September 14, 2010

Kes Bunuh Datuk Sosilawati Lawiya | Pandangan Saya


Agak terperanjat, ketika berada di kampung ketika beraya dan temankan Isteri shopping di hari raya keempat , terbaca berita di Kosmo  Sosilawati, tiga lagi mati disah dibunuh . Cukup terkedu dan sedih di hari raya apabila membaca kes pembunuhan kejam Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi yang lain. Kes ini turut menjadi bualan hangat saudara mara yang datang berkunjung ketika raya.

Balik KL, banyak entry pasal kes bunuh Datuk Sosilawati ini, dan ini antara kupasan/entry bloggers di luar sana yang sempat saya baca :



Pandangan saya sebagai seorang ketua keluarga, di manakah nilai kemanusiaan sehingga sanggup diseksa,dibunuh,dibakar dengan begitu kejam? Jenayah terancang? Entah berapa ramai lagi yang menjadi mangsa mereka agaknya. Tentu keluarga mangsa begitu sedih di atas kehilangan orang tersayang.

Jadi kaya pun bukannya mudah. Bukan senang nak senang, dan bukan susah nak susah. Dah senang pun , makin ramai yang tak senang dengan diri dan didengki sana dan sini. Memang kejam dan tidak berperikemanusian, rupanya, ketika Syaitan dirantai di bulan puasa, masih banyak Iblis bertopengkan manusia yang berkeliaran mencari mangsa.

Semakin hari, semakin tidak aman negara Malaysia ini. Belum lagi ditambah dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, kerana wang dan harta, adik beradikpun sanggup berbunuhan kini. Semakin risau dalam membesarkan anak dan memegang amanah keluarga.

Semoga pihak yang bersalah menerima hukuman yang setimpal dan semoga pihak polis dan semua pihak bekerjasama dalam membendung kes jenayah yang semakin berleluasa.

P/s : Kes Bunuh, Kes Rogol, Kes Culik, Kes Penipuan semakin berleluasa. Apakah yang boleh kita lakukan bersama untuk membendung perkara ini? Cadang-cadangkan untuk kebaikan bersama. I Love My Family dan saya tidak mahu perkara sebegini menimpa keluarga tersayang. 

16 comments:

  1. peguam tu macam penjenayah kelas atasan.. kuncu2 dia pn orang tak sedar sebenarnya adalah penjenayah. dah berapa orang kena bunuh dengan dia agaknya...

    ReplyDelete
  2. memang betul. semakin risau hendak menghadapi dunia ini. makin lama makin kejam tidak ada perikemanusiaan. pelbagai masalah kdgnya timbul dr masalah diri sendri dan keadaan sekeliling. harus la di tepis perkara2 yang boleh mengancam nyawa. bab-bab duit ni, jgn kelabu mata sangat. tak bole bwk kemana pun harta kita ni. aduhai.

    ReplyDelete
  3. memang sungguh zalim dan perlu dibawa ke muka pengadilan secepat yang mungkin

    Jutawan Datuk Sosilawati Dibunuh at Youtube

    ReplyDelete
  4. kes macam ni dah berleluasa sekarang kan..
    takut giler..
    jiran eda pom, berumur 18 tahun..dah seminggu tak balik rumah..
    orang beraya pon die tak tau kat mne..
    dah buat repot polis...
    tapi belum ade berita lagi...

    ReplyDelete
  5. msia memang dh kurang selamat...hidup kat UK ni lagi aman secara realiinya...apakan daya, msia tanah tumpah darahku, tanah airku..tu balik msia ni, hubby nak psg cctv, alarm kat umah..sbb kwsn perumahan me pun byk break-in/robbery--indon ramai..sbb fasa perumahan baru tgh on

    ReplyDelete
  6. satu lagi kes bunuh berprofile tinggi harap undanag2 dikenakan kepadanya setimpal amat-amat setimpal

    ReplyDelete
  7. Pendapat saya, penjenayah ni salah mangsa. ditambah dengan isteri jutawan India tu dtg Malaysia. Sayangnya, sudah terlambat..
    Al-Fatihah!

    ReplyDelete
  8. saya setuju zharfan.. bukan di kota2 besar je banyak kes jenayah... kat kampung2 pun sama.. dah macam2 kes sekarang ni.. terutama kes pecah rumah... semakin menakutkan. nak tidur malam pun x lena dah..

    ReplyDelete
  9. seram baca berita ni. hmmm..harap2 businesswomen diluar sana..silalah psg bodyguard.

    ReplyDelete
  10. pelbagai citer yg kite dengar sejak kebelakangan ni, amat mendukacitakan dan menakutkan....isu perkauman juga amat menggusarkan...tak dapat saya bayangkan perasaan keluarga mangsa ketika ini, cukup berat beban yg mereka tanggung, arwah pergi tanpa jasad...sungguh tidak boleh diterima akal kenapa begitu kejam si pembunuh, bila hari kematian mereka juga tidak dapat dipastikan...jenayah berprofile tinggi ini mungkin telah dirancang...cukup bijak mereka menyembunyikan bukti...berhari2 lamanya keluarga mangsa menanti kepulangan arwah2 sedangkan penantian itu sia2...disaat umat islam lain meraikan syawal dengan penuh riang gembira penantian keluarga arwah berakhir dengan begitu tragis....semoga yang bersalah akan menerima hukuman setimpal...al fatihah utk arwah2 dan takziah pada ahhli keluarga mangsa...

    ReplyDelete
  11. segalanya dah tersurat di atas sana...moga2 roh arwah2 aman ..

    apa sgt yg didendam/didengkikan tu ye? bila jadi mcm ni,rasanya biarlah hidup sederhana saja...kalau kaya sgt pun xusahlah dipertontonkn sgt..

    ReplyDelete
  12. Kes cukup menarik perhatian gua pasal,inilah kes berprofil tinggi dan antara yang terkejam..Thanks for the link bro...kopok lekor ado dok..hehe

    ReplyDelete
  13. darah dibalas dgn darah.. bunuh dibalas dgn bunuh.. ape kata kalau penjenayah kejam itu menerima hukuman sebagaimana yg dilakukan kepada mangsa? ataupun dibakar hidup2???

    ReplyDelete
  14. sekarang ni memang macam-macam benda yang buruk terjadi kat malaysia ni..tak pernah pulak terfikir kes camni sampai meragut 4 nyawa sekali gus.

    Risau gak dengan suasana kat malaysia sekarang ni.

    ReplyDelete
  15. memang susah nak percaya kan manusia lain skrg. kita semua kena hati2 jelah pasni. ambil cerita tu semua sbg pengajaran :') al-fatihah,

    kesian kat anak2 dia. i love my family too! tak sggup dgr berita kalau salah sorg anggota keluarga kena bunuh. mampu berdoa je <3

    ReplyDelete
  16. Dunia sekarang kalah filem kat TV.. menakotkan.. tapi itulah realiti.. sukar menerima kenyataan.. tapi itu bukan mimpi..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails