July 4, 2010

My Water Moments

Inilah antara detik saya bersama Air ( My Water Moments) yang sempat saya rakamkan dengan pelbagai jenis kamera/telefon bimbit sebelum ini. Saat-saat bergambar dengan air masih mekar dalam ingatan :

1) Mandi Manda di Sunway Lagoon (Gambar diambil dengan Kamera Sony Cybershot dibeli tahun 2005)
2) Bermain Ski Di Scotland (Gambar diambil dengan kamera Canggih DSLR rakan berharga RM3,000+)
3) Tarik Tali Ketika Samsung Corby Carnival ( Gambar diambil dengan kamera DSLR Mohd Zaid )
4) Detik Pertama Kali Alisya Mandi di Swimming Pool ( Gambar diambil dengan Telefon Bimbit Bapa Mertua)

Oh, alangkah indahnya kalau gambar-gambar ini dapat diambil dengan kamera kalis air. Contohnya kamera Sony TX5. Terima kasih Nuffnang, bila iklan Sony TX5 ini keluar dan seperti di websitenya : http://www.sony.com.my/product/dsc-tx5 , gambar-gambar di atas dan juga gambar-gambar air saya yang lain (akan ditunjukkan juga later) tentu akan lebih cantik, menarik, menyenangkan dengan menggunakan kamera Sony TX5 ini. Antara feature menarik Sony TX5 adalah :

1) Kalis Air ( sedalam 3 meter ,selama 60 minit)
Huhu, terpaksa bergambar di luar Swimming Pool saja takut kamera saya rosak
Dengan Sony TX5 tidak perlu risau

Actually, untuk gambar 1 hingga 4 di atas semuanya diambil oleh orang yang berlainan. Gambar yang 1 diatas paling saya sedih, abang ipar saya dengan rela hati menawarkan diri untuk tidak mandi manda semata-mata untuk memorikan gambar anak-anak, isterinya dan juga kami sekeluarga bermandi manda sampaikan gambarnya tiada bersama air. Alangkah ruginya.Detik pertama Alisya bermain air pun tidak dapat dirakamkan dengan baik. Mujurlah bapa mertua ambil gambar dengan handsetnya.

Tentu Gambar Percutian di Pualau Langkawi ini yang diambil ketika hujan boleh diambil dengan lebih dekat dan  menarik (gambar ini diambil dengan bantuan Zoom dari bilik saya)
2) Handheld Twillight Mode

Dengan gambar mode ini, gambar boleh diambil dengan lebih menarik, cantik dan jelas walaupun gambar di waktu malam.
Gambar Ini dan gambar No. 1 tentu lebih cantik dan nampak percikan air yang lebih jelas dengan bantuan Handheld Twillight Mode Sony TX5
3) Tahan Sejuk/Beku
Bermain Snow Fight ketika Scotland Trip Winter 2002

Teringat lagi, kamera saya masa itu tidak dapat di ONkan kerana terlalu sejuk (juga gambar no. 2). Mujurlah ada kamera mahal rakan (RM3K+), gambar-gambar ini boleh dirakamkan. Kalau tidak, memang kerugian besar, bercuti dan bermain ski tapi tidak dapat mengambil gambar. Dengan Sony TX5, mungkin saya tidak perlu risau lagi.

4) Intelligent Sweep Panorama ( Panorama Sapuan Pintar)

Dengan Panorama Sapuan Pintar ini, mungkin gambar saya di bawah ini :

Lebih Cantik dengan Panorama di belakang dapat diambil dengan lebih memukau
Panorama di Pantai Cenang nampak biasa saja dengan kamera saya (Kalaulah ada Sony TX5,tentu lebih cantik dan mengujakan!!)
5) Tahan Lasak/ Tahan Hentakan
Tengah Licin dan Hujan

Teringin mahu mengambil gambar ini dengan lebih dekat, namun disebabkan hujan dan tengah licin, risau kalau kamera terjatuh. Tentu rosak nanti. Jadi, sekali lagi, kerana tidak kalis air dan tidak tahan lepas, terpaksa mengambil gambar dari beranda bilik juga. Huhu, teringin nak ambil gambar mereka bermain dengan lebih dekat. Tentu lebih meriah.

Selain itu, antara Ciri-Ciri yang ada pada Sony TX5 Adalah :

6) Kalis Habuk

7) Gambar yang lebih jelas di bawah pencahayaan yang rendah

Selebihnya, bolehla tengok di sini : http://www.sony.com.my/product/dsc-tx5

Dan juga seperti video ini (Action is better than word kan? )

Video yang menarik, lagu pun best

Memang Jeless Sangattt!!
Seksi, Cantik, dan Mengujakan

Saya memang berkenan dan mahukan Sony TX5 ini. Memang sesuai dengan diri saya yang sukakan air, pantai dan bergambar dengan air. Oh, aku mahu juga :

Bergambar di Dalam Air
Upin @ Arfan anak buahku pun Mahu ( Mungkin next time dengan Sony TX5)
Sony Cybershot tahun 2005 ku pun mahu dirinya diganti

Saya memang sukakan kamera Sony, kamera ini sudah lebih dari 4 tahun berjasa kepada saya dan hasilnya memuaskan cuma satu saja, ianya tidak lasak dan tidak kalis air. Saya mahu upgradekan ia, harap, ianya bakal menjadi kenyataan. Betul-betul teruja, harga pasaran seperti di websitenya adalah RM1,499 . Memang berpatutan dengan kualitinya.

Sony Cybershot TX5 Pilihan hati
Rasa teruja rasa mahukan sudah semesti
Bergambar di mana sahaja, penuh bergaya teruja diri
Semoga Impian untuk memilikinya Menjadi Realiti
Tengok gambar , Lihat Informasi
Kamera kalis air paling kecil mudah dibawa ke sana sini
Memang menjadi idaman bagi blogger sepertiku ini
Pilihan terbaik, teknologi terkini sudah semesti
P/s : Tentu Gambar Versi Winter Sonata ku ini lebih menarik dengan Sony TX5 kan?

9 comments:

Related Posts with Thumbnails