July 31, 2011

Pemenang Wordless Wednesday Contest 3

Sticky Post until 31 July 2011 . Please vote ur favourite picture ya :

UPDATED - Tahniah buat Pemenang 3, yang memenangi Duit Syiling Malaysia Siri 3. Nanti e-mailkan alamat/no. telefon ke iman1237@hotmail.com untuk penghantaran hadiah.





Semua pemenang akan memenangi RM10 Cash/Top up. Sila e-mailkan pilihan hadiah anda ke iman1237@hotmail.com . Opps, dari 7 orang pemenang ini, seorang pemenang gambar terbaik pilihan pembaca eyriqazz.com akan memenangi :


Duit Syiling Malaysia Siri Ketiga bernilai RM10 . Limited edition, hanya 500,000 unit yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia

Masalahnya, dari ketujuh-tujuh itu, eyriqazz masih belum dapat memilih gambar terbaik. So, appreaciate readers untuk memilih dan mengundi. Pemenang yang mendapat undian tertinggi akan menang. Sekali vote saja ya. Sila vote di komen entry ini.Undian akan dikira dari tarikh ini dipublish sehingga 1159 malam 31 July 2011.

* Undian akan eyriqazz hidekan sehinggalah hari Isnin, 1 August 2011 .

‎3 org saiz XL..sorg saiz L


‎"3 org saiz XL..sorg saiz L" itulah usikan dari Suami Angah/Rosman (sebelah eyriqazz). Hak3, mengata eyriqazz, isteri dan Isteri dia la tu... 

Semoga kehadiran bulan puasa bermula besok bolehla mengurangkan berat badan ini. Hik3, asyik hangat-hangat tahi ayam saja untuk menguruskan badan ini. Dari seorang pelari jarak jauh, now kejar Alisya pun dah boleh kalahkan Papanya. Hik3...


P/s : Life is Beautiful... Don't take it as granted... 

Celcom XPLAY Party 2011

Semalam saya menghadiri Celcom XPLAY Party 2011 yang diadakan di Opera, Sunway Pyramid. Datang sorang-sorangje...

XPLAY Party 2011. Serba Purple. 

Kolony. Get infected now..Hik3, saya belum kena infected lagi dengan Kolony. 

Booth Jualan dan Xpax turut dibuka

Bersama Cik Epal dan Farra

Dapatla jumpa Encik Shaheizy Sam Cik Epal . Hensem orangnya cuma pemalu sedikit.Macam eyriqazz la. The next Sirman in the making. Rajin dia tolong ambilkan gambar untuk Cik Epal. Cik Epal, nanti dah nak kahwin jangan tak jemput tau...Hik3..

P/s : I believe Cik Epal will be the next Redmummy. Hits dia pun dah cecah 10 Ribu+ sehari..Tahniah Cik Epal...Nanti2 saya datang berguru ya?

Blogger lain yang turut hadir, Darkbatman dan Madammondoq
P/s : Congratz madammondoq for ur 1st Advertorial. Do ur best ya...

The Power Of Bloggers. Dapat VIP Pass. Tempat special untuk ambil gambar etc

MC of the day....

Persembahan dimulakan

Eyriqazz, Darkbatman dan Nuffies
Quite curious , why Staff Nuffnang semua Hot-hot ya?

Our Place..Ambil gambar pun senang

Darkbatman, One of the top bloggers di Malaysia

Layan...

Blue,Blue,Blue| Eh, Purple ke?











July 30, 2011

The Best Chicken Wing in Malaysia


Ehem,ehem, cuba teka di mana tempat ni?

P/s : My friend yang terjahi sekali suka "Bontot Ayam" panggang tu...Hik3..

July 29, 2011

Ikan Bakar belakang Pasar Filipina, Kota Kinabalu

Selepas Candlelight dinner yang agak mengecewakan, saya mengambil keputusan untuk dinner dan pekena Ikan Bakar di belakang Pasar Filipina di malam pertama itu. Terima kasih buat readers yang rekomenkan tempat ini seperti di entry Tempat Menarik di Kota Kinabalu, Sabah. Actually ini kali ke 5+ kot saya terjahi Ikan Bakar di sini sepanjang hidup eyriqazz.Dulu masa wifey mengajar di Sabah,setiap kali datang KK, tempat ni memang wajib kami terjahi. Indah Khabar, Indah rupa...Itulah yang boleh saya katakan..

Seafood, pelbagai Ikan dan pilihan..Memang fresh-fresh ikan,ketam,sotong,etc
Jemput Pilih.Adussh, rambang mata juga dibuatnya
Ianya dibuka dari 4 petang sehingga larut malam
Memang ramai pengunjung especially pelancong asing yang terjahi Ikan Bakar di sini
Nyam2, mahu pilih yang mana satu ni?
Finally, saya pilih Ikan Kerapu sederhana besar, RM20 dan Sotong Bakar 2 cucuk,RM10 each
Pekena dengan Mangga dan Rumpai Lauk cicah kicap pedas. Sedapp..Meleleh air liur dibuatnya
Pekena pula Air Kelapa Muda. Memang terangkat
Jemput Makan. Jangan Malu-Malu
Walaupun Ikan bakar hanya cicah sambal lada dan kicap, fuhhh,tetap meleleh dan terbaik

Kenyang, puas hati, fresh seafood, memang sedap. 10 kali ganda lebih bagus dari candlelight dinner di Ferdinand's Restaurant, restoran ekslusif di Hotel Sutera Harbour yang bertaraf 4 bintang.
Action speak for Itself. Even Mat Salleh pun datang makan di sini
Burpp...Nyam2 kenyang. Habis licin...Now, teridam2 nak merasa lagi ikan bakar di sini
Dalam Memori

Once again,thanks readers for the suggestion. Di lorong-lorong belakang pun banyak tempat makanan yang sedap. Asalkan ianya bersih,halal dan menepati citarasa, apa salahnya kan? Hargapun berpatutan, hati pun senang, tak gitu?

Candlelight Dinner at Ferdinand’s Fine Dining Italian Restaurant

Honeymooner's Package yang saya menangi termasuk dengan  Candlelight Dinner at Ferdinand’s Fine Dining Italian Restaurant sepanjang 2 malam berada di sana. Sebut pasal Candlelight dinner, memang teruja, teringat detik Romantic Dinner di Haven Restaurant,Ampang Look Out Point tahun lepas. My wife really love it.


On the way menuju ke sana. Cantik giler The Magellan Sutera Resort ni

Sampai je di sana,ada sedikit miscommunication. Staff hotel tidak informkan ke Ferdinand's Restaurant akan booking kami malam itu. Lepas calling2,dapatla tempat kami.

First Impression, Wow,cantiknya view. Mengadap swimming Pool lagi.
Starter. Roti n makanan masam-masam. Umm, really tak kena dengan taste kami. Ok2..tunggu apa yang bakal dihidangkan next.
Mushroom Soup. Honestly said, the worst mushroom soup i ever taste
Skeptical, restoran ekslusif, kenapa tak ramai orang?

Later on main course, can choose either Fish .......... or Beef Steak. Lepas nego2 saya tukarkan dengan Chicken Fillet. My Chicken fillet really-really tak sedap, beef steak untuk Isteri, just ok.Bolehla makan. Bila manager dia datang, tanya feedback, i told him : honestly, this is our worst Candlelight dinner ever. Really ruined our Honeymooner Package. Reason being :

1) Kami tidak diberikan banyak pilihan untuk menu untuk dipilih. Yes, Italian Restaurant, i can eat Pizza, spageti etc..tapi tiada menu itu.
2) All makanan rasa masam-masam dan kurang sesuai dengan taste kami. At least for honeymooner's package, give us a choice to choose a restaurant yang berada di Sutera Harbour Resort.

To cut the story short, lepas Candlelight dinner tu, kami ambil teksi dan pergi makan Seafood di belakang Pasar Filipina. Sometimes, makanan di lorong belakang taste better than restaurant ekslusif di Hotel bertaraf 4 bintang.

Balik Hotel, kami informkan manager hotel pasal our experience dan mohon the next day dinner di tempat lain. Miscommunication again, manager berjaya booking restoran lain tapi pukul 9 malam lebih baru telefon handset saya dan timetu saya tengah nak dinner di bandar KK. He apologize dan tukarkan ngan lunch buffet utk keesokan harinya but kami tak sempat juga lunch di sana coz masa nak kejar flight/beli cenderamata untuk dibawa pulang.

Overall, Candlelight Dinner at Ferdinand’s Fine Dining Italian Restaurant =the worst Candlelight dinner yang pernah saya pergi. Moral of the story, tak semua pakej yang ditawarkan suite our taste/need. Taraf Restoran tidak semestinya menjanjikan makanan yang enak dan sesuai dengan citarasa kita.
Related Posts with Thumbnails