Showing posts with label wanita. Show all posts
Showing posts with label wanita. Show all posts

February 24, 2012

Wanita Apabila Shopping

kalau klik2 ni tak namanya shopping bro (Online Shopping)..Bagi wanita istilah shopping tu...1st window shopping, 2nd tengok2 barang n bandingkan di 10 buah kedai yang berasingan.... turn out, beli yang di kedai yang 1st2 tadi...Orang pompuan/wanita panggil, ini namanya bandingkan harga dan kualiti....hik3..

P/s : Amcam, setujutak?

March 8, 2011

Orang perempuan akan sweet hingga akhir hayat


org perempuan akan sweet hingga akhir hayat..percaya lah..org lelaki yg selalu berubah lepas kawin..sgt sedih...huhu - Ummi Amna Amzar-

Tersentuh hati bila membaca komen dari Ummi Amna Amzar di entry Sweetnya Bakal Birasku  . Direnungkan kembali komennya, banyak betulnya juga. Most Men yang berubah selepas kahwin kan? Sanggup tinggalkan Isteri yang penyayang dan berkahwin muda. Fuhh, minta dijauhkan. Terlalu besar pengorbanan seorang Isteri/Ibu.

Selamat Hari Wanita Sedunia buat semua wanita. Tangan yang menghayun buaian, mampu menghayunkan pinggan mangkuk juga. So, berjaga-jaga, suami2 di luar sana. Just kidding, Wanita pemangkin lelaki yang berjaya.

P/s : Hargailah Jasa Seorang Isteri. Apabila susah bersama, tapi dah senang lenang kenapa mahu lupakan dia?

August 3, 2010

Kenapa Wanita Suka Membebel?

Tak buat salah, buat pun salah. Itulah sindrom yang dialami oleh kaum lelaki/suami especially. Wanita memang tidak dapat lari dari sikap suka membebel. Balik kerja lewat kena bebel, buat itu kena bebel, tak buat itu kena bebel, boleh katakan sehari kalau tak mendengar Isteri membebel memang tak lengkap la kehidupan seharian ini.Hik3 , ayat ini khas ditujukan buat Sumijelly, Redmummy, Suliana, Kancilbiru dan semua wanita di luar sana.

Kenapa Wanita Suka Membebel?

Jom, kali ini saya ingin berkongsi Informasi kenapa Wanita Suka Membebel . Sebelum itu , kredit Buat Saudari AyuFatarina, penulis Ebook yang bertajuk " Panduan Cinta Untuk Lelaki" dan juga Entry dari Berita Harian yang bertajuk " Sindrom Isteri Kuat Berleter"

Kenapa Wanita Suka Membebel?

1) Wanita membebel kerana inginkan perhatian.
Komen :Setuju-setuju.

2) Sebagai tanda peringatan.
Komen :Setuju2, itu tandanya dia sayangkan kita. I.e. Abang ni janganlah bawa motor laju2, bahaya tau, nak tengok citer ADAMAYA pun janganlah merempit-rempit ni.

3) Marah dan geram
Komen :tepuk dada ,tanya selera. Kalau Suami tak buat Isteri marah dan geram, takkan la Isteri nak membebel kan? (dushh, tujukan kat diri sendiri juga)

4) Fitrah wanita tidak suka memendam perasan
Komen : Haahla, no wonder ramai perempuan lebih pandai buat ketupat dan jadi pengacara. Hik3..

5) Mengulas mengenai kecenderungan isteri kuat berleter terutama dalam konteks masyarakat tempatan, pakar motivasi dan psikologi terkenal, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah, berpendapat memang sudah lumrah semula jadi wanita yang memiliki paras hormon estrogen berlebihan lalu gemar meluahkan pendapat dan pandangan sehingga dilihat seolah-olah berleter.
Komen :Umm, kalau dah pakar cakap camtu.

6) Sedangkan Mohd Fadzilah berkata, tujuan utama wanita terutama isteri berleter ialah untuk membuktikan kasih dan sayang kepada pasangan.
Komen :Setuju-setuju. Bak Kata rakan saya Suliana  : Kalau tak membebel, bukan wanita namanya. Hik3...Betulke?

7) Malah, sudah dibuktikan dalam kajian di mana kita melihat bagaimana wanita mampu melontarkan sehingga 30,000 kuota simbol dan kata-kata dalam sehari sedangkan lelaki hanya kira-kira 7,000 kuota yang sama.
KOmen : No wonder, patutla boss Pompuan lagi cerewet dari boss lelaki kan? Hik3...

Apapun, yang penting sikap tolak ansur itu penting. Banyak sebab wanita itu membebel. Kadang-kadang sayani bila tak tahan saya pekakkan telinga, butakan mata walhal yang salahnya memang diri sendiri. Namapun Suami@Lelaki, banyak perkara difikirkan remeh-temeh walhal di hati Si isteri, sangatlah penting Cik AbaNG OOII. Maafkan ABANG YA sayang? Tapi, kalau kurang membebel pun best juga. Hik3...

P/s : Tepuk dada tanya selera, give and take dan terimalah pasangan anda seadanya. Kalau kita boleh menerima kelebihan dia, kenapa kekurangan nya kita tidak boleh terima? Tak gitu?

P/s/s :Alam perkahwinan ini indah namun banyak panca robanya. Jika tidak cekap 'handlenya' rumahtangga yang dibina mudah runtuh dan dibawa ombak pantai. Ewah,pandai-pandaije eyriqazz ni.

P/s/s/s : Terimalah wanita seadanya, diorang membebel pun sebagai tanda sayang dan ingat-mengingati. Tak gitu wanita-wanita di luar sana?

July 7, 2010

Perbezaan Antara Lelaki dan Wanita

Selingan hari ini,


Diforwardkan oleh Cimon, inilah lebih kurang Perbezaan Antara Lelaki dan Wanita ketika bangun tidur dan bersiap untuk ke tempat yang dituju :

Bangun Pagi
Gosok Gigi, Cuci Muka
Sapu Toner, Sapu Moisturizer
Letak Cream Muka, Sapu Sunblock
Pilih Baju, Tukar Baju,Pilih Baju , Tukar Baju. Si Lelaki Masih Lena
Letak Bedak,Sapu Mascara
Mekap-Mekap
Mekap Lagi, Si Lelaki Baru Bangun
3 in One, Siap dan boleh gerak sekali!!

P/s : Macam betul je ? Hik3...

P/s/s : Umm, wanita tak mandi ke ya?Nampak cam takde je ? Hik3 lagi...

P/s/s/s : Apa pula komen anda?
Related Posts with Thumbnails