May 11, 2010

Gelora Di Hati Sara 2 TV2 Muncul 12 Mei 2010

Salam Dari Eyriqazz,

Fauziah Latiff dan Rosyam Nor. Satu kegemaran isteri dan satu kegemaranku. Bila ianya digabungkan, gabungan mereka begitu mantap dan mempesonakan. Gembiranya di dalam hati bila dapat tahu Gelora di Hati Sara 2 Tv2 muncul kembali pada 12 Mei 2010 yang akan ditayangkan pada pukul 9.30 malam setiap hari Rabu.


Gandingan Terbaik yang Kami Idam-Idamkan

Gelora di Hati Sara 1 memang aku dan isteri menontonnya dengan penuh khusyuk . Mereka berkahwin senyap-senyap atas sebab keluarga , bapa mertua ( Datuk Rahim Razali ) sukakan dan cuba memikat Sara (Fauziah Latiff yang memegang watak Peguam ) . Rosyam Nor di dalam cerita itu berkahwin dengan wanita lain tanpa kerelaannya demi keluarga dan epilot cerita ketika itu cukup mengujakan dan best sekali.

Ku ternanti-nanti Sambungannya

Pertama kali rasanya ku saksikan lakonan Fauziah Latiff ketika Gelora di Hati Sara 1. Walaupun jarang berlakon, memang mantap dia berlakon dengan wajahnya yang sweet, comel dan ada gaya wanita melayu terakhir menambah seri ceritanya. Ditambah pula heronya iaitu Rosyam Nor, salah seorang pelakon kegemaranku. Ini gara-gara Filem 'Gila-Gila Remaja' ketika zaman remaja yang membuatkan aku jatuh cinta dengan lakonan Rosyam Nor dan Faizal Hussein.

Drama ini turut dibintangi pelakon seperti Datuk Rahim Razali, Watie Sadali, Aida Radzwill, Norman Hakim, Hisham Ahmad Tajuddin, Balkisyh Samundur Khan, Mahmud Ali Bashah dan Dian P Ramlee.

"Drama arahan Mohd Nazir Juhan (Jet Lee) ini masih menggunakan skrip karya Sharifah Abu Salem akan disiarkan di TV2 pada setiap Rabu jam 9.30 malam bermula 12 Mei ini. "Saya berhasrat menjadikan drama ini sebagai telenovela selepas ini. Ini saranan saya kepada RTM dan saya percaya drama ini mampu menjadi penanda aras pada drama yang membawa kisah keluarga." (Di petik dari Harian Metro )

Gelora Di Hati Sara 2 ku nanti-nanti
Kugembira tapi ku geram hati
Kenapa seminggu sekali dan bukannya hari-hari
Tidak sabar untuk ku menanti selama ini


P/s : Jom kita layan drama Ini. Jom terpacak sama-sama sekali. Mantap kan gandingan mereka ini ?

13 comments:

  1. susah den nak komen dekat blog femes nih
    hehe
    apa2pun thanks la sudi invite join contest apa semua
    skrg still letih lagi
    apa2pun thanks lah yer

    berkenaan entry nih
    yups,alhamdulillah main waktu cuti semester
    so dapatlah tgok
    memang den satu family minat cerita nih
    season 1 dia dah memang best
    so,maybe season 2 nih si jahat Mahmud Ali Bashah tu akan cuba porak perandakan kehidupan diorang'

    ReplyDelete
  2. Tak pernah tahu pula kewujudan cerita ini.

    ReplyDelete
  3. Salam!!! Belum tentu boleh tenguk!! tv sibuk dengan sukan la nih!! kita kena beralah saja!!

    ReplyDelete
  4. salam..
    wah :D
    citer ni best sgt!
    tak saba nak tgk sambungannya :)

    ReplyDelete
  5. rosyam nor rasanya cam da lame xkeluar kat tv3. dah kena ban ke?

    ReplyDelete
  6. baguslah ditayangkan lagi.. bolehlah peminat setia menonton citer ni

    ReplyDelete
  7. x minat nk tgk. rosyam dah tua

    ReplyDelete
  8. aar.. mcm besh drama neh.. ehehe.. tv2 di hati ku

    ReplyDelete
  9. Saya pon follow Gelora di Hati Sara 1 dulu. Now ada smbungan, ada jgk la point nk tepacak dpn TV malam2 walopon 1 mggu sehari je. Heee.. :D Jom sama2 nntikan tayangannya..

    ReplyDelete
  10. best ek cite ni..tahu pasal cite ni tapi xprnh tgk pun.huhuhu

    ReplyDelete
  11. cam best je bunyinya...
    tapi dah tau...mmg susah kalo nak follow gitu...
    huhuhuhu

    ReplyDelete
  12. ape erk tajuk lagu utk tema gelora di hati sara ni..ada sesapa yg tau x

    ReplyDelete
  13. Klu yg fauziah latif nyayi tu tajuknya Menjauhkan Diri. lagu yg selingan tu yg tak tahu, lagu indon rasanya...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails