May 16, 2010

Selamat Hari Guru 2010 | Guru Pembina Negara Bangsa

Salam dari Eyriqazz,

16 Mei 2010, ada apa dengan tarikh ini ? Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan :

Selamat Hari Guru 2010

Memang bersesuaian dengan Tema Hari Guru tahun ini iaitu Guru Pembina Bangsa  Negara. Jadi hari ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Guru buat :

1) Isteri Tersayang

Isteriku seorang guru yang begitu berdedikasi. Ku respek dan kagum dengan kerjanya. Walaupun kadang-kadang pening dengan kerenah anak-anak murid yang nakal, tugas tetap dijalankan dengan hati yang ikhlas dan terbuka. Menjadi seorang Isteri, Ibu, dan guru bukannya tugas yang mudah namun Isteriku begitu cemerlang menjalankan ke semua tugas-tugas itu.I Love You Sayang, be a Great Teacher ya?

2) Cikgu Nik Jamilah dan semua guru yang pernah mengajarku
Terima kasih Guruku, tanpa kamu tidak mungkin saya dapat berpijak dan mencapai kejayaan ini.

3) Great Teacher Onizuka dan Great Teacher Fuyutsuki

Inilah guru terbaik bagiku. Bagi semua guru-guru, carilah dan layanla movie dan drama ini, memang betul-betul memberikan inspirasi dan sesuai untuk semua guru. Saya pun tengah mencari untuk Isteri, DVD yang saya beli sebelum ini telah banyak yang hilang dan tidak dipulangkan.

4) Cikgu-cikgu di dunia blog yang kukenali terutamanya Cikgu Xpo, Cikgu Zara , Cikgu Isza, dan juga Cikgu Naman. It was really nice to know all of you. Teruskan menjadi seorang guru dan bloggers yang cemerlang. Jasa guru terlalu besar bagi semua.

5) Semua guru-guru di Malaysia. Teruskan perjuanganmu wahai guru. Tanpa guru tiadalah Akauntan,Arkitek, Guru, Pegawai Bank, Peguam, Ahli Politik, Businessman, Suri Rumah Berjaya dan ramai lagi.

Satu Pantun Buat Hari Guru :

Selamat Hari Guru 2010 dari Eyriqazz@GTO buat semua Guru-Guru di Malaysia
Guru Pembina Bangsa Negara
Tanpa guru siapalah kita
Banyak berjasa, banyak berkorban untuk pembangunan masa depan negara
Mendidik anak didik tanpa jemu rintangan diharungi dengan rela
Guru Cemerlang, Jasamu Tuhan saja yang mampu membalasnya

Jom layan lagu Lagu Hari Guru Tahun Ini :

Lagu Tema : Guru Pembina Negara Bangsa


GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota

Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya

Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta

Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia

Pencipta Lagu : Khairulrizam bin Khalid
Pencipta Lirik : Ili Nurbahirah bt Baharudin
Pengubah Muzik : Marzuki bin Tambi
P/s : Saya bukan Seorang Guru. Saya sukakan Great Teacher Onizuka , antara guru paling cemerlang yang pernah saya kenali walaupun ianya bukan guru yang nyata. Saya hanyalah seorang insan biasa namun bercita-cita berkongsi dan menimba ilmu di dunia blogging ini.

P/s/s : Kat mana boleh beli DVD dan Drama Great Teacher Onizuka terbaik di KL ni ya? Any suggestion ?

P/s/s/s : Layan Gambar Bogel Cikgu di Hari Guru ni best juga kan? .  Hik3....

19 comments:

  1. Haha~
    yang part cikgu onizuka tu...x bleh dilaksanakan di Malaysia.
    Kalau ada orang besar nk backup xpe jugak.

    ReplyDelete
  2. Oh ya..berlambak sahaja kedai dvd yang jual drama dan movie GTO.
    Kenapa? Eyriqazz punya koleksi tk lengkap atau ada yg rosak?

    Di time square ada kedai dvd yang khas jual cerita2 dri jepun,korea ni. x pasti tingkat berapa tpi kedai dia colour pink.

    ReplyDelete
  3. terima kasih..dulu ingatkan GTO ni memang seorang cikgu..hehe

    cerita tu dah berapa kali tengok..CD dia pun dah rosak..

    cara berkawan dengan anak murid salah satu cara yang memang boleh dipraktikkan

    ReplyDelete
  4. muka wife uncle nmpk mcm garang. grr. kat class mesti garang ni.hehehe. oh,dvd tu x twu la nak cari kat mana. 1stime dengar lepas follow blog uncle. hehe... eh, btw thnks pasal entri pilihan tu semalam :)

    ReplyDelete
  5. Selamat hari guru untuk mereka2 diatas tu.. :)

    ReplyDelete
  6. GTo...lanun ada wat award untuk guru yg juga seorang blogger... kalau sudi terima k... tq gto.. :-) SELAMAT HARI GURU...

    TERIMA YER.. :-)

    ReplyDelete
  7. selamat hari guru!!
    walaupun tak menjadi guru di sekolah.. tapi tetap mengajar sesuatu still boleh di panggil guru kn?? hehe... wish me luck to be a good teacher soon.. (^^,)
    tba2 rse nk tgk citer GTO.. ngeeee~

    ReplyDelete
  8. lagu tu.. ika nyanyi time koir hari itu.. hihi =)



    guru tidak semestinya mesti menjawat jawatan seorang guru, tetapi selagi dia mencurahkan ilmu.. dengan niat penuh ikhlas.. mereka juga digelar sebagai guru =)

    ReplyDelete
  9. slmt hari guru..
    ada hadiah special utk anda.. =P
    sila ambil disini:
    http://nakashimakureno.blogspot.com/2010/05/and-winner-goes-to.html

    ReplyDelete
  10. selamat haru guru buat isteri tercinta eyri :) dan semua guru2 di malaysia..

    ReplyDelete
  11. hehhee...onizuka sensei...kihkihkih..

    btw, cikgu mmg byk berjasa...sometimes to certain persons, cikgu lagi byk mmbentuk compared ngn mak ayah..

    ReplyDelete
  12. gambar bogel cikgu??haha

    ReplyDelete
  13. selamat hari guru buat ur wife dan semua guru di luar sana..... banyak yang kita belajar daripada cikgu kan......

    Segmen Kenali Blogger

    ReplyDelete
  14. selamat hari guru untuk semua cikgu...tanpa guru siapalah kita...

    ReplyDelete
  15. @Mohd Adziim:hik3..betultu kat malaysia agak susah skit..cubit skit anak murid pun dah ble naik mahkamah...

    @Mohd Adziim :thanks azim..tak lengkap dan juga rosak..so ingat nak cari yg complete yang baru..nanti saya singgah di sana...

    @n@m@n:sama2 cikgu naman...tuhla..jadi cikgu bukannya mudah...

    @cik eykameow :):ehh,kat rumah pun dia garang..slalu kena pulas telinga..hak3..just kidding...oh,sama2..percubaan dulu,mana2 entry menarik akan eyriqazz kongsikan di situ..

    @Hasrol Nizam :selamat hari guru...

    ReplyDelete
  16. @LaNuNsepet : thanks....dah singgah tapi tak sempat mengomen lagi..

    @aien_Raz:good luck aien..be a good teacher k?

    @IeQa sWetLuv :oh ye ke?ieqa pun cikgu juga?

    @tom :selamat hari guru..thanks tom..

    ReplyDelete
  17. @YucIkA;betultu..tanpa guru siapalah kita..

    @yanmie :thanks kak yan..akan disampaikan kepada isteri..

    @~ ReD ~:dah tgk blom?hik3...

    @Sharinginfoz :betultu...

    @aRoL :selamat hari guru...

    ReplyDelete
  18. happy teacher's day!
    i miss celebrating it back in high school.. haha.. =D

    ReplyDelete
  19. Rindu sangat nak skolah balik :)
    Kririm salam kat ur wife okeyy

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails