April 14, 2010

Tergelak Hatiku Dengan Pepatah Melayu Moden

Salam dari Eyriqazz,

 Selingan di waktu Malam. Tergelak hatiku bila membaca entry Pepatah Melayu Moden  ciptaan sendiri yang diambil di Urat Simpul. Rasa santai,lawak dan terhibur hati. Memang betul-betul merehatkan mindalah.


Ini antara pepatah yang saya rasakan cukup terhibur dan menarik untuk dikongsi bersama:

1) Harimau mati meninggalkan belang, Isteri mati meninggalkan gelang, suami mati meninggalkan hutang.

2)Sebab pulut santan binasa sebab mulut tak pasal-pasal kena saman malu berjuta-juta...

3)Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang kecuali kalau ada beruk atas pokok tu.

4)Kalau padi katakan padi, tidak aku ternanti-nanti, kalau sudi katakan sudi, kalau tak sudi bukan kau sorang dalam dunia ni.....boleh blahlah....

5)Biar lambat asalkan tak kena speed trap.

6).Takkan lari gunung dikejar, Tapi pasti gunung takkan datang kalau setakat dok tunggu aje...

7)Lembu punya susu, Ducth-Lady dapat nama.

Selebihnya, bolehla terjah sendiri di SINI

 
Tak lupa juga, Eyriqazz pun nak tambah juga koleksi sendiri (hik3, merosakkan bahasa betul la).

Jom Santai (kredit Picture kepada Pakcik Google)

1)Di Mana Ada Kemahuan, Di situ ada HIGHWAY ( Ini Adnan Sempit punya)

2) Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, Berblog-blog dahulu, Nanti dapat Income dari Nuffnang kemudian.

3) Makan hati berulamkan jantung pisang, dimakan pula dengan Ikan Bilis dan Tempe Cili Padi, di masak oleh Kak Ina KL, terbaik punya.
4)Tempat jatuh lagi dikenang, Inikan pula tempat Shopping (ditujukan khas buat kaum Wanita, hik3)
5) Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, Kalau hari-hari hujan sebegini, bila masa aku boleh mandi air hujan?
6) Habis Madu Sepah akhirnya Menang Raja Lawak

7) Pinggan tak retak, nasi tak dingin, orang tak hendak, peduli apa aku, Isteri aku ingin

8) Jinak-jinak si burung merpati, jinak lagi si Bean Moreno (hik3 lagi)

9)Takkan lari gunung di kejar, hilang kabus nampaklah puncaknya (pantun Cikgu Maths aku semasa sekolah yang berbaur 18SX)

10)Kajang Pak Malau Kajang Berlipat, Kajang hamba, Sate Kajang memang sedap sekali.

P/s :Ada sesiapa mahu tambah?

14 comments:

  1. Cam best je..
    Kalau takut dilambung ombak jangan tak nengok citer Ong Bak..
    Loyar buruk kan..

    ReplyDelete
  2. apahal saya lagi jinak dari merpati?

    ReplyDelete
  3. huhu mcm2 peribahasa dah skrg eh..^_^

    ReplyDelete
  4. best gak bce.. t'gelak sorg2..

    ReplyDelete
  5. Seronok juga peribahasa zaman2 sekarang ni. Agak2 kalau tulis dalam karangan spm dapat A plus2...haha~

    ReplyDelete
  6. pepatah yang menggelikan hati laaa....

    ReplyDelete
  7. Ada tambahan sikit... : biar putih mata , jangan kuning gigi :

    ReplyDelete
  8. adeh haha sakit perut gelak ekeke

    ReplyDelete
  9. hehe terhibur gak hati & kepala otak yg berserabut nie.....

    ReplyDelete
  10. Takkan lari gunung di kejar, hilang kabus nampaklah puncaknya - Yang ni I suka gila-gila :)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails