March 22, 2011

Asam Pedas Selera Kampung

Dah lama terasa kepingin mahu merasa Asam Pedas . Yerla, saya ni bukannya suka mana makanan yang masam-masam. Namun, masa bercuti di Melaka, sempatla terjah satu restoran ni dan pekena Asam Pedas. Jom terjah :
Ikan Pari Asam Pedas, RM3.50

Well, my wife cakap sedap. Taste saya masih tidak berubah, masih belum boleh menerima sepenuhnya masakan masam-masam ni.So, cubit2 ikan dan kuah sikit2je.Tapi, tetap habis saya bedal Ikan tu.
Pilihla ikan yang anda gemari
Ayam Goreng, RM6...Umm....seriously mahal...

Fuhh,seriously terasa kemahalan ayam gorengnya. Umm, apa yang special ya? Mungkin ni ayam dara kot, tuh yang mahal skit.Apapun, rasanya tetap cam ayam goreng.

Kacang Goreng, RM3 sepinggan

Enough said, kacang gorengnya memang sedap. Siap wifey tambah satu pinggan lagi dan just ratah kacang panjang gorengni.Fuhh, terbaiik...
Restoran Asam Pedas Selera Kampung, tak jauh dari Hotel Mesra Mutiara, Melaka

Kata pepatah, jauh perjalanan, luas pengalaman. Jalan-jalan tempat orang kena la try makanan tempat orang juga kan? Hik3, teringat masa bercuti di Spain, tetap kami mencari nasi, fuhh, ingat mudahke nak dapat nasi di Spain? Nasib baik terjumpa juga.

Memang bertuah jadi rakyat Malaysia ni. Pelbagai pilihan makanan untuk dirasai dan dicuba. Masa di UK dulu, selalu rindukan masakan Malaysia. Balik Malaysia ni, action speak for itself. Dari 70kg+ dah jadi 80kg+..Hik3..kena exercise dan kontrol nafsu makan. Umm, asyik bertangguh je..Darkbatman, boleh jadi Personal trainer saya?

P/s : Teringat kata seorang abang ni. Katanya masa muda-muda ni la (25 tahun lagi yerr) nak merasa makanan sedap2..Dah semakin bertambah usia, selera makan dan deria rasa dan semakin berkurangan. Umm, betul ke ya?

15 comments:

  1. baru je makan asam pedas masa bercuti aritu. 1 set rm 6 je. murah! rasa dia perghhhhhh mabelessss!

    ReplyDelete
  2. hehe...malam ke siang ke tak peduli memang sedap untuk dimakan!

    ReplyDelete
  3. asam pedas terbaik di melaka kat perigi hang li poh...asam pedas power namenye..

    tapi still tak boleh lawan rempah asam pedas mak gua

    ReplyDelete
  4. Bila tengah sihat ni, terasa nak makan, kita makan aje. Kalau dah sakit..langsung tak de selera.. :)

    Entri Terkini: Tutorial Generate Backlink Percuma dan Tingkatkan Pagerank Blog..
    Entri Terkini: Happy Birthday to you...

    ReplyDelete
  5. mmg pebret ni..umah sminggu 4 kali mask asm pedas..huu

    ReplyDelete
  6. Lain-lain negeri, lain-lain rasa asam pedasnya. Tapi tengok gambar pun dah tak leh tahan..slurp

    ReplyDelete
  7. siyes la mmg mahal la harga ayam goreng tue...dah la kecik pulak tue...tak berbaloi langsung

    ReplyDelete
  8. asam pedas+kacang goreng...sedapnyaaaa

    ReplyDelete
  9. hurmmm.... ayam goreng itu memang tidak berbaloi.....

    ReplyDelete
  10. asam pedas tu ja nampak reasonable price.

    ReplyDelete
  11. sedapnye! bikin perut lapar la plak~

    ReplyDelete
  12. asam pedas melaka mmg sedap.. dah cube rs asam pedas muar??? cubelah rse.. mahalnye ayam 6 hinggit.. kecik je pun.. sekarang ni ayam mahal.makan sayur je lah jawabnyer

    ReplyDelete
  13. bestnya asam pedas! ayam mahal skrg bro..ada smp cecah RM8.++ sekilo..huhu

    yup! malaysia syurga makanan..

    ReplyDelete
  14. kalau ayam biasa dah rm2.50 ke rm3.00 / ketul nie kan pulak ayam kampung,mahal lagi ke diorang jual.saye pegi gak tengok 1/4 ekor = rm6.00. ok wat. yg kate mahal tuu cek laa dulu. agak2 berape kos skilo ayam kampung tuu,(die kecik tapi padat tau) kesian asam pedas selera kampung sabar jelaa dengan kerenah pelanggan anda

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails