September 19, 2010

Ereksi Lambang Lelaki? -18SX-

Ereksi Lambang LeLaki?

Tertarik dengan artikel kekeluargaan/lelaki/Doktor Sakit Tuan dari Harian Metro yang bertajuk Lambang Lelaki dan antara informasi di entry itu adalah :

1) Kekerapan ereksi spontan tinggi ketika lelaki dalam peringkat kemuncak baligh iaitu antara umur 16 hingga 20 tahun dan lebih lagi jika lelaki itu suka berfantasi seksual, sama ada beronani atau membelai saja.

2) Apabila usia meningkat dan aktiviti berkhayal dan membelai alat sulit itu mula kurang atau jarang dilakukan, kekerapan ereksi juga kurang dan tahap ereksi menjadi sederhana serta tidak sepadat dulu, kecuali dalam keadaan sangat teruja.

3) Perubahan kepada kesihatan turut mempengaruhi ereksi. Jika kurang sihat, ereksi kurang atau tiada dan apabila keadaan kesihatan pulih, keadaan pencapaian ereksi menjadi seperti sedia kala.

4) Tahap hormon testosterone juga mempengaruhi kekuatan dan kualiti ereksi. Jika hormon tinggi, seperti dalam peringkat awal baligh, ereksi sangat kerap dan apabila tahap hormon menurun, ereksi kurang dan kadangkala tiada untuk jangka masa lama. Senaman dan amalan gaya hidup sihat mempengaruhi ereksi.

5) Penyakit kronik juga mempengaruhi keadaan ereksi. Penyakit seperti tekanan darah tinggi, peningkatan kolesterol, penyakit koronari dan penyakit kencing manis menjadi sebab utama lelaki mati pucuk.

6) Tidak dinafikan, ereksi lelaki kekal sehingga ke liang lahat dan itu pun mengikut tahap kesihatan dan kekuatan lelaki itu. Jika ereksi tidak menjadi dan hajat melakukan hubungan intim dengan pasangan tidak sampai, ini tidak semestinya dibiarkan begitu.

Dan part yang paling saya setujui adalah :

7) Kini mati pucuk bukan masalah lagi jika anda mengamalkan gaya hidup sihat, henti merokok dan jumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan kesihatan secara berkala dan dapatkan rawatan moden jika mengalami mati pucuk. Jangan derita dalam sepi.

Sumber : Harian Metro

P/s : Jagalah aset/antara yang paling berguna bagi lelaki ini. Kehilangan dan kekurangan keupayaannya amatlah merugikan sekali. Hik3, hilang satu nikmat dunia. Bak kata pepatah, mencegah lebih baik dari mengubati, tak perlulah nak bertongkat-tongkat Ali, jaga kesihatan,pemakanan dan etc, InsyaAllah sihat dan puas hati. 

P/s/s : Betulke Ereksi ini adalah lambang bagi seorang lelaki?

10 comments:

  1. ereksi dalam bhsa kmpungnya adalah stim.

    ReplyDelete
  2. tapi ramai yg tak ambil berat selagi tidak timbul masalah..

    ReplyDelete
  3. omaigod. bukan terus entry 18SX. haha~

    regards from sydney,
    izul

    ReplyDelete
  4. @ieda;agree..sesal dahulu pendapatan

    ReplyDelete
  5. @Fitrihadi.com :bila mahu merasa nasi minyak bro?

    ReplyDelete
  6. nasi minyak??sekarang pun mkn nasi guna ptptn camna nak jamu orang hehe

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails