Showing posts with label lelaki. Show all posts
Showing posts with label lelaki. Show all posts

September 19, 2010

Ereksi Lambang Lelaki? -18SX-

Ereksi Lambang LeLaki?

Tertarik dengan artikel kekeluargaan/lelaki/Doktor Sakit Tuan dari Harian Metro yang bertajuk Lambang Lelaki dan antara informasi di entry itu adalah :

1) Kekerapan ereksi spontan tinggi ketika lelaki dalam peringkat kemuncak baligh iaitu antara umur 16 hingga 20 tahun dan lebih lagi jika lelaki itu suka berfantasi seksual, sama ada beronani atau membelai saja.

2) Apabila usia meningkat dan aktiviti berkhayal dan membelai alat sulit itu mula kurang atau jarang dilakukan, kekerapan ereksi juga kurang dan tahap ereksi menjadi sederhana serta tidak sepadat dulu, kecuali dalam keadaan sangat teruja.

3) Perubahan kepada kesihatan turut mempengaruhi ereksi. Jika kurang sihat, ereksi kurang atau tiada dan apabila keadaan kesihatan pulih, keadaan pencapaian ereksi menjadi seperti sedia kala.

4) Tahap hormon testosterone juga mempengaruhi kekuatan dan kualiti ereksi. Jika hormon tinggi, seperti dalam peringkat awal baligh, ereksi sangat kerap dan apabila tahap hormon menurun, ereksi kurang dan kadangkala tiada untuk jangka masa lama. Senaman dan amalan gaya hidup sihat mempengaruhi ereksi.

5) Penyakit kronik juga mempengaruhi keadaan ereksi. Penyakit seperti tekanan darah tinggi, peningkatan kolesterol, penyakit koronari dan penyakit kencing manis menjadi sebab utama lelaki mati pucuk.

6) Tidak dinafikan, ereksi lelaki kekal sehingga ke liang lahat dan itu pun mengikut tahap kesihatan dan kekuatan lelaki itu. Jika ereksi tidak menjadi dan hajat melakukan hubungan intim dengan pasangan tidak sampai, ini tidak semestinya dibiarkan begitu.

Dan part yang paling saya setujui adalah :

7) Kini mati pucuk bukan masalah lagi jika anda mengamalkan gaya hidup sihat, henti merokok dan jumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan kesihatan secara berkala dan dapatkan rawatan moden jika mengalami mati pucuk. Jangan derita dalam sepi.

Sumber : Harian Metro

P/s : Jagalah aset/antara yang paling berguna bagi lelaki ini. Kehilangan dan kekurangan keupayaannya amatlah merugikan sekali. Hik3, hilang satu nikmat dunia. Bak kata pepatah, mencegah lebih baik dari mengubati, tak perlulah nak bertongkat-tongkat Ali, jaga kesihatan,pemakanan dan etc, InsyaAllah sihat dan puas hati. 

P/s/s : Betulke Ereksi ini adalah lambang bagi seorang lelaki?

July 19, 2010

Kenapa Lelaki Awet Muda?

Kenapa Lelaki Awet Muda ya jika dibandingkan wanita? Kalau di Malaysia, saya rasa antara lelaki yang saya rasakan Awet Muda adalah :

Rosyam Nor | Still Kacak dan nampak Muda walaupun umur dah 40+
Apa rahsia yang ada pada lelaki ya? Jom terjah apa rahsia disebalik lelaki yang nampak awet muda cam saya . Hak3, umur sebenar saya sudah xx tapi dah ada yang panggil Uncle,hik3...
Rahsianya adalah : Lelaki lebih awet muda kerana mereka mempunyai kulit yang lebih tebal berbanding wanita. Kulit wanita yang lebih nipis menyebabkannya mudah berkedut dan cepat kelihatan tua. Selain itu, darah lelaki juga dikatakan lebih pekat dan ini bermakna kandungan oksigen juga lebih tinggi. Selain itu, faktor tenaga yang lebih besar berbanding wanita.
Sumber : Majalah Keluarga Harmoni
Oh, no Wonder ramai yang cakap, Men's Life Begin at 40!!. Hik3, tak kisahlah, yang penting kasih sayang dalam rumahtangga kan?
P/s : Jangan sia-siakan usia muda anda.
P/s/s : Adakah pasangan yang lebih muda menjadi pilihan anda?

July 7, 2010

Perbezaan Antara Lelaki dan Wanita

Selingan hari ini,


Diforwardkan oleh Cimon, inilah lebih kurang Perbezaan Antara Lelaki dan Wanita ketika bangun tidur dan bersiap untuk ke tempat yang dituju :

Bangun Pagi
Gosok Gigi, Cuci Muka
Sapu Toner, Sapu Moisturizer
Letak Cream Muka, Sapu Sunblock
Pilih Baju, Tukar Baju,Pilih Baju , Tukar Baju. Si Lelaki Masih Lena
Letak Bedak,Sapu Mascara
Mekap-Mekap
Mekap Lagi, Si Lelaki Baru Bangun
3 in One, Siap dan boleh gerak sekali!!

P/s : Macam betul je ? Hik3...

P/s/s : Umm, wanita tak mandi ke ya?Nampak cam takde je ? Hik3 lagi...

P/s/s/s : Apa pula komen anda?

May 7, 2010

5 Kesilapan Lelaki Yang Menakutkan Wanita

Lelaki sering dikaitkan dengan sifat ego yang tinggi. Mereka dikatakan agak sukar mengalah, sering menyalahkan pasangan dalam banyak hal, dan amat suka ditegur (huk3, cuba memperbaiki diri).

Sikap inilah yang menakutkan pasangan, selain itu :

Apakah 5 Kesilapan LelaKi Yang Menakutkan Wanita?

1) Mengambil Mudah Sesuatu Perkara
-Lelaki mudah ambil sikap sambil lewa dan membuatkan wanita makan hati. Pemikiran wanita tidak sama dan kebiasaannya lelaki tidak suka memikirkan hal yang remeh-temeh seperti tidak peka dengan kehendak pasangan, tidak mengingati tarikh-tarikh penting dan sebagainya.

2) Terlalu Fokus Tentang Seks
- Ungkapan ada menyebut, lelaki mempunyai sembilan akal dan satu nafsu . Nafsu yang satu tidak lain tidak bukan adalah seks. Tetapi jika diawal perhubungan sudah membicarakan tentang seks, ianya pasti menakutkan wanita. Rahsia Seks Hebat Untuk Suami Isteri

3) Terlalu Cemburu
- Terlalu mengawal pasangan ataupun terlalu cemburu. Jadi, kalau anda meminati seorang wanita, pastikan anda tidak terlalu cemburu dan mengawalnya.

4) Dilihat Terlalu Murah
- Tunjukkanlah karisma anda sebagai pemimpin dan bukannya lelaki yang murah. Tonjolkan harga diri anda yang ''mahal" di mata seorang wanita.

5) Tiada Kriteria Sebagai Pemimpin
-  Wanita zaman kini ramai yang berpendidikan tinggi dan memilih pasangan yang setaraf dengan mereka. Bagi mereka, hidup berumah tangga dan terpaksa menanggung segala-galanya , lebih baik hidup bersendirian.

Jadi, sebagai lelaki, binalah karisma anda. Perlihatkanlah anda sebagai ketua keluarga dinamik dan mampu membentuknya.

Kredit to : Mingguan Wanita, Bilangan 1380

Kesilapan Lelaki yang Menakutkan Wanita Perlu Diperbaiki
Hidup Berpasangan Hidup Berkongsi
Perbaiki Diri dan Selidikilah diri
Jangan Asyik nak Menuding Jari

Lelaki Sejati/Idaman Sukar Dicari
Diri Sendiripun Banyak Kekurangan lagi
Nasib baik Ada Isteri Yang Memahami
I Love You Sayang, U R Everything To Me

P/s : Apa pula pandangan anda?

November 23, 2009

Lelaki Oh Lelaki


Lelaki oh Lelaki (gambar kredit to Chokilala )

Lelaki itu penyeri wanita
Banyak perangai dan keletahnya
Namun kalau pandai menduga
Tidak susah menghadapinya
Lelaki itu dilahirkan penuh lagak dan gaya
Suka menonjolkan diri sebagai seorang yang hebat dan istimewa
Ego yang tinggi di dalam jiwa
Sifat semulajadi ingin dilihat hebat dan istimewa
Namun janganlah pula disalah sangka
Terimalah kami seadanya
Tekad yang tinggi dan bercita-cita
Untuk hidup lebih berjaya
Jika lelaki handsome ditinggal wanita
Wanita akan kata "Jangan sedih,kan saya ada"
Lain pula andai tiada rupa
''Padan dengan muka anda"
Sama juga dengan pendiam sahaja
Yang handsome coolnya dia
Yang tak handsome perasan bagus saja
Ada saja yang tak kena
Lelaki selalunya gagal memahami wanita
Wanita hanya mahu meluahkan perasaan disilap sangka
Jenuh memikir dan mencari penyelesaian masalah wanita
Walhal si dia hanya mahu berkongsi cerita dan masalahnya
Dengarlah luahan bukalah telinga
Yerlah,kadang-kadang kami lupa
Jiwa wanita penuh seninya
Lain pula lelaki kasanova
Paling mulus namun lama-lama tunjuklah taringnya
Kemas berpewatakan lagak orang kaya
Namun sebenarnya poket kosong mencari mangsa
Janganlah pula terpedaya dan termakan kata-kata manisnya
Namun janganlah mengalah pula
Lelaki itu unik dan berbeza-beza
Terpulang la kepada wanita
Bezakan berlian dan juga kaca
Agar hidup bahagia
Di samping lelaki/suami tersayang sepanjang masa

October 8, 2009

Tips untuk Lelaki Ketika Isteri Membeli-Belah

Forward dari rakan.Perkara yg baik eloklah dikongsi :

Membeli barangan adalah suatu aktiviti wajib untuk setiap manusia di muka bumi ini. Jual beli memudahkan kehidupan kita untuk memenuhi kehendak dan keperluan kita.

Makhluk di atas bumi ini yang paling seronok membeli-belah ialah
perempuan.



Bagi orang lelaki, ia adalah satu kewajipan.Tetapi orang perempuan, ia adalah hobi, melegakan tekanan jiwa, meredakan gundah gulana dan menghiburkan hati sanubari.






Orang perempuan  kalau membeli keronsang (pin hiasan di tudung) mungkin mengambil masa 30 minit - 1 jam untuk membuat keputusan memberlinya. Dalam fikiran mereka tercatat pelbagai maklumat yang dirujuk sebelum membuat keputusan seperti..sesuai tak dengan kebarung yang di baru beli tu.... match tak dengan warna tudung ... ada tak sesiapa sepejabat yang telah pakai corak pin ini .... harga yang ni sama tak dengan yang terdapat di kedai sebelah ... kalau pakai ni nampak pelek tak .... macam-macam seribu satu macam.



Lain sangat dengan orang lelaki. Contohnya membeli butang baju melayu. Itu pun kerana terlanggar semasa nak ke masjid, terus menanyakan harga...dan terus bayar. Tak sampai 2 minit. Langsung tidak terfikir sesuai tak dengan warna baju dan sebagainya. Ada lelaki tu pergi solat raya dengan memakai baju warna biru.. tetapi warna butangnya ada warna merah, emas dan ada yang dah terkeluar batu warna..itupun biasa aje terus pakai... asalkan ada butang sudaaaah laa. Itu orang lelaki. Kalau isterinya nampak , pasti perang sakan di pagi raya sebab suami pakai butang tak matching dengan baju...kata dia, "Nanti orang kata apa laah isterinya tak pandai nak mendandan suami".. malu dia.

Perbezaan inilah yang menyebabkan salah satu punca konflik di antara suami isteri terutama sekali di komplek-komplek membeli belah sekarang ini. Isteri nak waktu yang lama, panjat kedai sana panjat kedai sini untuk pilih satu kain..Suami nak cepat sebab dah tak tahan tengok cara isteri memilih barang. Akhirnya buat keputusan bawa anak lari ke restoren..LEGAAA.. boleh baca paper dan majalah.. itupun kot anak2 tu tak nakal dan buas nak merayau.

Yang paling suami tak suka ialah.. apabila tiba di rumah.... isteri mengadu barangan yang dibeli tersilap.. minta abg tolong tukarkan dengan segera.. Dahla berjam-jam pilih barang.. tiba di rumah ada juga yang tersilap..... suami mana tak melenting.Itu adalah tobii ciri-ciri wanita yang ciptakan oleh Allah. Bukan sesuatu kelemahan.




Oleh itu, untuk memastikan peristiwa di atas ini tidak berulang, eloklah suami menggunakan tips ini.


 1. Niatkan untuk menghiburkan dia semasa shopping. Jika dia terhibur, barang yang dia akan beli lebih "masak" proses dia membuat keputusan. Jika niat ini benar-benar dari hati kita, ia terpancar ke muka kita walau pun ada seketika timbul perasan menyampah.. tetapi kuasa niat tadi mampu untuk melenyapkan muka bosan itu nanti. Teruskan niat ini disepanjang sesi shopping ini bahawa "sebagai suami, aku ingin menghiburkannya kerana Allah Taala".

2.Kosongkan aktiviti kita pada hari itu melainkan semata-mata untuk bersamanya. Jangan ada sekali-kali temujanji dengan sesiapa selepas shopping. Kerana, waktu "kecederaan" yang diambil oleh isteri ini, biasanya, melebihi 20-50% dari yang dijanjikan. Yang dibimbangkan nanti ialah orang yang dijanji telah menunggu tetapi isteri masih beratur berbaris di kaunter bayaran.. Akhirnya kemanisan yang dikecapi selama 4 jam tadi tercemar dengan kelewatan isteri 4 minit.

3. Alangkah romantisnya kalau suami tidak membawa handsetnya bersama. Terhindar dari gangguan.

4. Semasa berkereta atas dalam perjalanan ke komplek membelibelah..eloklah tanyakan kepada isteri ...apa barang yang ingin beli, apa kriteria, apa jenis, apa alternatif yang boleh dia terima jika kehendak pertama tidak ditemui.. julat harga yang dijangkakan.. (jangan terkejut dia akan keluar berjela senarai perbandingan harga bagi satu jenis barang.. termasuk jenis barang yang sama yang terdapat di England sekali).. Ini akan menyebabkan isteri itu lebih bersedia dan lebih melonjak keseronokannya.

5. Tiba di kedai tu..buat-buatlah sibuk tunduk bongkok mencari barang yang dia cari. Jangan berdiri tercegat di pintu kedai atau tinggalkan dia sendirian sambil kita pula merayau kedai lain.

6. Kalau dia meminta "second opinion" dengan kata-katanya, "Pelek tak abang kain ni untuk saya"...?berilah pandangan dengan kata-kata, "Pada pandangan abang ....." Jangan terus kata, "OK" .. Lawa.. kemudian senyap.

7. Kalau dia minta pandangan mengenai sesuatu barang yang dia nak beli, jangan terus membelek tanda harga. Ini mengecewakannya. Berilah dulu pandangan kita dari sudut nilai astetiknya. Sebab faktor harga adalah penilaian terakhir bari mereka. Mereka sanggup berbelanja lebih jika barangan itu memenuhi keperluan dan kehendak mereka.

8. Mata tu jangan terlampau sangat menjeling wanita-wanita lain yang sedang shopping. Dia nampak tau. Tapi kita dibolehkan mengusik jurujual wanita-wanita tu dengan alasan untuk membantunya mendapatkan barangan kehendaknya.

9. Bila tiba dirumah, tolonglah dia sekejap membuka barangan yang telah dibeli tadi. pasti dia akan mencuba sekali lagi. Pujilah dia kerana bijak memilih barangan itu.

10 PERHATIAN: sebelum isteri kita mencuba pakaian di tempat mencuba pakaian yang terdapat di kedai-kedai itu, kita hendaklah masuk dahulu dan periksa semua bahagian di bilik kecik itu agar bebas dari WIRELESS CAMERA. Kita bimbang ada orang merakam dan menyebar ke dalam internet. Malu dia dan kita.

Selamat mencuba dan semoga anda menjadi suami yang romantisi lorong-lorong komplek membeli belah. Percaya lah, jika tips ini anda amalkan, dia akan dengan senyap membeli hadiah untuk anda tanda CINTAnya kepada anda. Dan dengan rasa megah menceritakan kepada kawan2nya, "baju ni hubby i yang pilih" :-)

P/s : Saya dah mencuba dan Alhamdulillah berhasil.Namun,kadang-kadang tak teringat juga tips-tips ni.Sampai rumah ,apa lagi,muncung dan merajuklah si Isteri…Hehehehe….Last but not least, apapun yg kita buat,kita mesti :



Related Posts with Thumbnails