April 28, 2010

Wanita Misteri Terjawab

Salam dari Eyriqazz,

Entry Siapakah Wanita Misteri Ini? dirujuk. Setelah melihat seperti tiada respons dan jawapan lagi dari pembaca serta tiada yang dapat memberikan jawapan dengan tepat, inilah jawapannya :

Dr. Anisah, Doktor yang Menyambut Alisya ketika dia dilahirkan

Pertemuan yang tidak disangka ketika kami pulang ke kampung sempena Adik Berkahwin bulan lepas. Sejak Alisya keluar dari hospital, kami tidak berkesempatan untuk berjumpa dengan Dr. Anisah dan kami dimaklumkan oleh Staff di Hospital Ampang Puteri bahawa dia telah berpindah ke Terengganu.

Sebenarnya,Doktor Anisah ini doktor ganti yang menggantikan doktor yang sepatutnya menyambut Alisya, doktor itu MC selama beberapa bulan kerana terlibat dengan kemalangan jalanraya dan kakinya patah. Dipendekkan cerita, Doktor Anisah yang menggantikannya.

Isteri cukup menggemari dan menyukai Doktor ini. Sayapun sama, lemah-lembut dan begitu profesional menjalankan tugasnya sehinggakan saya dan Isteri rasa begitu selesa. Almaklumlah, anak pertama. Terimakasih Doktor Anisah.

Dipendekkan cerita, dunia ini tidaklah begitu besar. Terjumpa kembali dengannya selepas beberapa bulan Alisya dilahirkan dan dia masih mengenali Alisya dan kami. Dia kini bekerja di salah sebuah hospital swasta di Terengganu.

Hampir menitikkan air mata dan terharu dibuatnya apabila Alisya mahu menerkam dan mahu didukung Doktor Alisya sewaktu berjumpanya walhal Alisya memang susah sikit dengan orang yang tidak dikenali.Mak mertua sampai semalam mahu didukung pun dia nangis, mungkin lama tak tengok. Tuhan itu Maha Besar, Alisya yang masih kecil dan belum mampu untuk berkata-kata masih mengenali doktor yang menyambutnya.

Besar sungguh pengorbanan dan jasa seorang doktor. Terasa ingin isteriku beranak di Terengganu bila ada rezeki selepas Alisya nanti agar dia Dr. Anisah dapat menyambutnya lagi. Serangkap pantun buatmu Doktor :

Doktor Anisah nama diberi
Jasamu besar, aku hargai
Perkhidmatan terbaik yang dikau beri
Hanya Tuhan yang mampu membalasnya nanti

P/s : Besarkan pengorbanan seorang doktor? Sanggup bekorban untuk pesakit dan mengorbankan masa. Tidur pun beberapa jam je sehari. Terima Kasih buat Semua Doktor di Malaysia.

28 comments:

  1. wah.masuk belog sudah itu doktor. erk bro. nak jadi baby sitter tuk alisya boleh? boleh masuk blog bro. hahaha.

    ReplyDelete
  2. .alhmdulillah alisya dah sembuh
    bro eyriqazz dmm lg ke?

    ReplyDelete
  3. bertuahnya doktor ini kerana anda sangat menghargai jasanya...

    ReplyDelete
  4. alahai, jawapan jauh panggang dr api

    ReplyDelete
  5. alahai, jawapan jauh panggang dr api

    ReplyDelete
  6. org pertama yg die nampak doktor tu la

    ReplyDelete
  7. patutlah alisya tak nak saya dokong dia...rupa2nya saya bukan dr yang sambut dia...saya hanyalah penjual water melon

    ReplyDelete
  8. ops kesemua jawapan ku tidak satu pun ade hubungkait dengan jawapan sebenar he..23x

    BroFramestone Blog

    ReplyDelete
  9. @asphaq :ble bro..hik3...jemputla ke rumah

    ReplyDelete
  10. @intanurulfateha (◡‿◡✿) :thanks..masih skit2 lagi...jadi entry pun masih blom stabil lagi..hik3...

    ReplyDelete
  11. @windi :kami yg lebih bertuah ada dpt doktor sepertinya

    ReplyDelete
  12. @Kyuubi_85 :takpe bro..next time cuba lagi..

    ReplyDelete
  13. @GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr:haah doktor..ada wajah doktor kan?

    ReplyDelete
  14. @BeaN MorENo :hak3..memang tergelak aku masa bayangkan ko jual water melon tu...pakai topi gaya apek, pakai seluar pendek, baju singlet...hik3...kalau buat entry camni pun best jugak ni...dushh...

    ReplyDelete
  15. @Bro Framestone :thanks for guessing bro...

    ReplyDelete
  16. cuti sem nanti. wahahaha. gaji masyuk skit ar. hahhaa.

    ReplyDelete
  17. mmg encik GTO ni glamer dengan pantun
    hehe
    i loikee

    ReplyDelete
  18. anda di tag,sila rujuk--> http://roxyzai.blogspot.com/2010/04/contest-senyuman-paling-menawan.html

    ReplyDelete
  19. saya masih teringat nurse masa saya nak bersalin dulu,..bising sebab dia kata saya lambat bersalin. berulang kali dia komplen. tak paham betul, itukan Allah yg tentukan.

    ReplyDelete
  20. dulu saya nak jadi doktor tp apabila memikirkan masa yg perlu diperuntukkan just for completing work weekly and not to mention the patience and all, i just couldn't.. i was so tired even sleeping only 5-6 hours a day..

    ReplyDelete
  21. aduh tak sngka itu jawapannye.harap sgt dpt deal dgn doc yg pro mcm dr anisah ;)

    ReplyDelete
  22. kanak2...hati dia bersih suci...allahuakbar!!!

    ReplyDelete
  23. Salam!!! Baik sekali kebetulannya.. Alahamdulillah syukur.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails