuk suspek ke dalam kemaluannya sejurus selepas memperkosanya dalam kelas pada 13 April lalu.

Selebihnya, boleh la baca sendiri entry itu. Artikel ini turut dipaparkan di Berita Harian : Pensel dalam kemaluan mangsa rogol

Persoalannya, kenapa ini terjadi? Takut aku dibuatnya, anakku semakin hari semakin membesar tetapi gejala sosial dan jenayah di kalangan pelajar sekolah pun semakin berleluasa. Siapakah yang harus dipersalahkan? Kenapa ianya terjadi?


Sifat Syaitan bagiku perkara sebegini. Gadis bawah umur menjadi mangsa hawa nafsu? Apa tindakan pihak berkuasa? Berdiam diri dan buat tak endah saja? Isteriku pun ada cakap, anak murid sekarang tidak seperti dulu, kurang hajar dan sukar untuk dididik. Macam-macam kerenah yang tidak menyenangkan. Ibu bapa pula, bila anak buat salah taknak mengaku salah anak mereka. Kononnya anak mereka la yang terbaik.Depan mereka, pijak semut pun tak mati.

Ahh, aku cukup geram dan marah ditambah lagi Isteriku seorang guru dan selalu bercerita kisah pelajar depanku. Jiwa Great Teacher Onizuka seperti dicabar-cabar dan ditarik-tarik.

Sampai bila perkara sebegini akan terus berleluasa? Institusi keluarga pun semakin runtuh ditambah banyak keluarga kedua-dua ibu bapa bekerja dan kurangnya masa bersama keluarga.Anak-anak yang menjadi mangsa dan semakin liar.

P/s : Kenapa gejala sebegini semakin terjadi-jadi di kalangan pelajar sekolah? Siapakah yang harus dipersalahkan?

24 comments:

  1. salam...sume terjadi bilamana manusia lupa pada pencitanya...ALLAH dah turunkan panduan pd kita AL-QURAN dan SUNNAH...bila x ikut nila akibatnya...seluruh sistem masyarakat akan rosak...bilamana akal lebih diutamakan drpada hati...didiklah hati...cintailah ALLAH...itu adalah ubat bg segala masalah sosial...

    ReplyDelete
  2. kisah sebenar tidak boleh dibaca dari dada akhbar semata.
    ada bahagian yang kita boleh percaya, ada yang tidak.

    cuma

    kita berdoa moga fitnah sebegini tidakterhinggap pada zuriat dan keluarga kita kan

    ReplyDelete
  3. tak tahu siape yang nak disalahkan sekarang..kadang2 ibu bape bg nasihat, anak2 dah taknak dengar dah ..

    ReplyDelete
  4. jahat gle..dah rogol pastu buat cmtu plak.social problem amongs bdk2 skolah dah makin teruk..beza gile time aku skolah dlu..mgkin sbb bdk2 skrg xboleh ditegur??klu cikgu marah skit esknye parent trs dtg..hhmm

    ReplyDelete
  5. ishh.. takutnya.. what will happen to our children in the future..kat sekolah dah tak selamat

    ReplyDelete
  6. Dalam hal ini,susah nak persalahkan sesiapa.
    Mungkin kerana sikap acuh tak acuh sesetengah penjaga/ibu bapa/pendidik dalam mengambil tahu akan hal pelajar.

    Pelajar sekarang banyak terdedah dengan budaya kuning segala pelusuk dunia.
    Sekarang ini boleh dikatakan akhir zaman.

    ReplyDelete
  7. tu lah remaja skrg makin xtreme sosial diorg.
    hmmm,saye rase maybe pengaruh kawan and maybe jagaan ibu bapa sendiri lahh.hmmm

    ReplyDelete
  8. yang peliknya, macam mana ni boleh berlaku kat sekolah ye. kawan2 lain mana?

    ReplyDelete
  9. ya Allah..kenapa sampai camtu sekali..kesiannya dia..tak dpt bayangkan..

    cam pelikkan dia rogol masa rehat..konpius nih!bukan ke mcm ramai kat sekolah tu..bukan tempat sunyi,,.

    ReplyDelete
  10. anak murid saya..darjah 3. girl.ajak kawan lelaki masuk dalam toilet sama2.ko tunjuk akunye.aku tunjuk konyer.rasa macam nak lempang laju laju budak berdua tu.pastu lempang mak ayah dia skali.huhu

    ReplyDelete
  11. TAKUTNYE BACA BENDA MACAMNI...hope tak berlaku dalam hidup me or surround me..Nauzubillah

    ReplyDelete
  12. di rogol dalam kelas? what is that supposed to mean?

    sekolah sepatutnya jadi tempat yg selamat untuk anak-anak. macamna boleh kena rogol DALAM kelas??

    ReplyDelete
  13. xkan budak tu xrase sakit..lamenye pensel tu smpai 8 hari..demm..kejam gile budak2 ni.mak bpk xamik tau psl ank2 ke?ish3

    ReplyDelete
  14. dunia sekarang dah terlalu mencabar untuk remaja kita... peluang untuk mereka rosak terlalu tinggi... tak tahu nak salahkan siapa dalam hal ini...

    ReplyDelete
  15. ya Allah menakutkan skrg ni ek..risau la sy msh ade 2 adk pmpuan..mntak dijauhkn kte smua dr perkara mcm ni..

    ReplyDelete
  16. peranan ibu bapa dan masyarakat harus dititikberatkn.. ni la akibat jauh dr agama..

    ReplyDelete
  17. Masalahnya rogol dalam klas, tak menahan. Pastu siap tanam pensel. Gila betul. Budak zaman sekarang ni memang menjadi2. Seram pulakk

    ReplyDelete
  18. macam2 kejadian kan......memang teruk le sekarang ni.. mintak dijauhkan benda2 macam tu...

    ReplyDelete
  19. ades...
    camnelah benda nih jadik...
    mude2 lagik da pandai da....
    baru 14tahun...
    :(

    ReplyDelete
  20. ishhh.. teroknya.. saya ni nk kahwin pun takut.. risau kt anak2,.. hukhukhuk.. =(

    ReplyDelete
  21. terasaa ngiluuuuuuuuuuuuuuuuuuuu...hu3

    ReplyDelete
  22. kejam nye.terseksa gilerrrrr... dah la kne rgol, ngndung, dera, ade pnsil plak tu..giler ke hape???

    ReplyDelete
  23. ish2x..macam budak2 zaman skrng..takut plak kau tengok...

    ReplyDelete
  24. Budak-budak sekarang dalam kelas pun boleh buat benda tak senonoh. Macam mana belajar ilmu tu nak berkat.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails