September 6, 2010

Serah Tubuh Demi Album | Demi Glamour Body Tergadai

Terbaca kisah Serah Tubuh Demi Album, Hebat Sungguh Industri Muzik Kita , fuhh, sanggup lakukan apa jua demi mengejar populariti yang memungkinkan pendapatan yang lebih lumayan. Dunia artis memang banyak pancarobanya dan banyak halangan yang perlu ditempuhi.

Serah Tubuh demi Album Artis Realiti
Buat Komposer Terkenal Itulah Yang kudengari
Tergadai body,maruah diri apa mahu peduli
Asalkan nama gah di persada seni

Komposer terkenal pandai menangguk di akhir keruh sudah semesti
Artis Baru menjadi mangsa habuan diri
Siapakah dia komposer ini?
Tunggu dan lihat tentu akan tersebar nanti

Teringat kata-kata Pakcik Angkatku beberapa tahun yang lepas, dia seorang fashion designer bagi golongan mak datin,dan juga artis, katanya artis Malaysia, sukar dicari yang betul-betul OK, setakat tayang body, tukar baju tanpa  seurat benang tanpa rasa malu , dan jual body adalah perkara biasa di persada seni. Umm, no komen, tak berani nak mengiyakan atau menidakkan,tapi sepanjang perkenalan dengannya, dia tidak pernah berbohong.

P/s : Apa nak jadi, apa nak jadi, Sampai Sekarang, Semakin Menjadi-jadi.....

8 comments:

Related Posts with Thumbnails