June 17, 2010

Azrinaz Mazhar Diceraikan Sultan Brunei Talak Satu | Anak-Anak Menjadi Mangsa

Azrinaz Mazhar Diceraikan Sultan Brunei Talak Satu

Terbaca kisah yang tengah hangat di media massa, blog dan menjadi bualan di sana-sini. Informasi seperti di blog BeautifulNara yang bertajuk Azrinaz Mazhar, Isteri Sultan Brunei Diceraikan Talak Satu :

"Kami dahulukan ucapan takziah kepada Azrinaz Mazhar kerana berita yang kami dengar bahawa beliau telah diceraikan oleh Sultan Brunei dengan talak satu. Dan segala pangkat, pingat dan jawatan kebesaran Azrinaz Mazhar juga telah dilucutkan. "

Sumber Harian Metro turut mengatakan :

"BANDAR SERI BEGAWAN: Sultan Brunei malam ini mengumumkan menceraikan isterinya keduanya, Pengiran Isteri Azrinaz Mazhar Hakim Mazhar dengan talak satu.

Sultan Hassanal Bolkiah, 63, menikahi Azrinaz pada 20 Ogos 2005. Beliau ketika itu berusia 26 tahun sementara baginda berusia 58 tahun.Pengumuman khas itu mengenai perceraian itu diumumkan oleh Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana, Pengiran Alaudin Pengiran Abu Bakar melalui web tv Radio Televisyen Brunei (RTB), malam tadi. Kesemua pingat dan darjah kebesaran yang pernah dianugerahkan kepada bekas wartawan penyiaran TV3 itu ditarik balik serta-merta.

Perkahwinan pasangan diraja itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putera Abdul Wakeel, 3, dan Puteri Ameerah Wardatul, 2."

Lebih lanjut pasal cerita Ini, bolehla rujuk entry mereka INI :

SULTAN BRUNEI CERAIKAN AZRINAZ TALAK SATU

Azrinaz Mazhar Hakim & Sultan Brunei Bercerai

Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah Dan Azrinaz Mazhar Telah Bercerai

Sultan Brunei dan Azrinaz bercerai

Saya bersedih sebagai seorang suami/bapa kerana perceraian sebegini, anak-anak lah yang bakal menjadi mangsanya. Masih kecil ibu dan bapa sudah bercerai. Bukan mudah melalui kehidupan tanpa ibu dan ayah. Perit dan menyukarkan kerana saya ada kenalan yang keluarga bercerai. Emosi mereka terganggu.

Siapakah yang bakal mendapat hak penjagaan anak? Dan adakah anak-anak ini akan mendapat kasih yang setimpal dari kedua-dua ibu dan bapa? Adakah akan muncul kisah Bawang Putih Bawang Merah kembali?

Teringat kisah seorang saudara Isteri, si anak sulung si Bapa yang menjaga, anak bongsu, si ibu yang menjaga kerana perceraian. Si ayah pula pernah ibubapanya juga bercerai dan dia memang tidak begitu akrab dengan bapanya.

P/s : Tidak kirala perceraian diraja, perceraian biasa, anak-anakla yang selalu menjadi mangsa. Masih sedih dengan kisah yang disampaikan Isteri, juga soal perceraian keluarga terdekatnya. InsyaAllah akan dikongsikan untuk pengajaran bersama.

P/s/s :Minta-Minta dijauhkan dengan perkara sebegini. Perceraian itu dibolehkan dalam agama tapi perkara yang paling dibenci oleh Allah.

P/s/s/s : Apa sebabnya perceraian ini ya? Tiada hujan,tiada ribut, tiba-tiba diceraikan. Adakah Sultan mahu kahwin lagi satu?

41 comments:

  1. kesian kan...
    walau apapun punca nya, harap2 kehidupan anak2 tak dibiarkan.

    ReplyDelete
  2. yelah...sultan tu anak dah berderet dah..ntah2 nanti nasib ank2 dua orang ni tah ape jadi. maklumlah isteri dah dilucutkan segala jawatan dan kuasa. hai..kawin kerabat raja lebih menyusahkan berbanding rakyat biasa. sultan ni sng je nak kawen dan cerai. cth tak baik tuk rakyat.

    ReplyDelete
  3. mintak selisih..kisah cerai berai sgt panas skrg..

    faktor utama? hmmm...

    ReplyDelete
  4. Dalam kes Sultan Brunei ni kebiasaanya semua anak2 dia yg jaga..tpi memandangkan anak yg ni masih kecil x tau nak cakap apa la...tpi anak2 dia dengan bini nombor dua dulu semua dia jaga.....

    ReplyDelete
  5. kesian gk dgr brita nie..siap smua darjah kebesaran yg diberi ditarik balik..anak2 pun jd mangsa ats perceraian ibu bapa..skang nie...kes cerai2 byk je dgr..lg2 artis..skkit2..kuar paper..artis cerai berai..skang nie bab2 kawen cerai ni mcm maen2 je..suka..kawen..xsuka..cerai..huhu..dunia..oh..dunia..

    ReplyDelete
  6. kesian anak anak bila terjadi macam nie.. entah apakah sebab sampaikan darjah pingat semua ditarik semula... emmm....

    ReplyDelete
  7. kesian kan kat anak2 dorang....

    ReplyDelete
  8. Tak kesian pun.. she deserved it.. after all the prosperity were given to her..itu lah... Allah nak tunjuk niat sebenar seseorang itu. Tak bersyukur atas limpah yg diberi... you wont believe of what she did.

    ReplyDelete
  9. apa yang penting kita ambil iktibar

    ReplyDelete
  10. jgn hina sultan kmi.kmi sndiri nda penah hina bginda..ceta cerai ne kmi lbih tau n yg lbih tahu Allah n sultan ja lh..bkn nya sultan brunei mngabai kn tanggung jwb..jgn lh tamak klu kawin sma kerabat..anak2 dia ttap lh ada nafkah,nda lh sultan kmi 2 jahil dlm agama. k peace no war please..nnti2 kmu tau lh ceta nya nnti 2..

    ReplyDelete
  11. pelik jugak..
    xde ribut xde ape cerai..

    ReplyDelete
  12. ada sebab tu kena cerai...jgn nk buat spekulasi sendiri

    ReplyDelete
  13. actually aura-aura cerita tentang azrinaz dah memang heboh kat brunei since early this year... diorang tak berani cakap cuz kat brunei ahli KDN tak kasi sebar2x cerita.. so banyak spekulasi keluar..entah mana betul mana salah.. but bila ada pengumuman di buat kat tv brunei.. orang brunei dah memang target sultan nak umum tentang cerai cuz heboh kat fb and twitter before berita di siarkan pukul 8 semalam

    some said, azrinaz copy tandatangan sultan, curi barang kat istana, tamak, ada scandal dengan someone.. but biasalah cerita2x orang.. tak tau mana yang betul

    ReplyDelete
  14. isu rumah tangga ni hanya yang tuan punya badan je yang tahu kan.
    kita pun ada rumah tangga masing2...

    tapi yalah kita doakan anak2 mereka diselamatkan Allah dunia dan akhirat

    ReplyDelete
  15. dengar citer bekas isteri gila harta & mengambil brg tanpa izin sbb tu Sultan tak suker..

    ReplyDelete
  16. apa2 pun kawin nie nawaitu kena betul,tak kisah dgn org biasa or kerabat,dgn org luar or dlm negara..sebab suatu hri nanti cepat atau lambat Allah akan tunjukkn kebenaran samada kita ikhlas or tdak..wallahuaklam..
    Semoga Allah memeliharakn Sultan,keluarga baginda serta rakyat dan Negara Brunei Darussalam,,,aminnnnnn

