Showing posts with label fauziah latiff. Show all posts
Showing posts with label fauziah latiff. Show all posts

December 24, 2010

Gambar Fauziah Latiff Yang Hot Bersama Lady Bikers Malaysia

Saya dedicatedkan entry ini buat isteri tersayang , peminat Setia Fauziah Latiff dari kecil lagi. Jom layan Gambar Fauziah Latiff yang Hot bersama Lady Bikers Malaysia (Credit Picture to FBnya)

Fauziah Latiff still Hot bersama Lady Bikers Malaysia
Wah, Cool juga Fauziah Latiff join geng-geng Motor ni kan?
Fauziah Latiff, still Ayu dan Jelita , No wonder isteriku begitu sukakannya

Wifey memang peminat no. 1 Gee, berkali-kali request mahu jumpa Fauziah Latiff face to face. Dussh, memang mahu tunaikan tapi camne ya? Kena bodek Rosyam Nor ni, supaya hasrat isteri tertunai. Je Jai, boleh tolong? Hik3....

Wife minat Fauziah Latiff, saya pula minat Lisa Surihani , Je Jai pula minat Fasha Sandha. Agak-agak kalau mereka bertiga berlakon filem  bersama, meletup tak?

P/s : Fauziah Latiff buat saya teruja untuk memiliki motosikal berkuasa besar. Umm, kalau dapat Virago best juga kan?

**Anda minat Gee tak? Kenapa anda minat dia ya?

May 27, 2010

Gelora Di Hati Sara Episode 3


Gelora Di Hati Sara Episode 3

Gara-gara mencari Peti Sejuk untuk pindah rumah nanti, sampai rumah pukul 10 malam dan sempat layan separuh saja cerita ini. Agak sedih episod kali ini, rasanya Sara dilanggar dan dimasukkan ke hospital :


Sedih dan menitik air mata Sara (Fauziah Latiff bila diberitahu dia tidak boleh beranak kerana rahimnya sudah rosak)

Sara meminta Asrul (Rosyam Nor) supaya tidak menceraikan Tengku Marina dan akhirnya Asrul akur dan membawa Marina pulang ke rumahnya. Begitu sedih episod kali ini, hampir menitik air mataku. Dushh, ini Isteri punya penanganlah.

Kalau nak tengok online. bolehla layan di Drama Sensasi . Ini episod-episod sebelum ini :




Salah satu drama yang mesti di tontoni untuk pasangan yang sudah berkeluarga atau belum. Memang mantap, rasanya kalau ditayangkan di TV3, pasti mendapat sambutan sehebat Nur Kasih ataupun Adamaya.

May 19, 2010

Gelora di Hati Sara 2 | Episod 1

Weekend lepas berkesempatan menonton Drama GeloRa di Hati Sara 2 , Episod 1 yang ditayangkan pada setiap hari Rabu , pukul 930 malam. Lakonan mantap Rosyam Nor dan Fauziah Latiff , pelakon kegemaran saya dan Isteri.


Suka dengan Lakonan Fauziah Latiff
Rosyam Nor hebat seperti selalu
 
Rasa kurang berpuas hati sikit apabila cerita bermula dengan agak sedih. Sara (Fauziah Latiff) memfailkan permohonan cerai buat suami tersayang, Asrul ( Rosyam Nor). Sedih melihat wajah sedih Sara dan part Asrul marah-marahkan Sara apabila dia diserbu wartawan atas kes perceraiannya.

Harap-harap Episod 2 malam ini lebih mengujakan dan menggembirakan .Serba sedikit sinopsis cerita ini yang dipetik dari Budiey.com :

"Mengekalkan gandingan pelakon handalan Rosyam Nor bersama penyanyi bersuara gemersik Fauziah Latiff dibantu Watie Sadali, Dato’ Rahim Razali, Aida Radzwil selain Norman Hakim drama 26 episod ini berkembang dengan lebih konflik yang lebih merumitkan lagi apabila watak Sara berkeras mahu meneruskan penceraiannya dengan Asrul. Segalanya dilakukan semata-mata kerana mahu melihat kebahagian menjadi milik Tengku Marina yang dipercayai ikhlas menyintai Asrul meskipun Iskandar ingin kembali kepadanya.

Kebaikan Sara membuatkan Marina setuju untuk diceraikan. Datin Maria sangat sedih dengan keputusan Tg Marina kerana dia adalah menantu pilihannya. Seboleh-bolehnya Datin Maria mahu mengekalkan perkahwinan itu. Datin Maria berada dalam keadaan dilema kerana menantu-menantunya mahu berkorban di antara satu sama lain.

Bagaimanapun Asrul tetap memilih Sara dan mahu menceraikan Tg Marina seperti kehendak Tengku Malik. Tengku Malik memutuskan hubungan persahabatan dengan Datuk Taufik dan menganggap Asrul mengkhianati Tg Marina. Dia juga menarik semua saham dalam syarikat Datuk Taufik dan membatalkan semua perjanjian perniagaannya.

Justeru usah ketinggalan menyaksikan kesudahan drama bersiri penuh konflik kekeluargaan ini dengan meluangkan masa menonton Gelora Di Hati Sara 2, setiap Rabu, jam 9.30 malam di TV2. "

 
P/s :Anda layan tak cerita ni? Apa komen ya?

May 11, 2010

Gelora Di Hati Sara 2 TV2 Muncul 12 Mei 2010

Salam Dari Eyriqazz,

Fauziah Latiff dan Rosyam Nor. Satu kegemaran isteri dan satu kegemaranku. Bila ianya digabungkan, gabungan mereka begitu mantap dan mempesonakan. Gembiranya di dalam hati bila dapat tahu Gelora di Hati Sara 2 Tv2 muncul kembali pada 12 Mei 2010 yang akan ditayangkan pada pukul 9.30 malam setiap hari Rabu.


Gandingan Terbaik yang Kami Idam-Idamkan

Gelora di Hati Sara 1 memang aku dan isteri menontonnya dengan penuh khusyuk . Mereka berkahwin senyap-senyap atas sebab keluarga , bapa mertua ( Datuk Rahim Razali ) sukakan dan cuba memikat Sara (Fauziah Latiff yang memegang watak Peguam ) . Rosyam Nor di dalam cerita itu berkahwin dengan wanita lain tanpa kerelaannya demi keluarga dan epilot cerita ketika itu cukup mengujakan dan best sekali.

Ku ternanti-nanti Sambungannya

Pertama kali rasanya ku saksikan lakonan Fauziah Latiff ketika Gelora di Hati Sara 1. Walaupun jarang berlakon, memang mantap dia berlakon dengan wajahnya yang sweet, comel dan ada gaya wanita melayu terakhir menambah seri ceritanya. Ditambah pula heronya iaitu Rosyam Nor, salah seorang pelakon kegemaranku. Ini gara-gara Filem 'Gila-Gila Remaja' ketika zaman remaja yang membuatkan aku jatuh cinta dengan lakonan Rosyam Nor dan Faizal Hussein.

Drama ini turut dibintangi pelakon seperti Datuk Rahim Razali, Watie Sadali, Aida Radzwill, Norman Hakim, Hisham Ahmad Tajuddin, Balkisyh Samundur Khan, Mahmud Ali Bashah dan Dian P Ramlee.

"Drama arahan Mohd Nazir Juhan (Jet Lee) ini masih menggunakan skrip karya Sharifah Abu Salem akan disiarkan di TV2 pada setiap Rabu jam 9.30 malam bermula 12 Mei ini. "Saya berhasrat menjadikan drama ini sebagai telenovela selepas ini. Ini saranan saya kepada RTM dan saya percaya drama ini mampu menjadi penanda aras pada drama yang membawa kisah keluarga." (Di petik dari Harian Metro )

Gelora Di Hati Sara 2 ku nanti-nanti
Kugembira tapi ku geram hati
Kenapa seminggu sekali dan bukannya hari-hari
Tidak sabar untuk ku menanti selama ini


P/s : Jom kita layan drama Ini. Jom terpacak sama-sama sekali. Mantap kan gandingan mereka ini ?

December 11, 2009

Fauziah Latiff


Fauziah Latiff

Isteriku begitu menggemari artis ini.Banyak lagu dan cd2 yang dia beli.Kalau dia surf internet mesti dia surf pasal fauziah latiff dan download lagu-lagu dan klip fauziah latiff dari youtube.Jadi kali ini aku nak dedicatedkan entryku ini buat isteri tersayang.Sedikit sebanyak pasal Fauziah Latiff :


Fauziah Latiff cantik menawan

1)Nama sebenarnya adalah Siti Fauziah Sheikh Abdul Latiff.Lebih mesra dengan panggilan Jee.

2)Dilahirkan pada 5 December 1970 (39 tahun, tahun ini)


Senyuman manis buat peminat

3)Telah mengeluarkan lebih daripada 17 album antaranya Di Gamit Memori, Kau Merubah Segalanya, Kini, Fauziah Latiff Dia, Fauziah Latiff No 1, Di Sebalik dan Pesona

4)Salah seorang juri untuk Malaysian Idol,realiti TV yang telah melahirkan artis popular dan berbakat seperti Jacklyn Victor


Dalam airpun tetap menawan

5)Turut berlakon dalam beberapa drama dan filem antaranya Rubiah, Lontong, Gelora di Hati Sara (favourite drama aku dan isteri,hehehe), dan Kudrat Iman.

6)Memenangi beberapa Anugerah seperti Penghibur Wanita Terbaik dari tahun 1991-1994, Video Muzik Terbaik (Sahabat) pada tahun 1996 untuk Anugerah Industri Muzik Malaysia (AIM) dan Won the Award for Fiesta Kingsway's Best Entertainer Of the Year (1989)


     Wah,kecantikannya mempesonakan.Patutla isteriku begitu meminatinya

7)Lagunya menjadi lagu pertama yang dinyanyikan oleh isteriku buatku .Inilah lagunya,sungguh syahdu dan menusuk kalbu :

Dia

Dia insan pertama yang bertakhta
Dia insan pertama yang kucinta
Dia pernah membuatku bahagia
Dia yang mengajarku
Tentang erti rindu

Dia yang dulu pernah kusanjungi
Pergi sehingga kini tak berganti
Hilang dari pandangan hidup ini
Membawa luka pedih tak terperi
Tiada ku duga
Permulaan yang jernih
Menjadi keruh dengan tiba-tiba
Bina rintangan
Antara aku dan dia
Cinta terhalang oleh orang tua
Kini terkilan sungguh rasa hati
Dia tak pernah lagi ku temui
Dia ku abadikan dalam jiwa
Terima kasih atas segalanya

Lagu/Song:
Ross Ariffin

Lirik/Lyric:
Amran Omar

P/s :Tahutak camna nak dapat berjumpa dengan Fauziah Latiff?Ingin ku hadiahkan pertemuan dengan Fauziah Latiff buat isteriku.

Related Posts with Thumbnails