Showing posts with label nuffang. Show all posts
Showing posts with label nuffang. Show all posts

July 4, 2010

My Water Moments

Inilah antara detik saya bersama Air ( My Water Moments) yang sempat saya rakamkan dengan pelbagai jenis kamera/telefon bimbit sebelum ini. Saat-saat bergambar dengan air masih mekar dalam ingatan :

1) Mandi Manda di Sunway Lagoon (Gambar diambil dengan Kamera Sony Cybershot dibeli tahun 2005)
2) Bermain Ski Di Scotland (Gambar diambil dengan kamera Canggih DSLR rakan berharga RM3,000+)
3) Tarik Tali Ketika Samsung Corby Carnival ( Gambar diambil dengan kamera DSLR Mohd Zaid )
4) Detik Pertama Kali Alisya Mandi di Swimming Pool ( Gambar diambil dengan Telefon Bimbit Bapa Mertua)

Oh, alangkah indahnya kalau gambar-gambar ini dapat diambil dengan kamera kalis air. Contohnya kamera Sony TX5. Terima kasih Nuffnang, bila iklan Sony TX5 ini keluar dan seperti di websitenya : http://www.sony.com.my/product/dsc-tx5 , gambar-gambar di atas dan juga gambar-gambar air saya yang lain (akan ditunjukkan juga later) tentu akan lebih cantik, menarik, menyenangkan dengan menggunakan kamera Sony TX5 ini. Antara feature menarik Sony TX5 adalah :

1) Kalis Air ( sedalam 3 meter ,selama 60 minit)
Huhu, terpaksa bergambar di luar Swimming Pool saja takut kamera saya rosak
Dengan Sony TX5 tidak perlu risau

Actually, untuk gambar 1 hingga 4 di atas semuanya diambil oleh orang yang berlainan. Gambar yang 1 diatas paling saya sedih, abang ipar saya dengan rela hati menawarkan diri untuk tidak mandi manda semata-mata untuk memorikan gambar anak-anak, isterinya dan juga kami sekeluarga bermandi manda sampaikan gambarnya tiada bersama air. Alangkah ruginya.Detik pertama Alisya bermain air pun tidak dapat dirakamkan dengan baik. Mujurlah bapa mertua ambil gambar dengan handsetnya.

Tentu Gambar Percutian di Pualau Langkawi ini yang diambil ketika hujan boleh diambil dengan lebih dekat dan  menarik (gambar ini diambil dengan bantuan Zoom dari bilik saya)
2) Handheld Twillight Mode

Dengan gambar mode ini, gambar boleh diambil dengan lebih menarik, cantik dan jelas walaupun gambar di waktu malam.
Gambar Ini dan gambar No. 1 tentu lebih cantik dan nampak percikan air yang lebih jelas dengan bantuan Handheld Twillight Mode Sony TX5
3) Tahan Sejuk/Beku
Bermain Snow Fight ketika Scotland Trip Winter 2002

Teringat lagi, kamera saya masa itu tidak dapat di ONkan kerana terlalu sejuk (juga gambar no. 2). Mujurlah ada kamera mahal rakan (RM3K+), gambar-gambar ini boleh dirakamkan. Kalau tidak, memang kerugian besar, bercuti dan bermain ski tapi tidak dapat mengambil gambar. Dengan Sony TX5, mungkin saya tidak perlu risau lagi.

4) Intelligent Sweep Panorama ( Panorama Sapuan Pintar)

Dengan Panorama Sapuan Pintar ini, mungkin gambar saya di bawah ini :

Lebih Cantik dengan Panorama di belakang dapat diambil dengan lebih memukau
Panorama di Pantai Cenang nampak biasa saja dengan kamera saya (Kalaulah ada Sony TX5,tentu lebih cantik dan mengujakan!!)
5) Tahan Lasak/ Tahan Hentakan
Tengah Licin dan Hujan

Teringin mahu mengambil gambar ini dengan lebih dekat, namun disebabkan hujan dan tengah licin, risau kalau kamera terjatuh. Tentu rosak nanti. Jadi, sekali lagi, kerana tidak kalis air dan tidak tahan lepas, terpaksa mengambil gambar dari beranda bilik juga. Huhu, teringin nak ambil gambar mereka bermain dengan lebih dekat. Tentu lebih meriah.

Selain itu, antara Ciri-Ciri yang ada pada Sony TX5 Adalah :

6) Kalis Habuk

7) Gambar yang lebih jelas di bawah pencahayaan yang rendah

Selebihnya, bolehla tengok di sini : http://www.sony.com.my/product/dsc-tx5

Dan juga seperti video ini (Action is better than word kan? )

Video yang menarik, lagu pun best

Memang Jeless Sangattt!!
Seksi, Cantik, dan Mengujakan

Saya memang berkenan dan mahukan Sony TX5 ini. Memang sesuai dengan diri saya yang sukakan air, pantai dan bergambar dengan air. Oh, aku mahu juga :

Bergambar di Dalam Air
Upin @ Arfan anak buahku pun Mahu ( Mungkin next time dengan Sony TX5)
Sony Cybershot tahun 2005 ku pun mahu dirinya diganti

Saya memang sukakan kamera Sony, kamera ini sudah lebih dari 4 tahun berjasa kepada saya dan hasilnya memuaskan cuma satu saja, ianya tidak lasak dan tidak kalis air. Saya mahu upgradekan ia, harap, ianya bakal menjadi kenyataan. Betul-betul teruja, harga pasaran seperti di websitenya adalah RM1,499 . Memang berpatutan dengan kualitinya.

Sony Cybershot TX5 Pilihan hati
Rasa teruja rasa mahukan sudah semesti
Bergambar di mana sahaja, penuh bergaya teruja diri
Semoga Impian untuk memilikinya Menjadi Realiti
Tengok gambar , Lihat Informasi
Kamera kalis air paling kecil mudah dibawa ke sana sini
Memang menjadi idaman bagi blogger sepertiku ini
Pilihan terbaik, teknologi terkini sudah semesti
P/s : Tentu Gambar Versi Winter Sonata ku ini lebih menarik dengan Sony TX5 kan?

June 25, 2010

Tips Blogging | The Grass Is Not Always Greener On The Other Side

Salam dari Eyriqazz,

Hari Jumaat yang Indah muncul lagi
Eyriqazz turut teruja hati
Weekend yang bakal menjelma seronok sekali
Boleh berehat dan menenangkan minda ini

Kali ini, eyriqazz nak berkongsi informasi/tips melalui pengalaman sendiri, bloggers yang dikenali, pembacaan dan analisa sendiri. Jadi, sebelum itu, andai ada salah silap harap maafi dan tegur-tegurlah saya ya?  . Tips yang Eyriqazz ingin kongsikan buat bloggers di luar sana especially new bloggers macam saya adalah :


The Grass Is Not Always Greener on The Other Side

 Tak salah mencuba dan mencari yang terbaik buat diri sendiri, namun apa yang mahu disentuh, ‘trust your instinct’ dan jangan cepat membuat keputusan terburu-buru kerana tergoda dengan Insentif dan Income yang lebih lumayan.

Maksudnya adalah rumput di luar tidak semestinya lebih hijau di tempat lain/ Beralih ke tempat lain tidak semestinya menjanjikan kejayaan yang lebih bagus dari tempat sekarang . Kenapa saya cakap begitu ? Maksud saya di sini adalah bagi bloggers yang meletakkan iklan di blognya dan memilih Advertiser yang sesuai.

 Oklah, Oleh kerana saya adalah Peminat Setia Nuffnang, saya akan membuat perbandingan antara Nuffnang dan Syarikat Advertiser yang lain dan melalui pengalaman sendiri, apa yang terbaca di internet dan diberitahu oleh rakan-rakan bloggers sendiri (nama dirahsiakan).

1)Innity – Dulu, bagaikan satu fenomena, ramai bloggers yang curang dari Nuffnang dan beralih kepada Innity. Kata mereka Income di sana lebih mengancam , lebih mahal, lebih mengujakan , dan pelbagai yang lebih lagi. Namun, setelah beberapa bulan kita perhatikan ramai bloggers tersebut telah kembali kepada Nuffnang dengan pelbagai alasan seperti tidak mendapat seperti dicitakan, di ‘ban’ kan oleh Innity kerana fraud klik dan pelbagai lagi. Tentu ramai yang perasan kan? Bagi Saya, Status Gliteratti tu besar maknanya, Nuffnang utamakan kesetiaan kerana dengan kesetiaan inilah mereka dapat terus bertahan dengan mantap dan semakin diyakini oleh Advertiser terkemuka di luar sana. Nuffnang semakin bertapak dan mendapat tempat yang istimewa di kalangan Advertisers.  

2)Advertlets – Usah disebut lagi. Pelbagai entry negatif sudah saya baca antaranya bayaran lambat, bayaran tidak diterima dan pelbagai lagi. Saya pun tidak pernah lagi membaca mana-mana entry dari bloggers Advertlerts yang menunjukkan bukti mereka telah berjaya meraih Income dari Advertlerts.

3) Youthsays – Ini antara yang terbaru. Dulu, hanya setakat mengisi survey dan tidak diiklankan dib log/website. Masa saya belum aktif berblog lebih kurang tahun 2007 kalau tak silap ,saya pernah join untuk surveynya namun hampa dalam setahun tidak sampai RM10 dicapai.Jadi, saya terus tidak yakin dengan Youthsays dan tidak lagi layan Survey mahupun bercita-cita untuk letak iklannya dib log Cap Ikan Ayam Goreng saya ini  . Bolehla baca juga entry kecewa dari The Princess RedbloodSnow yang bertajuk Nuffnang Glitterati dah pun dilucutkan dan dia pun sudah balik ke pangkal jalan (hik3, gurau je Princess)

4) Mangga Online – Yang ini paling latest rasanya. Menjanjikan peluang lumayan namun ada juga terbaca ada yang buang iklan dan beralih kembali kepada Nuffnang.  

Bagi saya pula, saya akan terus setia bersama Nuffnang kerana pengalaman rakan-rakan bloggers dan juga membaca entry mereka baca mengajar saya untuk lebih matang dalam membuat keputusan. Saya gembira dengan Nuffnang. Saya gembira dengan Event Nuffnang, dan saya cukup gembira dengan Income Nuffnang walaupun tidaklah sehebat blogger-blogger mantap di luar sana. Saya turut yakin dan sudah jatuh cinta dengan kemesraan layanan Staff-Staff Nuffnang yang semuanya mesra bloggers dan mudah diajak berbual. Agak sukar mencari ciri sebegitu di tempat lain rasanya bagi saya.

Bagi saya minat dan sifat tidak mudah putus asa akan membuahkan hasil. Biarlah lambat asalkan puas hati . Pedulikan apa orang nak kata jika kita yakin dengan haluan yang dibawa. When you are thinking too much about money from blogging, anda mungkin akan kecewa dan terhenti di tengah jalan . Tapi, bila you put your passion and let it go, the money will come to you.

Ewahh,pandai2je eyriqazz ni. Hik3, cakap melalui pengalaman dan Alhamdulillah, walaupun belum sampai setahun aktif berblog, 2 Advertorial Nuffnang telah saya terima kini . Amaunnya? Umm, biarlah rahsia namun apa yang boleh saya katakan ianya cukup untuk membuatkan saya terbeliak mata. Almaklumlah, first time dapat peluang camni dengan jumlah sebanyak itu.

Bagi saya, jika anda sudah yakin dengan Advertiser itu, cubalah stick dengannya dan tidak beralih angin. Especially Nuffnang yang saya nampak begitu pentingkan kesetiaan. Kalau tidak manakan timbul Gliteratti kan? For me, I  am happy with Nuffnang dan pelbagai pengalaman manis dan mengujakan telah saya perolehi bersama Nuffnang . Antaranya :
1)Informasi dan promosi menarik (Iklan di Nuffnang semuanya mengujakan)
2)Berjumpa rakan-rakan bloggers yang Cool dan Best (bolehla tengok di My 3)Favourite Blog dan Met Them , Love Them di Sidebar)
4)Berjumpa Bloggers Popular seperti Redmummy, BeautifulNara, SixthSeal, Jojo Struys, Fourfeetnine, KySpeaks dan ramai lagi.
5)Side Income from blogging
6)Hadiah Contest Nuffnang
7)Event Nuffnang yang semuanya mengujakan
8)Movie Screening dan banyak lagi
Saya bukan blogger hebat, dan mungkin saya belum layak untuk berkongsi tips blogging.Namun, saya tetap berkongsi berdasarkan pengalaman sendiri.Sharing is Caring , rite?  Saya juga tidak memaksa anda semua,setiap orang ada citarasa dan sebab tersendiri. Cuma apa yang ingin saya katakan sekali lagi, “ The Grass Is Not Always Greener on the Other Side”

Rumput tidak semestinya lebih hijau di luar sana
Berhati-hati dalam membuat pilihan yang ada
Ada apa dengan Setia?
Tepuk dada, Tanya selera
P/s : Apa pula pandangan anda? 

June 6, 2010

Mister Potato Rice Crisps | Flavour of Life

Mister Potato Rice Crisps Nama Diberi
Rice In Nice Tagline Cantik dan Menawan Hati
Flavour of Life rasanya enak sekali
Cuba sekali pasti nak lagi

Inilah pengalaman saya bersama Mister Potato Rice Crisps  :
Pertama Kali Diperkenalkan Dengan Mister Potato ketika Prince of Persia Premiere Screening bersama Nuffnang

Tengoklah sendiri, Nuffies pun tidak sanggup untuk melepaskan produk menarik ini sampaikan nama filem pun ditulis dengan nama Prince of Percia agar Nuffnangers tertipu dan mereka dapat membawa pulang ke semua pek kanister itu. Namun, pek nya begitu cantik dan menarik sekali , kami tidak mudah tertipu dan berjaya mendapatkan 2 pek kanister setiap orang yang dijemput.
Prince Dastan cuba mengorat Isteriku dek kerana penangan Mister Potato Rice Crisps

Nak kena Prince Dastan ni, cuba nak ngorat isteriku pula. Tapi tengok Filem Prince of Persia bersama Mister Potato Rice Crisps begitu mengujakan. Pertama kali tengok wayang dengan Isteri, isteri tidak minta Pop Corn untuk menonton sekali. Mengunyah makanan ini pun sudah asyik dan tidak henti tangan berebut untuk mengambilnya. Hik3, Isteri pun cukup suka dengan kerangupan Rice Crisps ini.
Saya Suka Sangat
Sharing Is Caring, tapi saya tak berupaya menahan temptation kesedapannya.Sorry, I'm not willing to Share It...
Mereka Pun Sukakan Keenakan Mister Potato Rice Crisps

Tengok, betapa gembiranya diorang bila dapat Mister Potato Rice Crisps ini. Senyum hingga ke pipi. Lain pula dengan mamat di belakang tu , muncung semacam je bila pek kanister ini tidak bersamanya.

Mister Potato Rice Crisps diperbuat daripada bahan  utama iaitu Beras + Ubi Kentang (antara makanan ruji di dunia, Flavour of Life). Memang sesuai dengan namanya, Rice Crisps iaitu Nasi yang rangup.
Inilah antara 2 Flavour Kegemaranku :

Hot & Spicy dan Flame Grilled BBQ

Antara kelebihan Mister Potato Rice Crisps adalah :

1) Tiada MSG tambahan

2) 20% kurang lemak (sesuai dengan aku yang memang bercita-cita untuk kurus ni)

3) Tiada Kolesterol & Tiada Trans Fat ( menyihatkan)

4) Lebih Tinggi dari pek kanister yang biasa (jimat wang, harga berpatutan, berbaloi-baloi)

5)Packaging yang lebih cantik dan menawan hati dengan warna putih .Suci murni dan nampak lebih kemas, bersih dan berselera untuk membelinya.

Testimoni Peribadi pula pasal produk ini :

1) Lebih mengenyangkan dan lebih tebal namun tetap rangup dan enak.

2) Sedap dikunyap begitu saja dan sambil minum kopi dan teh panas memang menggiurkan. Kalau tambah dengan ubi kayu asli dicicah kelapa parut, perhh,memang terangkat air liur.

3) Tidak jemu memakannya bila-bila masa dan sesuai untuk seisi keluarga.

Oleh kerana kelebihannya, jadi saya tidak ragu-ragu untuk mencubanya dan kasi kepada Puteri tersayang@ Alisya. Jom layan aksi dia pula bersama Mister Potato Rice Crisps :

Tak berkelip mata melihat Kanisternya
Dushh, dengan Papa pun taknak berkongsi?
Satu tangan makan, satu tangan lagi memegang kemas takut diambil Papanya
Keenakannya Buatkan Puteriku Tidak Keruan
Yer, yer, nanti Papa belikan Lagi...Papa Minta Skit Boleh??

Adush, sampai sudah dia tidak mahu melepaskan pek kanister itu. Biasanya dia tidakla kedekut sebegitu. Mungkin teruja dengan keenakannya.

Jika si anak kecil yang belum lagi berusia setahun ini teruja dengan Mister Potato Rice Crisps ini , apatah lagi saya dan isteri. Apa pula kata anda? Memang bila dicuba, akan terus setia dan mahukannya lagi.

Alisya suka, Mama suka, Papa suka, Adik Ipar suka, Atok Suka, Nenek Suka,  seisi keluarga suka. Sememangnya bertepatan dengan tagline yang saya pilih, sesuai untuk semua golongan @ Flavour of Life

Last but not least, apa yang boleh saya katakan pasal Mister Potato Rice Crisps adalah :

Saya Mesti Pilih

Entry last minute ini ditulis disebuah Cyber Cafe di Danau Kota atas kerana line Streamyx blom ditransferkan lagi dan line Broadband Isteri begitu perlahan dan mengecewakan.

Plan asal memang untuk tidak menulis pasal entry ini, namun pantang keturunan Hang Jebat mengaku kalah terlalu mudah ditambah pula begitu teruja dengan Mister Potato Rice Crisps ini. Dua pantun sebagai penutup kata :

Mister Potato Rice Crisps pilihan saya seisi keluarga
Flavour of Life , Rice is Nice sudah semestinya
Keenakannya sukar untuk dicerita
Saya tergoda, saya jatuh cinta

Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama si kucing belang
Sudah lama ku mencari
Akhirnya Mister Potato Rice Crisps muncul buatku tersenyum girang 
Related Posts with Thumbnails