July 25, 2010

Hanya 32 Hotel Halal Menjelang Ramadan


Juadah Berbuka Puasa Yang Menyelerakan

Tidak lama lagi bulan Puasa bakal menjelma. Hotel akan menjadi tempat persinggahan untuk berbuka puasa bagi yang berkemampuan. Namun, agak terkejut apabila membaca Berita Kosmo bahawa HAnya 32 Hotel Halal Menjelang Ramadhan . Antara serba sedikit ulasan di Metro Itu adalah :


1) Rekod Jakim sehingga semalam (23 Julai 2010) mendapati hanya 63 buah dapur di 32 hotel daripada 2,360 buah hotel di seluruh negara mempunyai Sijil Halal Malaysia.


2) Memandangkan bulan Ramadan akan tiba tidak lama lagi, pasti banyak majlis berbuka puasa akan diadakan di hotel-hotel. Jakim akan menyediakan pegawai khusus untuk memproses permohonan sijil halal itu tanpa pihak hotel perlu mengikut giliran," katanya kepada pemberita di sini semalam.


Agak terkejut kerana rasanya terlalu banyak Hotel yang menyediakan Pakej Berbuka Puasa Ketika Ramadhan namun hanya segelintir sahaja yang betul-betul mendapatkan sijil halal. Kenalah lebih berhati-hati selepas ini.

Oh ya, bolehla jenguk  Senarai Tempat Berbuka Puasa 2010 dan juga  Ramadhan Buka Puasa Buffet Promotion Listing. Oh, tapi saya tak checkla pula status halalnya. Entry seterusnya saya updatekan senarai Hotel Yang Miliki Sijil Halal dari JAKIM ya.

P/s : Lebih baik mencegah dari mengubatikan? Jadi, fikir-fikirlah. Kalau dah was-was dengan Status Halal Hotel Yang menyediakan Berbuka Puasa/Buffet Promotion, elokla dielakkan, kan?

4 comments:

  1. bagi saya tak ada sijil halal tak semestinya haram tapi kalau dah ada sijil tu lagi confident kan

    ReplyDelete
  2. tak pernah lagi buka puasa kat hotel sebab rasa macam membazir jer..
    tapi elok juga JAKIM buat pemeriksaan sb nanti mesti banyak majlis esp utk anak2 yatim...takkan nak jamu mereka dgn makanan dr tempat yg takde status halal.

    ReplyDelete
  3. Banyak jer kedai melayu kat luar tu xda sijil, kita makan gak sbb yakin..maaf la kalau menyinggung, tp penah syarikat besor2 komplen betapa susohnya nak dpt sijil halal ni..byk giler syaratnya, kekadang disusohkan oleh pegawai gak, sbb kalu nak gak kena ada "pengeras"..kurang staff la, mcm2 excuse..some even make huge profit out of hahal status..selling faith for fast buck..what a world..Zam

    ReplyDelete
  4. Salam,
    syarikat kami bercadang hendak mengadakan Annual Dinner di hotel berjaya time Square.kepada ruam forum ini,ada sesiapa yg dpt membantu saya..mengenai status HALAL..untuk holel tersebut.
    sekian

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails