July 13, 2010

Nuffnang Sharing Session | Pak Li Kopitiam, Setapak Indah

Salam Dari Eyriqazz,

Buah Nenas dibawa Belayar
Masak Sebiji di atas peti
Entry Sambungan Nuffnang Sharing Session belum berbayar
Inilah dia entry dari saya salah silap harap Maafi

Terima Kasih buat Nuffnang, Nuffnang Sharing Session akhirnya berjalan dengan lancar di Pak Li Kopitiam, Setapak Indah pada 9 July yang lepas . Inilah update dan berkongsi pengalaman berkenaan Sharing Session Ini :

Restoran Pak Li Kopitiam Lokasi Sharing Session kali ini

Mujurlah, restoran ini tidak jauh dari rumah, tak sampai 5KM, dan rasanya salah satu sebab Nuffnang memilih saya untuk menjadi Guest Blogger adalah lokasinya yang dekat dengan rumah. Opps, saya bukan Popular Blogger, saya hanyalah blogger biasa-biasa macam anda semua juga.

Dalam pukul 7 malam, saya pun sampailah di lokasi yang dituju :

Bersama Hana, Kak Ina KL dan Kenny

Hana yang pertama sampai di sini. Sempat berborak dengan dia. Happy go lucky, selalu tersenyum dan mempunyai perwatakan yang menarik. Seronok berbual-bual. Semoga Berblogging dan belajar go hand in hand ya?

Kak Ina KL tidak perlu la disebut lagi, dia dengan event Nuffnang ibarat isi dengan kuku, tanpa Kak Ina KL di event Nuffnang rasa macam tidak lengkap saja event ini. Kenny pula saya sudah kenali dia sejak Samsung Corby Event. Peramah orangnya dan betul-betul terharu sanggup datang dari Cyberjaya . Thanks Kenny, my Orange Team Mate. Kak Ina KL, bila turn Kak Ina punya sharing session, count me in. Tentu lebih banyak yang boleh dikongsi-kongsi.

Kembar Kak Ina KL iaitu Haslina pun sampai awal, dari Kajang lagi. Thanks juga ya?

Ramai yang Dah Sampai

Tak lama lepas tu, semakin ramai yang sampai. Seorang demi seorang, Daydeck, Peronda Jaket Biru, Yeejinlim, Mat Joe, Khairil Husni, Hilal Azmi, Zaid, atreyu strange dan ramai lagi.Sempat layan borak dengan diorang ni. Semuanya happening, i.e. Peronda jaket biru , katanya baru berblogging tapi cara dia bercakap mengalahkan blogger lama. Tuhla, ilmu yang dikongsi-kongsi ni tidak kirala blogger baru ataupun lama.

Yang paling menyentuh hati saya adalah kehadiran bro Mat Joe, walaupun (ehem2,faham2lah) dia menghadirkan diri juga demi untuk bersama di Sesi ini. Thanks Mat Joe, hang buat aku cam nak nangis je. Sedikit teruja juga bila diberitahu Robb Chew, ada dlm 40 orang yang e-mail untuk menghadiri dan 50% yang dipilih. Yang tak dtg malam tu tentu ada sebab tersendiri especially Bro JE JAI yang dilanda virus Sotong dengan keretanya.
Pengurus Pak Li Kopitiam kasi Intro Skit

Kenapa nama Pak Li yang dipilih ? Boleh la rujuk Entry INI dan juga INI. Panjang lebar dan lengkap informasi yang diberikan di sana. Dah sudah kasi intro, sesi makan la pula, dan inilah yang saya order :

Nasi Ayam Lemon

Memang sedap dan terbaik punya. Murah pulak tu, RM4.50 sahaja. hak3, macam saya bayar jer. Semuanya di sponsor oleh Nuffnang. Selain order nasi Ayam Lemon, saya order Milo Ais + Teh O Ais + Roti Bakar. Semuanya menepati citarasa tekak saya ini.

Dah habis makan dan perut pun dah kenyang, tibalah masanya :

Giliran Saya untuk memberikan Ucapan dan Berkongsi Pengalaman (Kredit Picture to MohdZaid.com )

Inilah lebih kurang apa yang saya kongsikan dan mahu kongsikan (some part terlupa nak cakap, almaklumlah dah lama tak buat public speaking ni, hik3, jadi saya tambahkan di sini )

1) Learn From Your Mistake and Improve Yourself. Sayapun akui saya pernah buat silap dan masih belajar dari setiap kesilapan yang saya lakukan. First 3 months saya aktif berblog, memang main priority saya adalah Income/Duit,duit,duit .

Terkejar-kejar trafik dan berblogwalking tanpa hala tuju. Sampaikan saya sendiri hantar ticket kepada Nuffnang Helpdesk kenapa Income saya tak banyak gerak? Rasanya,ini ramai yang dialami oleh Newbie especially. Letak Ads, dan mengharapkan bulan ni dah boleh cash out terus ( I did actually cash out on my first month) . Sayapun masih baru, siap kena sound dengan Robb lagi masatu .

 Masih terngiang-ngiang kata-kata Robb " You Should Not Blog for money". Hik3, saya pelajari kesilapan saya dan belajar dari bloggers lain, pembacaan, perbaiki diri dan akhirnya saya perbaiki niat saya. Alhamdulillah, when you put your passion in it and love what you are writing , the money will come to you. Tapi, if you blog for money and you didn't get it, you will get frustrated + feel demotivated . 

2) Setialah Kepada Nuffnang. The Grass Is Not Always Greener on the Other Side. Alhamdulillah, myself, kesetiaan saya berbaloi dan saya sudah mencapai hampir kesemua yang ada di Nuffnang. Side Income, Movie Screening, Hadiah Utama Blogging Contest, Advertorial dan etc. Lagipun, Nuffnang benar-benar mengamalkan konsep 1Malaysia especially dengan eventnya yang agak sukar dicari di luar sana. Featured Blogger? Masih jauh untuk ke sana, hits pun masih suam-suam kuku saja.

3) Cari Identiti anda tersendiri. Cipta keunikan yang mungkin akan menarik lebih ramai pembaca. For myself, saya suka mencuba sesuatu yang baru dalam berblogging seperti Terjah Blog, Buat Contest, Berpantun, GTO Pointz, dan pelbagai lagi. Jangan takut untuk mencuba, kelainan inilah yang akan membuatkan anda terserlah. Yerlah, di Malaysia ini, ada lebih kurang 1.5 juta blog bak kata Datuk Rais Yatim.

4) Humility in Oneself, Respect For Others. Jangan la kita syok sendiri dan cuba menjatuhkan blogger lain. Sifat melayu ni memang tak lari dari perasaan cemburu, iri hati dan cantas mencantas. Ambil yang baik, buang yang buruk, barulah mudah untuk kita bangkit. Rezeki ada di mana-mana, kalau tidak dipecahkan ruyung , manakan dapat sagunya kan?. Kalau si dia naik, tentu ada sebab dan anda pun mampu naik juga kan?

5) Jangan Mudah Putus Asa - Normalla kalau hits tak seperti yang kita mahukan. Dulu, saya pun sama, hari-hari asyik ushar Nuffnang Analytics, kenapa tak cecah 300 lagi ni? Kenapa tak cecah 500 lagi ni? Jangan tergopoh gapah dalam membuat entry. No entry is much more better than bad entry.

6) Learn From Others - Setiap bloggers ada kelebihan mereka tersendiri. Selongkar kelebihan mereka dan perbaiki diri untuk maju. Contohnya, Sifu Saya, Melromeo.Com , telah banyak mengajar saya pasal blogging ini. It is not easy but it is not hard katanya. Kena caranya,jalan akan dipermudahkan.

7) Why I Choose Nuffnang and remain loyal to Nuffnang? First of all, of course i trust the reputation of Nuffnang and the Community Blogger that they build is really successful even they only started the Advertising Company less than 5 years. As you can see, it is a trend that many bloggers switch to other Ads Company but sooner or later, some of them come back to Nuffnang. So, tepuk dada, tanya selera. At least, Nuffnang tidak meletakkan syarat yang ketat untuk buat side Income dan peluang yang sama rata untuk Event, Movie Screening, freebie, dan etc.

8) Jangan takut Untuk berkongsi Informasi dan Tips - Tentu ada yang cakap, alah, tips dia tu aku dah dengarla dari blogger A. Copy paste la tu. Apalah, cakap tak serupa bikin or etc. Umm, tak salah berkongsi. Pasal tips dan Informasi ni, rasanya sukar nak cari source yang asalkan. Google aje, berlambak keluar. tak salah berkongsi dan ulang kembali dengan cara yang anda suka. Kasi kredit pun lagi elok jika berkenan dengan sumber itu. Kata orang, belajar biarlah sampai ke negeri China. Mungkin apa yang dikongsi belum lagi didengari oleh seseorang.

9)What Loyalty Means to Me ?(Gliterati status mesti ada sebabnya) - Pandangan peribadi, dengan Gliterati inilah yang dapat meyakinkan lebih banyak Advertiser untuk advertise dengan Nuffnang. Most people find it annoying including myself bila terlampau banyak iklan di blog dan keterujaan untuk tahu lebih lanjut terbantut walaupun iklan itu sangatlah menarik hati. Dengan status Gliterati ini, minat untuk klik dan mengetahui pasal iklan tentu akan bertambah. Impression is very important to Advertiser, more Income to Nuffnang means more Income to Bloggers/Nuffnangers. P/s : Agak-agak, Nuffnang akan pilih bloggers yang telah curang ataupun yang setia untuk diberikan Buffered Earning dan Advertorial Job?

10) Why Nuffnang are the best to fellow Nuffnangers especially in the long run? - My view is Nuffnang is like the Community for bloggers and as I can see, there are a bright future with Nuffnang as a lot of trust, relationship and good name with Nuffnang. More reputable Advertiser choose Nuffnang to advertise their product and I can see ( bukan ramalan Paul si Sotong Kurita ya? ) more will come in the future. Nuffnang will become one of the top Advertising Agency especially for bloggers and resulting helping Nuffnangers to socialize, earn more extra income, and etc.

11) Minat,Minat, dan Minat - Dalam apa jua yang dilakukan, kalau tiada minat, ianya akan sekadar melepaskan batuk di tangga dan akhirnya usaha sekadar hangat-hangat tahi ayam. Tulis mengikut apa yang anda minati dan suka. Tak kisahla jika anda mahu menjadi Reporter sambilan membuat laporan Piala Dunia 2010, Pemenang AF ataupun Piala Thomas. Yang penting anda suka, bermain SEO pun kalau kena caranya, lebat juga. Sayapun masih belajar pasal ini.

My view , I think this sharing session more toward socialize session with fellow Nuffnangers. Get feedback and learn from others ( saya pun masih belajar+Newbie). It is not siapa popular, atau siapa yang tidak. Kitani sama saja, kongsi-kongsi untuk menambahkan informasi. This session is good untuk memperbaiki dan mendapatkan 'feedback' dari semua. 10+ brains is much more better than one brain right?

Selebihnya, Bolehla rujuk Entry dari Kak Ina KL dan JMR

P/s : Oh ya, maaf kerana Advertorial part saya tidak dapat kongsikan kerana input yang diperolehi dari Nuffies, mungkin informasi yang bakal saya kongsikan mungkin misleading as a lot of others factors that Nuffnang pertimbangkan sebelum memilih untuk memberikan Advertorial. Anyway, just trust yourself dan andai ada rezeki tidak kemana.

-BERSAMBUNG- ( Mahu Disambung tak??).

47 comments:

  1. mahu2.mahu di sambung entry ni.suka tips no 3 dan 4.

    ReplyDelete
  2. mesti lah mau sifu oi... ehehehhee

    ReplyDelete
  3. saya dan wife dapat jemputan

    tapi ada tersalah faham pulak dengan tarikh..adui..

    kalau tak boleh pergi untuk pertama kali

    ReplyDelete
  4. thanx for the tips again bro eyriqazz! saya suka semua from 1 to 11. congrats again on ur achievement.

    PS: ala, no advertorial tips eh? ok no prob :)

    ReplyDelete
  5. Thanks for the tip bro. Very informative.. Walaupun saya tak berblog for money sangat (not thinking about it much) but knowing tips seperti ini akan dapat membantu sedikit sebanyak untuk memperbaiki diri - just to get more visitors and hopefully, friends at the long run.

    Eh, jangan la segan2 nak jadi featured blogger bro.. You've got it already.. Silakan, sambung lagi.. :)

    ENVEEUS.COM

    ReplyDelete
  6. pengomen pertama?? btui kaa?....ehehhehe...

    ok, sy mmg ske n3 yg berkaitan ngan sharing session neh... x dpt g tp dh bc n3 bloggers yg hadir tuh mcm sy pon ado dok tercongok kt situ....

    sy pon nk try2 juger share tips nnti melalui exp sndirik.... itu lebey baekk kan?

    tqvm gto 4 this sharing n3... i love!!!

    ReplyDelete
  7. tips yg baik..thanks for sharing..^_^

    ReplyDelete
  8. thanks for the tips memang sungguh berguna, banyak kena belajar, betul tu kena ada identiti sendiri.... kena ada passion....

    Reply from P1w1max

    ReplyDelete
  9. akak angguk byk kali baca tip tu. bagus sbb lebih terperinci dari kamu.
    memang best dapat jumpa kamu dan yang lain.

    ReplyDelete
  10. baguslah bro kongsi2kan ilmu blogging, confirm2 banyak pahala yang bro dapat ek.
    TQ

    ReplyDelete
  11. Hukhuk. Nama sy bukan Ayu. Tapi Atreyu Strange. Nama sbnr pun takde kena-mengena ngan 'Ayu'. T__T

    Senang citer leh panggil saya 'Jen' <-- ni baru ada kena-mengena ngan nama sbnr. =.=

    ReplyDelete
  12. haaa..bagus sangat apa yang Eyriqazz kongsikan ni. memang nak jadikan panduan ni. Thanks for sharing ya. Kalau ada masa, boleh sambung lagi..:)

    Entri Terkini : Muslimah Kecil

    ReplyDelete
  13. TQ bro 4 d malam tu..terbaek la..pasni leh wa talk utk ramai blogger lg..teruskan usaha bro!

    ReplyDelete
  14. bro aku suspen jugak waktu fresh ushar pelik kt aku.

    patut strategy macam last time coffee with nuffies, tunggu dah 1/2 jam berlalu baru laa ko tanya aku bleh datang tak.

    aku mesti support blogger tempatan mcm ko. hak2

    tu laa, aku mesti pegi coz bukan senang nak kene timing mcm hari tu. nak harap hari lain mmg x dpt laa aku nk join.

    on the tips, mmg begitu constructive. Dulu aku suka pangkah unit trust, because pada aku unit trust ni agent jer cakap untung padahal reality nya tidak. tp perasaan x best bila aku bash it out kt blog aku. now aku xde nak provoke or kutuk sesuatu yg pada aku indah khabar dari reality.

    lastly, keep up the good work bro, mmg you have what it takes to be a top blogger. no suprise ngko dikesan dan ditambat oleh nuffnang

    ReplyDelete
  15. Wah, seronoknya~ Too bad la that day i kena kerja. Else i pun go for the gathering. :'(

    Thanks for sharing the experiences ya!

    ReplyDelete
  16. @mrs adam:thanks..InsyaAllah,final part akan disambung nanti...

    ReplyDelete
  17. @velasrizal :seronok..bila la kita dapat ketemu?hik3

    ReplyDelete
  18. @daydeck86:thanks daydeck atas sokongan..ternanti2 bila melz nak buat gathering lagi ya?

    ReplyDelete
  19. @n@m@n :aiseh..kalau tak boleh berjumpa cikgu naman...

    ReplyDelete
  20. @Afra Yuri :thanks afra yuri...u pun apa kurangnya..byk menang contest online..haah,bukan taknak kasi, tapi saya taknak informasi yang diberikan misleading...tak elok juga kan?

    ReplyDelete
  21. @Bella :thanks bella atas sokongan dan selalu menjadi pengomen setia disini...nanti saya sambung kembali ya?

    ReplyDelete
  22. @akuzle;hik3..bukan..pengomen ke...ehem2...betultu...kadang2 gara bahasa kita lebih selesa dibaca oleh pembaca kita..apa salahnya kan selagi kita mematuhi etika berblog..

    ReplyDelete
  23. @Sharinginfoz :sayapun byk belajar dari bro..keep it up bro..

    ReplyDelete
  24. @kak ina kl:sayapun byk belajar dan mendapat inspirasi dari akak..akak pun apa kurangnya..lagi popular dan hebat...teruskan usaha akak...setiap kali pergi event,memang ternanti2 kehadiran akak..terasa lebih ceria event itu

    ReplyDelete
  25. @CikLilyPutih:apa salahnya berkongsi kan?tak luak pun..lagipun saya percaya pada prinsip, "the more u give,the more u will get" and it prove right to myself..

    ReplyDelete
  26. @atreyu strange:oh ye ke?nanti saya ubah kembali ya?sorry....jen? cantik nama tu..

    ReplyDelete
  27. @Nia :thanks nia..akan disambung kembali nanti..

    ReplyDelete
  28. @JMR :thanks bro sudi datang...

    ReplyDelete
  29. @MsXeRoZ Nicole :sama2..mungkin ketemu di lain masa...with nuffnang,ianya tidak mustahil

    ReplyDelete
  30. @Matjoe :thanks bro..memang teruja eden bila bro datang.tu yang kelu untuk menegur..hik3...thanks bro...kena tambat?ehh,eden manusia...hik3...Nuffnang mmg terbaik for me..thanks Nuffnang...

    ReplyDelete
  31. hehe bro eyriqaaz wat pon entry ini akhirnya. maaf lambat datang menjengah..sebab semalam demam teruk. tak larat nak wat aktiviti2 berblogging ni. thanx for sharing.. :) ini entry dah lengkap dah ni. tak yah la kot hana wat lagi :p hehe hana tak wat lagi. skang dah masuk sem. banyak hal nak kena settlekan.huhu

    papepon bro, tahniah and thanz again :)

    ReplyDelete
  32. terbaik bro..tq2..Gerrard cubajadi yang terbaik^^

    ReplyDelete
  33. Bro..soryy lah yer x dapat join malam tu...tunggu reply mail dari nuff x dapat2...nak pegi sajer takut tak diundang..segan seh...btw...congrats bro

    ReplyDelete
  34. Suka dengan perkongsian ni.. walaupun duduk jauh dan mungkin agak mustahil untuk join events nuffnang, tapi dapat info macam ni pun dah cukup bagus, thanks bro..

    ReplyDelete
  35. thanks for the tips, cikgu GTO... :)

    ReplyDelete
  36. tq for sharing eyriqazz..;
    sdg cuba improve lagi, tp ilang sasaran..huhu

    ReplyDelete
  37. @Anne Boleyn:suka sangat dengan entry yang hana buat..thanks ya...

    ReplyDelete
  38. @REMEDY :xper2,next time kita ketemu ya?

    ReplyDelete
  39. @kulanz :sama2..sayapun byk belajar dari bro..thanks bro..

    ReplyDelete
  40. @DaHLia:dahlia sure boleh..saya pun byk berguru dengan dahlia..

    ReplyDelete
  41. lool. just jumped ship from nuffnang :P

    ReplyDelete
  42. hurmm..

    saya nak buat link tips2 tu kat blog saya..
    mintak izin yek..

    :)

    ReplyDelete
  43. ..fuh, banyak kali baca entri ni, betul-betul inspiring.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails