October 28, 2010

Testimoni Detox Foot/Foot Patch

Ini semua gara-gara entry Kancilbiru| Wow! Ada orang nak bagi Detox Foot Pad Percuma la.. dan AfraYuri . Actually, teruja nak try produk ni masa pergi Uptown Shah Alam semasa MySelangorStory last time. Tapi, entah camne entah,  tak jadi nak beli.

Beberapa hari yang lepas, Isteri pulang dengan membawa pulang satu paket (sepasang) Foot Detox. Dia beli senyap-senyap takut saya marah coz saya memang tak suka Isteri beli benda-benda merapu ni. Hik3, plan asal dibelikan untuk dirinya , tapi saya pula yang teruja dan mahu mencuba. Oh, sebelum tu, ini bukan iklan berbayar, ini adalah testimoni peribadi dari saya .

RM7 ringgit satu pasang, mahal juga kan?
Betulke Boleh Buang toksin? Umm, Cam tak percaya je...

Malam pertama mencuba, memuaskan hati. Rasa lebih bertenaga dan lebih segar. Tidak puas hati, suruh isteri belikan lagi, malam kedua mencuba dan inilah hasilnya :

Yuyy,, Gelinyaa..Apa yang hitam-hitam tu?

kalau dilihatkan di websitenya http://www.raudhah4u.com ianya adalah :

Betulke itu kesan toksik yang diserap?

Entah, saya pun tak berani nak mengiyakan. Kena tanya doktor ataupun pakar yang lebih arif. Kan kalau saya cakap betul, tetiba salah, susah juga kan?

Oklah, testimoni saya. Malam kedua kesan hitamnya berkurang dari malam pertama. Antara kesan positif yang saya rasai dua malam mencuba foot detox ini adalah rasa lebih bertenaga, tidur lebih lena, bangun tidur lebih mudah tersedar, badan rasa lebih ringan,sakit kepala berkurang, badan rasa lebih sejuk , selera makan bertambah (hak3), dan kencing rasa lebih lawas ...

Apapun, kesahihan toksin tu saya tak berani nak cakap cuma saya seronok menggunakan produk ini dan saya dah suruh isteri belikan lagi untuk mencuba di Malam ketiga. Pengalaman Malam Ketiga mungkin berbeza dari Malam pertama dan Kedua kan? Hik3...Nanti saya updatekan lagi ya..

Try dan cubalah sendiri.Tepuk dada, seluk poket dan kalau nak beli,beli...Foot detox ni rasanya ada dlm pelbagai jenama dan pilihlah yang terbaik agar tidak tertipu. Cam saya gunakan Raudhah de' Foot Patch ni, walaupun harganya agak mahal, namun saya puas hati. Quality and Quantity mestilah seiring kan? Lebih lanjut lagi, terjah la official websitenya : http://www.raudhah4u.com

P/s : Pernah cuba ke Detox foot/ foot patch ni?Apa pandangan anda?

20 comments:

  1. sy pernah try pkai foot detox. sy beli utk 1week.mmg hasil sgt bgs.kesan hitam makin bkurang n bdn rs lebih bertenaga.

    ReplyDelete
  2. nak terai tapi tak terai2 lg..dah 2 mlm asik terlupa nak tampal..hoho!

    ReplyDelete
  3. tula...nak percaya pun tak, tak percaya pun tak..tapi mmg rasa perubahan bila pakai tu..:)

    ReplyDelete
  4. Salam...

    Saya dah cuba detox patch tapi bukan laa jenama ni...memang bagus untuk sakit lutut dan sendi kaki...

    tapi gunalaa selama sebulan..memang badan jadi lebih ringan dan lebih mudah nak sembahyang...

    insyaallah..benda yang baik kita wawarkan...

    ReplyDelete
  5. sapa ada buat contest menang benda ni??

    ReplyDelete
  6. jom tanya doktor! hehe.. tapi perubahan memang kita dapat rasa lepas pakai. kalau boleh nak pakai setiap hari ngeh :)

    ReplyDelete
  7. eyriqazz aku pon baru je mula pakai 2 hari... aku tengah test untuk seminggu.. memang tak caya.. bau dari toksin tu bau tembakau.. mungkin selam ni walaupun tak hisap rokok..tapi jiran2 yang hembuskan asaptu ..masuk dalam paru2 kita.. sebenarnya kita yang dapat lagi banyak toksin tu..huhuu..

    http://myvitrd.blogspot.com/2010/10/apakah-detox-foot-patch.html

    ReplyDelete
  8. eyriqazz kalau ada kawan nak beli.. member dekat opis aku ada supply sekeping RM1.50.. kalau sepasang baru RM3.00.. kalau nak boleh email aku dekat ahm2480@gmail.com.. hehehe.. minta izin promosi detox dekat sini..hehehe

    ReplyDelete
  9. dh belikan jugak utk hubby 2 pasang. tp dia tak pakai2 lagi..sy nk cuba tak boleh, tgh peknen..

    member kt opis ni pon jual rm3 je sepasang..hehehe

    ReplyDelete
  10. mr matjoe..aritu cik giRang ada blogwalking n jumpe blogger buat contest n bg foot detox ni pd pemenang.. tapi sori sgt..x ingt nama blog tu...

    ReplyDelete
  11. mahalnya.....!!! pi cari yang jual online kat FB, sekeping ada yang tak sampai RM1 puuun!!

    ReplyDelete
  12. baru je try pakai 2 hari lepas.. mmg sdap la badan lepas guna ni..macam yg bro kata tu la..ringan, snang bangun tidur apa semua tu..:)

    pengalaman sy guna foot patch ni ada sy ceritakan di sini

    ReplyDelete
  13. mahalnyer..saya beli sekeping singgit je. kire sepasang, baru 2 inggit.
    Letak je kat kaki, terus sendawa..huhu. Banyak angin kot..
    mula-mula nak tido rasa resah skit tp bile dh tido, lena smpi ke pagi.
    Kaler dia pun sehitam mcm dlm gmbr tu lah..ngeri lak tgk. huhu..

    ReplyDelete
  14. fuhhh bagus jugak bende ni, nk beli la nnt

    Terkini : ENTER

    ReplyDelete
  15. byk dah baca pasal produck nie, nak kena try nie

    ReplyDelete
  16. nak dekat final exam ni rasa cm nak try gak je hehe

    ReplyDelete
  17. pernah cuba dan tengah pakai..sedang amalkan..next month start jual..if bro nk beli dgn harga lebih murah, leh contact feez terus.. :D

    ReplyDelete
  18. Hohohoho.... nampaknya bro dah terbaca gak la pasal entry tue yea...tapi betul la rata2 dapat kesan yang sama....anyway pilihan jenama @ harga tu terpulang la pada masing2...

    ReplyDelete
  19. Sya baru try 2x. memang best tampal foot patch ni. mudah nak bangun tidur, badan rasa segar dan ringan je.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails

Hidupkan Untuk Memberi