    ReplyDelete
  17. minta djauhkan dr segala penceraian...=((

    ReplyDelete
  18. salaam..jgn la tuduh2 sultan brunei, kamu tak tahu apa puncanya.. so bagi sesiapa yg melemparkan kata2 tak baik 2,insaflah,biarlah sultan brunei membuat keputusannya sendiri, dia juga manusia biasa, jgn di hina.. bagi sesiapa yg tak tahu cerita sebenar, tutup sj mulut, mungkin sultan brunei menceraikan azrinaz kerana ada perkara yg tak dpt di maafkan..siapa tahu.. Sultan sndiri sj yg tahu apa yg sbenar.. Allah Peliharakan Sultan

    ReplyDelete
  19. walau dia pernah buat silap pun,
    kita sebagai rakyat tak tahu bagaimana khidupan di dalam istana itu dan siapa salah siap betul..
    jgn mudah mencari kesilapan org..
    sultan juga manusia biasa yg dijadikan Allah.

    ReplyDelete
  20. ..ada bc ttg azrinaz ni, rakyat Brunei ramai tak suka kat dia..

    ReplyDelete
  21. Saya orang Malaysia..sy x menyebelahi sesiape..tp yang pasti ape yang berlaku mesti ade sebabnya dan hikmahnyer...kpd kite yg xtau ape2,jgn mudah membuat spekulasi...Kepada azrinaz,sy doakan sumenye akan berjalan lancar slps ini...dan kepada Sultan Brunei,semoga sukses memimpin negara Brunei dgn jayenyer...amin......

    ReplyDelete
  22. Kalau perkahwinan diniatkan kerana lain ini lah jadinya. Ingat dan pasang saja niat kerana untuk dunia akhirat semuanya akan selamat.

    ReplyDelete
  23. salam eyri, kakyan smlm terpaksa moderate ada beberapa komen sebab yang blh mengaibkan negara kita sendiri. dan komen2 kat blog terpaksa ditutup.

    sedih jugak sebenarnya bila azrinaz dituduh macam2 oleh mereka, kata curi macam2 brg istana..hem ntahlah kita tak tau pun punca sebenarnya. so better kita senyap aje. kita doakan yang terbaik utk mereka..dan dipermudahkan segala urusan azrinaz selepas bergelar janda..macam manalah nasib kedua2 anaknya nanti...huhu

    www.yanmieonline.com

    ReplyDelete
  24. jgn kritik sekiranya kita tak tau apa yg berlaku .. mungkin perpisahan itu lebih baik dari hidup bersama .. kita terima ketentuan allah ... apa yg baik datang daripada allah ... kita hanya merancang untuk bahagia hingga akhir hayat ... tapi segala2nya sudah ditentukan ...

    ReplyDelete
  25. sayangnya..aku nk amik la..huhuhuh..

    ReplyDelete
  26. Jgn tudoh org jika kita tiada bukti jg nyata.Walau benar pun ,ingat lah allah mahu kita ampunkan kesalahan org Tidak terfikir kah kita jika allah tidak mahu mengampunkan kesalahan kita walau sebesar $1 atau tidak adil ? Berapa tahun ya hukuman yang akan kita tanggong kelak di akhirat ? Ingat cerai boleh tapi sesuatu yang allah benci,fikir fikirkan lah.Kiat manusia esok esok akan meninggal dunia jua.

    ReplyDelete
  27. jangan komen ikut sedap mulut. ada banyak khabar tentang si azrinaz ni yang kami orang brunei tak dapat nak sebar sebar kan.

    diorang dah cerai biarlah. tak usah lah nak kutuk kutuk sultan ke ape ke. tak mndatangkan untung pun

    ReplyDelete
  28. kalau aku jd isteri sultan dr thn lepas aku dah minta cerai.. tak best la. tak power hehehe

    ReplyDelete
  29. org ada harta boleh kahwin dgn sape dia suka n cerai bila bila masa. kalau taknak kawin, ugut family sume.mcm citer zaman dulu yg tak bertamadun. sistem diraja ni sebenar membazir aje. dia manusia biasa, tak kerja tapi amik hasil rakyat n hidup mewah. di sisi Allah tetap manusia gak apa specialnya. dulu mazuin, skrg azrinaz. kawin raja mmg tak bagus tak kiralah kat mana mana pun

    ReplyDelete
  30. au tutup mulut saja, don't be busy body....

    ReplyDelete
  31. dealova_sgmt@yahoo.comJune 22, 2010 at 12:53 PM

    Untuk Adrinaz ...sabarlah....muhasabah diri...hanya puan yau tau ape sebenarnya...tabahkan hati...kadang2 kita di atas dan kadang2 kite dibawah...ape pun saya bersimpati dgn puan...Pasti puan akan bangkit kemabali demi anak2 yer...

    ReplyDelete
  32. yer betul tu.. kita semua manusia biasa yg pasti akan mati.. mana ada manusia yg berbeza darjat utk di sembah disisi ALLAH

    ReplyDelete
  33. please~ dont see her as the victim.. she's the one that make the problems believe me i know the story.. i see many Malaysians are on her sides.. dont just speculate if you ppl really want to know investigate the reality dont just insult our king just like that.. and our sultan is man with pride he wont make stupid decision. i'm sure he has his own reasons...

    ReplyDelete
  34. Jillyy..you better watch what u say.. Our Sultan is a man who is highly regarded. Don't talk shitty crap woman!!!
    Let's just leave it at this, she got what she deserved. Who has the last laugh now? hahahaha.

    ReplyDelete
  35. Maaf nak kata, walaupun saya tidak pernah kenal dia, sejak lihat dalam tv3 ketika membaca berita, dari wajah dia saya dapat baca dan rasakan sesuatu yang saya tidak suka. Tiada keikhlasan. Itu pandangan peribadi saya.

    ReplyDelete
  36. I'm Malaysian and I know her. Please la, I'm sure SHE did something wrong. She is 2 faced and has done evil things before. I mean very evil things.

    I don't want to say that the cause of the divorce is her or the Sultan. But I know she is a bad person. Nuff' said.

    What goes around comes around.

    ReplyDelete
  37. @maslinamansor:setuju....

    @Cik Norfa ;hik3,tak baik buat assumption sendiri..tak tahu hujung pangkalnya

    @fikaryna :tepuk dada,tanya empunya diri kan?

    @EDDY DY:ic,pandangan peribadi,anak2 kecil elok dibesarkan oleh ibunya

    @realiti..:orang biasa pun byk cerai berai..cuma tak dihebohkan di media massa je..cuba pergi mahkamah syariah..berlonggok2 kes cerai

    ReplyDelete
  38. @miMiE aZiMaSK ^V^ :tentu ada sebabnya...

    @rasp :anak2la yang jadi mangsa

    @Anonymous:what she did ya?ada bukti tak?

    @Sharinginfoz :setuju bro

    @Anonymous :saya tak pernah menghina..saya hanya meluahkan pendapat,tiada langsung unsur penghinaan...apapun,tentu ada sebabnya kan?

    ReplyDelete
  39. @@ku d! sin!e:salji turun kot

    @Anonymous;setuju

    @suria :tuhla,tanpa bukti sukar nak tuduh sesiapa kan?

    @a kl citizen:setuju...

    @Anonymous:macam2 rumour yang didengari...

    ReplyDelete
  40. @Anonymous:pandangan yang bernas

    @Kaseh NazLieza :mintak dijauhkan juga

    @Anonymous: Siapa tahukan?

    @Anonymous :u r rite...

    @~suNshiNe~:bukan senang nak buat orang suka

    ReplyDelete
  41. untuk Azrinaz, bersabar lah ya. Pasal anak-anak tu, Allah lebih berkuasa. Walaupun pihak istana menghalang atau apa pun, tiada siapa pun boleh mengubah hak Azrinaz sebagai seorang ibu. Jika Azrinaz tidak bersalah, banyakkan berdoa agar kebenaran akan terserlah juga dan agar dijauhkan dari segala fitnah.. Tetapi jika Azrinaz bersalah, muhasabahlah diri dan jadikan ini suatu pengajaran yang amat bermakna untuk diri sendiri.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails