February 20, 2011

Kisah Si Manja | Pemikiran yang Saling Berhubung


Pentingke Pemikiran Si Manja Yang Saling Berhubung(Connected tots)?. Bagi saya, ianya amatlah penting bagi melatih dia menjadi seorang anak yang lebih bijak, pandai dan yang paling utama pandai menyelesaikan masalah in real life situation. Kita perlu ajarkan anak kita untuk menyelesaikan masalah dengan sendiri tanpa perlu "Spoon Feed" selalu. 

Entry Sebelum Ini saya ada bincangkan tentang Adakah Pemikiran Si Manja Saling Berhubung? . " Bagi membolehkan anak-anak belajar, sel otak perlu dihubungkan terlebih dahulu.  Lebih banyak sel otak berhubung, lebih cepat pembelajaran berlaku dan lebih meningkat kemampuan kognitif atau kepintaran seseorang bayi itu."

Sharing is Caring, video yang agak menarik untuk dikongsi bersama berkenaan Pemikiran Si Manja yang saling berhubung :

Connected Tots Experience ( Pengalaman Si Manja tentang Pemikiran yang Saling Berhubung).

Si ibu menerangkan kepada anak tentang magnet yang melekat kepada besi (peti sejuk) kepada si Manja. Secara tidak sengaja, si ibu terjatuhkan kuncinya (diperbuat dari besi ) di bawah peti sejuk. Video ini agak menarik kerana ianya memberikan pilihan buat Si anak tentang cara untuk mengambil kunci itu.


Adakah dengan menggunakan sudu,straw, ataupun magnet untuk mendapatkan kembali kunci itu? Nak tahu jawapannya? Kenalah tonton video itu sampai abis dan ada ketiga-tiga pilihan beserta jawapannya. From there, u will find which one is the Connected Moment .



Pengalaman peribadi berkenanan Pemikiran Si Manja yang saling berhubung dan juga mengajar anak menyelesaikan masalah. Kami belikan mainan untuk alisya dan kami biarkan alisya mencuba permainan tersebut. Apa peraatan yang diperlukan untuk mengorek pasir? She try menggunakan pelbagai permainan itu dan akhirnya dia mendapat jawapannya sendiri iaitu menggunakan penyodok untuk mengambil/mengorek pasir pantai.


Didikla anak-anak menerokai dunia ini dan berikan tunjuk ajar kepadanya dan latihla dia untuk berfikir dan menyelesaikan masalah. Sometimes, u have to let ur kids to solve the problem on their own, jadi otak mereka lebih diransang disamping mendikarikan mereka. Melentur buluh, biarlah dari rebungnya kan?


Belajar dari real life situation adalah antara yang terbaik untuk mendidik anak-anak. Membaca pun penting juga, namun apa gunanya kalau pandai membaca , ulat buku namun tidak pandai untuk menyelesaikan masalah in real life situation kan?

Website menarik untuk dikongsi berkenaan  Pemikiran Si Manja yang Saling berhubung (Connected Tots/Connect the Tots). Banyak informasi yang menarik berkenaan Connected Tots, Hubungan Sel-sel Otak, Stories, Peranan Ibu (bapa juga mungkin boleh mempelajari) , dan juga Games .

Kisah Si Manja, Pemikiran yang saling berhubung menarik hati
Mendidik anak untuk menyelesaikan masalah dan lebih berdikari
Sharing is Caring sudah semesti
Terjahi laman web http://www.connectedtots.com.my/  untuk lebih informasi

1st Question : Pentingke pemikiran si Manja yang saling berhubung? Apa kata anda?

2nd Question : Apa pandangan anda tentang Video Connected Tots Experience ini?

53 comments:

  1. btul.. lembu sekandang lagi senang jaga dari anak sorang.. lebih2 lagi anak pompuan.. sama gak cam aku..

    ReplyDelete
  2. 1) memang penting. sebab dari pemikirian si manja akan membuatkan si manja berinteraksi menggunakan anggota badannya yang menunjukkan tahap pemikirannya.

    2) video ni memang best! walau singkat, mesej tetap sampai dan boleh bersambung2 lak yea... hehehee

    Eh, Abe Eyriqazz nak tiket WAYANG GSC FREE tak? join laa Contest Tiket Wayang dari Blogger Shakiddo
    Contest pertama kid nih... :)

    ReplyDelete
  3. seronok dapat anak yang macam tu kan, apa-apa pun anak adalah penghubung kasih sayang dan juga amanat

    ReplyDelete
  4. bagus entry kali ni. informatif!! ehehe

    ReplyDelete
  5. 1st) dalam zaman sekarang nie, memang sangat penting untuk pemikiran si manja saling berhubung sebab dunia sekarang semakin mencabar..jika minda si manja masih tidak berkembang besar kemungkinan dia tidak dapat adapt dengan persekitaran sekelilingnya.

    2nd) thanks untk perkongsian video yang menarik bukan saja sesuai untuk kanak2 tapi orang dewasa jugak...memang memerlukan kita berfikir secara kritis dan kreatif untuk mendapatkan jawapan nya..sangat2 teruja untuk mencuba pilihan jawapannya dan ternyata pilihan 1 saya salah...hehe saya pilih sudu untuk tarik kunci..rupa2nya magnet yang boleh guna

    ReplyDelete
  6. @sicKo^:hik3,mendidik anak2 ni macam menarik benang di dalam tepung,benang dapat ditarik,tepung tidak berselerak..ianya tak mudah dan ilmu perlu dilengkapi..

    ReplyDelete
  7. @suffer8zine:kena caranya,InsyaAllah dipermudahkan...

    ReplyDelete
  8. @KiD :setuju n pandai la papa kid ni....hik3,kan?suka part yang time dia frust silap pilih tu...comel je....

    ReplyDelete
  9. @Sharinginfoz:setuju bro..Anugerah Tuhan yang tidak ternilai..

    ReplyDelete
  10. @arep_lockermonth :Thanks arep...

    ReplyDelete
  11. setuju... jgn biarkan mcm katak bawah tempurung, minda tak berkembang, ilmu tak bertambah. so jengah2lah apa yg ada disekitar kita.

    ReplyDelete
  12. sekarang ni memang banyak cabaran nak membesarkan cahayamata..bila nak join my contest aaaa

    ReplyDelete
  13. Salam eriqazz..

    saya belum ade anak.. tiada pengalaman mengenai connected tots.. tapi saya juga ingin menyatakan pandangan saya..

    Bagi saya.. memang penting kanak- kanak dilatih menggunakan minda sejak dari kecil.. minda mereka perlulah diasah.. seperti dalam video ni..

    kanak kanak tersebut dapat bertindak balas mengambil kunci yang jatuh.. hasil daripada penerangan ringkas oleh ibu mengenai magnet.. itu bukti kanak- kanak belajar dari pengalaman..

    kanak- kanak sering melakukan ape yang dilihat.. jika perlakuan tersebut diajar dengan baik oleh ibu bapa.. kesan positif akan kelihatan..

    bagi saya kanak- kanak akan menjadi bijak sejak kecil jika mida mereka sering diasah dengan pelajaran yang simple dan mudah.. sesuai dengan tahap mereka..

    hope anak eriqazz menjadi pintar hasil didikan eriqazz yang baek.. sanggup cari makluman di internet..

    teladan yang baek untuk ibu bapa di luar sana..!! hehehe

    ReplyDelete
  14. semestinya tersangat penting untuk kita rangsang agar pemikiran si manja saling berhubung. ini bukan sahaja meningkatkan daya pemikiran mereka, malah meningkatkan lagi daya kreativiti dan inovasi mereka..dengan pemikiran saling berhubung, mereka akan belajar untuk menyesuaikan diri dalam menjalani hidup..

    sangat menarik dan ada ada mesej penting yang cuba disampaikan, iaitu dengan pemikiran saling berhubung, kanak-kanak akan menghasilkan idea yang genius untuk menyelesaikan sesuatu masalah walaupun baru saja diberi input mengenai hal tersebut.. ini kerana otak kanak-kanak sangat aktif dan saling berhubung..

    ReplyDelete
  15. Mak Sya suka sangat iklan Wardina dengan anaknya, sama juga, sudu terjatuh, anaknya ambil dengan magnet. "mama tengok"..comel sangat suara anaknya. Tu yang mak Sya suka. "Bijak budak ni", kata mak Sya. Setiap kali tengok iklan tu, mesti Sya teringat mak, dan juga gaya mak ajuk budak tu cakap "mama tengok". Iklan-iklan sebegini, jika kanak-kana yang lain tengok, mereka pun akan dapat belajar sesuatu. Jadi, pemikirn si manja bukan sahaja berhubung antara ibu dan anak yang melakonkan iklan, malah pemikiran si manja lain yang menonton iklan tu juga akan turut berhubung dengan pelakon iklan tu.

    ReplyDelete
  16. kanak kanak yang pintar perlukan akal untuk berfikir !
    give them a chance to solve the problem alone is an effective way!
    one more thing,praktikal adalah lagi bagus dari teori!just like what u said,belajar dari real life baik untuk kanak kanak! betul x?

    ReplyDelete
  17. sgt penting. biar anak2 itu cergas berfikir..

    ReplyDelete
  18. Aku nak cerita n komen tak pandai.. sebab belum ada anak lagi..

    tapi melalui pemenrhatian dan bukan pengalaman.. anak adalah satu anugerah.. untuk di didik.. didik dari kecil lagi.. bukan dah besar.. sebab tu orang kata melentur buluh biar dari rebungnya kalau dah jadi batang buluh nak lentur pon dah tak boleh.. yang boleh tebang buat lemang je..

    Aku suka baca blog pa & ma ni.. sebab banyak tips berguna yg boleh diambil panduan bagi persediaan menimang cahaya mata..

    Yang penting cara pemakanan anak.. kalau makanan berkhasiat diberikan insyaallah anak-anak tu boleh bijak.. yang penting sumbernya HALAL

    ReplyDelete
  19. bagus la entry nie..walaupon saya belum ada anak..tapi sedang belajar untuk prepare masa depan..mcm org selau cakap..ank2 macam kain putih yang dicorakkan ibu bapa..so untuk corakkan kena ada strategi dan plan..bukan sekadar mencorakkan cara suka hati..corak kena cantik dan berkesan so that hasilnya nanti diterima ramai..fikir2kan=)....datang dari small contest GTO point=))

    ReplyDelete
  20. Penting ker pemikiran si manja saling berhubung? Ya..sangat2 penting kerana

    1) walaupun ketika bayi berada didalam kandungan, hanya sebahagian sel-sel otak berhubung dan membantu peranan organ2 badan yang lain spt degupan jantung. Hanya setelah lahir (hari pertama hinggalah thn2 yang seterusnya) lebih banyak sel akan bercantum dan berhubung yang akhirnya akan membentuk pemikiran,perasaan & tabiat anak di masa hadapan.

    2) Kajian menunjukkan sel-sel saraf otak hanya terbina sebanyak 25% ketika bayi lahir tetapi akan hampir lengkap & matang pada 6thn iaitu mencapai 95%

    3)Justeru, ransangan yang bersesuaian harulah diberi dengan mengambilkira semua deria iaitu deria rasa, sentuhan, bau, pendengaran & juga penglihatan.

    Kerana itulah juga, tahun-tahun awal si manja sangat penting & memerlukan perhatian sepenuhnya daripada ibu bapa.

    Pepatah melayu kata "melentur buluh biar dr rebung"

    Maka secara tak langsung kita boleh relate jugak "Kenapa Islam menyuruh kita melatih anak-anak solat seawal usia 7 thn?" kerana pada tahap itu, mereka sudah boleh berfikir & menilai yg mana baik @ buruk serta memahami dgn baik apa yg diajarkan. Insyaallah!!

    ReplyDelete
  21. Soalan pertama: Semestinya penting kerana otak manusia terbentuk dari dalam kandungan lagi. Semasa di dalam kandungan, bayi sudah belajar dari ibu dan bapanya dan juga persekitaran. Jadi, apabila bayi tersebut lahir, beliau telah mempelajari tentang keluarganya dan persekitarannya. Apabila bayi mengalami tumbesaran, iaitu ke alam kanak-kanak, otak mereka akan memberi ransangan terhadap persekitaran dan belajar melalui pengalaman. Pemikiran yang berhubung di dalam konteks ini ialah pembelajaran melalui pengalaman. Ini dapat dilihat di dalam video connected tots, si kecil terbut menggunakan pengalamannya dan pengetahuan tentang magnet yang didapati daripada ibunya untuk mendapatkan kunci tersebut.

    soalan 2: Pendapat saya tentang videon ini ialah ia adalh satu contoh yang baik untuk menunjukkan bahawa si kecil adalhah pintar. Beliau menggunakan hubungan di dalam pemikarannya melaui pemgalaman untuk mengatasi sesuatu.

    ReplyDelete
  22. Salam Eyriqazz,

    1) kami sudah menerapkan bagaimana untuk menyelesaikan sesuatu masalah kepada anak2 kami sejak meraka bayi lg. Kebanyakan dari kita menyangka bayi tidak akan dapat berbuat apa2. Sedangkan sejak lahir lagi, otak mereka perlu berkembang dan perlu ransangan2 yg baik dari ibubapa dan orang2 disekelilingnya. Jika kita tahu keperluan untuk mengasah pemikiran mereka, sudah tentu kita tak akan membuang masa dan sentiasa berfikir untuk mendedahkan mereka dengan pelbagai pengalaman supaya pemikiran saling berhubung dan berkembang. Akhir sekali bahagian "EQ" juga akan menyeimbangkan "IQ" mereka.

    2) Iklan yg menarik dan berguna dalam menunjukkan betapa besar peranan ibubapa dalam membentuk pemikiran anak2 dengan memberikan cabaran dan beberapa pilihan jalan penyelesaian.

    ReplyDelete
  23. 1st Question : Pentingke pemikiran si Manja yang saling berhubung? Apa kata anda?

    Ya, amat penting..

    Sebabnya kanak kanak mempunyai berbillion sel otak. Namun tidak semuanya berhubung. Apabila kita berfikir/belajar/ mengingat, pada masa itulah sel sel otak akan berhubung(pada masa inilah dipanggil 'the connected tots)..Paling penting perkembangan otak adalah dari bayi sehingga umur 3 tahun.. Jika tidak digunakan atau tidak dirangsang, maka sel sel otak ini akan hilang/mati/susut.

    (sebab itu orang yang bijak akan bertambah bijak kerna dia sentiasa berfikir dan berfikir dan berfikir- Kesimpulan peribadi)

    2nd Question : Apa pandangan anda tentang Video Connected Tots Experience ini?

    Video ini amat jelas sekali menerangkan tentang elemen connected tots seperti yang dibincangkan.
    Iaitu pada masa si anak ini berfikir bagaimana untuk mendapatkan kunci yang terjatuh itu.. Terdahulu dia telah diajar bahawa 'magnet menarik besi"..
    Jadi saat dia memikirkan magnet menarik besi.. pada masa inilah wujud 'connected tots ini..
    dan dengan diperkuat dengan ganglioside- maka sel sel otaknya akan berhubung dan anak bertambah bijak!!

    (pengalaman adalah guru terbaik)

    Semoga Alisya akan dididik dengan jayanya oleh kedua ibubapanya.. Go brilliant Alisya

    http://nurhafiz2009.blogspot.com/2011/02/connected-tots-jawab-soalan-gto.html

    nurhafiz2009@yahoo.com
    Jemput ke:ALL IN ONE

    ReplyDelete
  24. Salam bro Eyriqazz, seperti yang sedia maklum, miza belum berkahwin apatah lagi nak mempunyai anak, tapi miza nak juga bagi pandangan dan menjawab soalan bro based on pengetahun miza :)

    1st Question : Pentingke pemikiran si Manja yang saling berhubung? Apa kata anda?

    Yaa. Sangat penting. Ini kerana kita semua melalui proses kanak-kanak dan bagaimana kita diasuh dan dididik hingga menjadi seorang manusia yang boleh berfikir mana yang baik dan mana yang buruk.

    Semasa si ibu megandungkan kita semua sedikit sebanyak pemikiran kir=ta juga saling berhubung. Merujuk kepada fakta si ibu mengandung merasakan ada tendangan daripada kak si anak. Ini menunjukkan si anak sedang mengalami tumbesaran dan organ-organ lain juga saling bertindak balas.

    Pabila si ibu melahirkan kita pula, si doktor akan menepuk badan kita untuk melihat reaksi sama ada kita menangis atau tidak. secara tak langsung disini pemikiran si manja dan tindak balas daripadanya saling berhubungan antara satu sama lain seawal didalam kandungan lagi.

    Dan seterusnya pabila mengalami tumbesaran, si anak akan diajar/dididik oleh di ibu dan di ayah. pemikiran si anak juga akan berkembang melalui persekitaran. makanan juga membantu untuk merangsang pemikiran si manja. sebab itu seawal dilahirkan si ibu perlu suskan si anak dengan susu ibu yang kaya dengan khasiatnya. makanan juga mempengaruhi pemikiran si anak dan perkembangan tumbesaran si anak.


    *Jika terdapat kesalahan fakta sila betulkan Miza. Ini berdasarkan bahan pembacaan dan pengetahuan Miza.


    2nd Question : Apa pandangan anda tentang Video Connected Tots Experience ini?

    Video ini merupakan satu contoh terbaik tentang penerimaan dan pemikiran si manja dan bagaimana pemikiran si manja berkembang. sedikit sebanyak ianya membuatkan si manja berfikir dan mengaplikasikan apa yang telah disampaikan oleh emaknya dalam video tersebut. Contoh seperti apa yang dipaparkan mengenai magnet yang saling menarik antara satu sama lain dengan objek besi. Si ibu pula sengaja ingin menduga pemikiran si anaknya sama ada berhubung atau tidak, dengan menjatuhkan kunci tersebut. Tanpa berlengah lagi si anak berfikir apa yang perlu digunakan bagi membantu si ibu mendapatkan kunci tersebut.

    bagi si manja yang melihat atau menonton video ini, mereka juga akan berfikir sejenak dan tertanya-tanya kenapa dan mengapa benda tersebut melekat :)

    ReplyDelete
  25. hi, new to the site, thanks.

    ReplyDelete
  26. 1st Question : Penting ke pemikiran si Manja yang saling berhubung? Apa kata anda?

    My answer : big YESSS.--yepp, memang sgt penting. being a mom of two toddlers now, me memang suka observe perkembangan my two boys (abg 6 thn & adik 2 thn). peranan parents adalah utk menggalakkan anak2 berfikir sendiri, utk jd lebih kreatif dlm apa jua yg dilakukan esp benda2 baru, selaras dgn concept fun learning and learning via exploration. me suka baca cth eyqriqazz & alisya --how alisya learn to choose the right tool for sand play. my kids beruntung in a sense that education system kat UK ni memang menerapkan elemen 'connected thots' :) some of my personal experience with my kids : they love toys so much, and bila dh boring dgn existing toys, si abg akan pikir utk create toys sendiri, cthnya paper plane--sibuk ask me to show him how to make paper plane (kapal terbang/jet kertas tu)..me tak pernah pun introduce or invent such toys --me suspect he watched such toys on tv or heard about it at school ;)

    2nd Question : Apa pandangan anda tentang Video Connected Tots Experience ini?

    My answer : truthfully, i like the video so much. memang sgt2 catchy, menarik, interesting. in fact, i have always loved all tv commercial by Anmum--me pernah buat entry psl one previous anmum tv commercial:
    http://suzie284.blogspot.com/2010/05/ada-apa-dengan-iklan-susu-anmum-beruang.html
    --entry santai ajer pun--
    a proof that i fell in love with the video..and guess what?my mom kat kampung whom loves the video so much!!
    anyway, video connected thots tu penuh dgn educational elements, for both parents and children--just now me watch the video with my 2 kids and they enjoy it so much--the language is clear,the best part: ada interactive part to choose one of the 3 items as the solution to the problem (key jatuh bwh fridge) :) kebetulan ada one tv programme kat sini (under cbeebies) menggunakan approach yg sama--viewers/kids to choose one of the given stuff as solution. indeed a very good method of conveying message and capturing audience/viewer's attention.

    tq for reading my comments yg agak berjela2 ni ;)

    ReplyDelete
  27. sangat perlu. Supaya anak lebih matang dari usia sebenar. :)

    dan mampu berdikari sendiri.

    ReplyDelete
  28. comelnya :) thanks for sharing. info tambahan ni :D utk masa2 akan datang, hehe.

    ReplyDelete
  29. 1st Question : Pentingke pemikiran si Manja yang saling berhubung? Apa kata anda?

    Jawapan saya memang penting.. yes yes and yes.. Sebab tu antara ibu bapa dan anak kene saling komunikasi sebab setiap kali kite berborak dengan anak, secara tak langsung, kite mendidik anak untuk berfikir. macam iklan ni sendiri, mak nyer cume cerite pasal magnet, tapi anak dia aplikasi untuk bantu mak dia yang terjatuh kunci..

    and i always believe, persekitaran anak-anak sangat penting.. persekitaran adalah dunia dia.. dari situ dia belajar.. again tugas ibu bapa untuk sediakan persekitaran yang baik untuk anak-anak..

    Dulu, saya ada maid, tapi lepas setahun setengah maid saya lari.. Mase tu saya cukup kecewa sebab saya memang baik dengan maid tu, tapi sekarang saya sangat bersyukur, kalau tak kerana maid tu, saya yakin anak saya tak sebijak sekarang. sebab saya hantar anak ke nursery, anak sentiasa berfikir dan aplikasi apa yang diajar di tadika (nursery) dengan yang saya ajar...

    untuk saya komunikasi dan persekitaran penting untuk Connected tots.. dan dari pengalaman saya memang terbukti sebab dua faktor ni saling berhubung kait untuk perkembangan otak anak...

    2nd Question : Apa pandangan anda tentang Video Connected Tots Experience ini?

    Kudos untuk sape yang direct video ni.. its simple, tapi penuh makne, , I bet semua orang akan letak magnet dekat fridge, and through communication anak apply untuk tolong mak dia.. we always know that children always think outside the box.. untuk saya sendiri, saya tak kisah kalau anak saya nak tengok cartoon ke, youtube ke, sebab kadang2 media ni semua main peranan untuk bantu anak kite, tapi of course dengan pengawasan I sendiri..

    i showed this video to my son, and he loves it.. even he asked me, "is a car a magnet? sebab bile gune kunci kete boleh jalan" ok lebih kurang laa ayat dia..terkebil-kebil jugak la nak explain dekat dia.. so see, budak2 ni otak depa berjalan.. everything is a learning process.. i wish, more advert like this.. bergembira sambil belajar..

    ReplyDelete
  30. @far_east:terimakasih atas komen yang membina..yup,dunia semakin mencabar dan cabaran membesarkan anak-anak semakin besar..kita sebagai ibubapa perlu melengkapkan diri dalam menongkah arus kemodenan ini..selain emosi,faktor pemakanan perlu dititikberatkan juga..

    ReplyDelete
  31. @Henry Zackery :thanks henry..

    ReplyDelete
  32. @Adzriel AB:setuju,...jangan jadikan anak ulat buku tapi tidak pandai applikasinya di dunia luar..praktikal pun penting juga..

    ReplyDelete
  33. @kak ina kl (2):yup,terlampau byk cabarannya...sorry kak ina,tak sempat nak join..next time mungkin..

    ReplyDelete
  34. @syafiqsulaiman:thanks..yup,byk informasi yang boleh diperolehi di luar sana i.e. internet..gunakan ia sebaik2nya..hendak seribu daya,tak hendak seribu dalih kan?

    ReplyDelete
  35. @cikpuanhady:setuju dengan pandangan anda...ibubapalah insan terbaik dalam melatih perkembangan minda kanak-kanak..pepatah ada mengatakan,ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan?

    ReplyDelete
  36. @Sya Isya:yup,setuju..contoh alisya suka sangat tengok iklan aiskrim...mama nak3,nak3...

    ReplyDelete
  37. @arep_lockermonth:yup bro...smart kid perlu explore sekeliling untuk mereka lebih berdikari dan mempelajari dunia ini...

    ReplyDelete
  38. @Myvitrd :setuju bro..pemakanan antara faktor terpenting dalam perkembangan minda kanak-kanak..selain cari yang berkhasiat,kita sebagai ibu bapa perlu memastikan ianya dari sumber yang halal..

    ReplyDelete
  39. @HafizRahman.com:setuju bro..ibubapalah yang mencorakkan anak2..

    ReplyDelete
  40. @MamaYatie :thumb up mama yatie..komen yang begitu membina,berinformasi dan menarik sekali..teruja saya membacanya..thanks for sharing ur thought..

    ReplyDelete
  41. @Ayuni :setuju dengan kata-kata ayuni...connected dan video ini nampak simple tapi mudah untuk kita memahami konsep connected tots....

    ReplyDelete
  42. @transformed housewife :

    1)tahniah transformed housewife..yup,EQ pun penting juga..bukan setakat anak-anak..ibu bapa pun perlu...

    2)setuju...cabaran ibubapa semakin besar...

    ReplyDelete
  43. @nur :

    1) ohh,sangat setuju dengan kesimpulan peribadi..sebabtu orang cakap,salah satu sebab kenapa some people mudah lupa kerana otak mereka tidak dilatih...hik2,kena perbaiki diri sendiri juga..

    2)agree..wah,siap ada entry..nanti saya terjah...thanks again..

    ReplyDelete
  44. @Miza Yusof:

    1) Wah,pandai miza..walaupun belum kahwin,informasi/komen diberikan mungkin mengalahkan orang yang sudah ada anak 2-3...

    2)yup,saya tunjukkan video ini pada alisya..selepas menontonya bberapa kali,dia sudah dapat memilih jawapan yang betul....mean,connected tots berlaku...

    ReplyDelete
  45. @Mama Zharfan :

    1)yup,memang saya teruja dengan sistem pelajaran di UK..no wonder, adult di Uk jauh berbeza pemikran dengan adult di Malaysia..mereka lebih matang dan mampu berhujah,memberikan pandangan dengan lebih bernas dan membina...why?kerana sejak kecil lagi mereka diasuh dan diajar untuk memahirkan kemahiran berfikir dan bukannya sekadar mengingat...Smart reader is one of good example yang follow sistem education di UK rasanya...

    2) setuju..dan komen mama zharfan memang begitu menarik untuk dikongsi...especially, base on ur education dan pengalaman mama zharfan yang ramai tidak ada...kongsi2kan la ya pengalaman sebegini di blog mama zharfan..I love to read it..

    ReplyDelete
  46. @SyafiqRidhwan:setuju.kemahiran berfikir dan mengaplikasikan apa yang dipelajari...

    ReplyDelete
  47. @Amie Tempoyak. :sama2..masa2 akan datang dah tak lama tu kan?

    ReplyDelete
  48. @Em's Family:

    thanks for sharing ur pengalaman/thought..saya sebagai bapa yang masih lagi muda learn a lot dari komen em itu..thanks for sharing it..teruja..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails