Showing posts with label delicious food. Show all posts
Showing posts with label delicious food. Show all posts

May 26, 2012

Makan Besar di IKEA

Gembira dapat tunaikan hasrat Isteri nak makan puas-puas di IKEA selepas berpantang ini
IKEA Meatball, Kek , Kuih Muih etc

Mood happy, cuba teka, berapa harga semua makanan/minuman diatas..
Jawapan yang paling/hampir tepat will win RM10 cash/top up...
Boleh teka sekali saja...


Jawapan : RM96.55 ....Tahniah buat Nad @ MamaZakwanNayli . E-mailkan ke iman1237@hotmail.com pilihan hadiah anda ya...

August 2, 2011

Makan Malam di Waterfront Kota Kinabalu

Pucuk dicita,ulam mendatang. Di malam kedua Percutian di Kota Kinabalu, Sabah , Angah & Suami ajak/belanja kami makan di Waterfront. Tempat yang tak jauh dari Ikan Bakar Pasar Filipina dan hanya dibuka di waktu malam. Waktu siang,tempat ni dijadikan parking. Inilah namanya tindakan yang bijak, kan?
Alisya di Waterfront, Kota Kinabalu. Bukan main happy lagi
Penuh dan meriah kawasan ni.
Haa, pilihla sendiri seafood yang memang fresh dan menggiurkan
Must try kalau pergi KK. Chicken Wing dan Bontot ayam panggangnya memang sedap.
2 keluarga. Ikan Merah dan Siakap menjadi pilihan kami
Chicken Wing/Kepak Ayam Panggang. Nyam,nyam..Sedap,Sedap...Rating 9/10
Ikan Merah Masak Stim Halia. Sedap juga
Butter Prawn. Semestinya kegemaran Isteri
Ikan Siakap Masak Tiga Rasa.Marvellous,marvellous.
Alisya siap nangis-nangis teruja nak makan...Hik3
Happy Moments...Wife and her BFF ,Angah di Kota Kinabalu, Sabah
Hik3, Sweetje

Overall, makanan di Waterfront ni memang sedap dan terbaik. Di sini boleh order ikan dan menu yang kita sukai.So, takdelah boring sangat hari-hari pekena ikan bakar je kan? Sekali sekala nak juga tukar selera, tak gitu? Fuhh, Kota Kinabalu memang antara tempat menarik untuk pekena Ikan Bakar. Murah,sedap, menggiurkan...Yummy..Thanks Angah & Rosman belanja kami makan. Next time, our turn blanje u all pula ya?

P/s : Dapat pekena Ikan Bakar berbuka puasa harini best juga kan?

July 30, 2011

The Best Chicken Wing in Malaysia


Ehem,ehem, cuba teka di mana tempat ni?

P/s : My friend yang terjahi sekali suka "Bontot Ayam" panggang tu...Hik3..

July 13, 2011

Kacang Pool Haji, ABC Special dan Chicken Chop | Medan Selera Larkin Bomba, Johor Bahru

Semasa Percutian di Johor Bahru bulan lepas, sempatlah singgah di Medan Selera Larkin Bomba. Thanks buat pembaca yang suggestkan tempat ini. Indah khabar, Indah rupa, itulah yang boleh saya katakan.

Kacang Pool Haji, memang sedap. Saya sukakannya

Roti Bakar dicicah dengan kuah kacang

First time saya mencuba kacang pool ni. Fuhh, kalau kat KL memang payah nak dapat ni. Memang sedap dan lain dari yang lain. Kalau terjah Johor Bahru, this is a must try.



Gerai Makan Haji, Medan Selera Larkin Bomba. Murah pulak tu. RM4 je

ABC Special. Marvellous. Sedap

Chicken Chop Isteri Order. Juga tidak menghampakan.

Amy Cafe menjadi pilihan

Overall ,memang puas hati dapat pekena Kacang Pool haji dan ABC Special especially. Memang saya rekomenkan kalau singgah di Johor Bahru. Indah khabar, Indah rupa, sedap dan menggiurkan. Next time singgah Johor ,akan saya terjahi lagi Medan Selera Larkin Bomba ini. 

June 13, 2011

Menternak Lemak di Kenny Rogers bersama Fauziah Latiff

Yiezaa,Menternak Lemak di Kenny Rogers bersama Fauziah Latiff . Nyam2, Kenny Rogers one of my favourite. Sedap dan terangkat. 

** Tajuk entry sengaja mengambil gaya Cik Epal, ambil aura Hits Melampau skitz.

1/4 Quarter Chicken BBQ Sauce, Marvellouss...
Yummy,yummy, lebih sedap bila ianya dibelanja Fauziah Latiff
Pilih je mana-mana nak makan, orang belanja. Kenalah bedal cukup-cukup kan?
Kenny Rogers JB City Square, destinasi yang diterjahi.
Habis licin. Inilah dia Fauziah Latiff saya (Wifey@Peminat no. 1 Fauziah Latiff dari dulu lagi..)

Memang sedap menternak lemak di Kenny Rogers ini. Lebih-lebih lagi bila Fauziah Latiffku yang belanja. Nyam,nyam...Thanks Wifey....Nanti dapat duit EPF ,blanja Abang lagi ya? Hik3..

April 12, 2011

Mee Bandung Paling Sedap di Malaysia

On the way pulang dari Pandan Indah ke rumah, sempatlah kami terjahi Tesco Ampang dan pekena :

Mee Bandung Paling Sedap di Malaysia
Yiezaa, Memang sedap. Ni kali kedua try, masih rasa nak lagi
Nyam,nyam,sungguh berselera Isteri
Pedas, Kaw, Sedap...Terbaik..

Honestly, inilah Mee Bandung yang paling sedap pernah saya try. Makanan lain pun tak kurang hebatnya. Kalau singgah Tesco Ampang, kalau berkesempatan, surely kami singgah di Restoran ini :


P/s : Jom Pekena Ikan Patin Mahal, Saudara Bean Moreno mahu belanja..

March 28, 2011

Nasi Goreng Puyuh Goreng

Minggu lepas,sempatla menerjah satu tempat ni dan pekena :

Nasi Goreng Puyuh Goreng
Nampak Sedap, memang sedap

Serius, memang sedap. Rasa puyuh goreng yang ranggup memang buat terangkat. Lokasinya di Uptown 5, Damansara Uptown, Petaling Jaya. Hargapun boleh tahan, tak sampai RM10.Hik3, lupa la pula harganya. Nasi gorengnya sedap, Puyuh gorengnya jangan cakap la..One of the best i ever taste...
Burung Puyuh Gajah...Umm, patutla cam besar je skit puyuh nya..

Alhamdulillah, lepas makan Nasi Goreng dan  burung puyuh goreng, jumpa client. Rezeki berblogging. Semoga ianya berjalan lancar. One of the biggest Advertorial job yang pernah saya perolehi. Semoga ianya berterusan.Amin....

P/s : Dulu pelik juga bila lihat Isteri selalu basuh telur ayam. Bila dah baca entry Kena Cuci Ke Telur Ayam? ni barule lebih faham skit. Yerlah, telur ayam antara makanan utama rakyat Malaysia kan? Ehh, daging ayam ngan daging puyuh, mana lagi sedap ya?

March 14, 2011

French Macarons Piqa Bakery Memang Sedap

Weekend lepas, on the way pulang dari kenduri kahwin sepupu Isteri, sempatlah pergi Ambil French Macaron dari Piqa Bakery yang dibeli dari Milkadeal . Beli satu kotak jer coz masih was-was dengan Milkadeal ni, so kenalah try dulu kan? . Rm12 for 12 biji @RM1 each, memang berbaloi .

Warna warni, nampak sedap, memang sedap
Packaging pun menarik

Pertemuan diatur di Carrefour Klang

Saya, Isteri, mak mertua, bapa mertua, Adik ipar dan Alisya mencuba dan kami semua memang sukakannya. Memang sedap seperti dikata. Menyesal beli satu je. Milkadeal,  i wanna more this French Macarons. Suggestion mungkin boleh buat delivery di lokasi yang senang pergi  yang berdekatan dengan rumah pembeli i.e. for myself Carrefour Wangsa Maju or shopping complex berdekatan Setapak/Wangsa Maju. 

Oh, Akak yang hantar Macarons ni pun friendly, senang negotiate, dan tidak menghampakan walaupun saya kasi 1 hari notice. Thanks ya Kak..Kak Nomie namanya kan? Hik3, sampai terlupa nak tanya nama teruja nak makan Macarons.

P/s : First time makan Macarons. Nak kena try lagi lepas ni...Korang pernah makan macarons?

February 26, 2011

Chicken Combo HR Steak House Kampung Baru

Chicken Kombo HR Steak House Kampung Baru memang Sedap
Murah pula tu, RM10 Sahaja

Jemput Makan

Pekena dengan Air Buah Naga, memang Syok..

Alahai, tertidurla pula anak Papa

P/s : Malam ini mahu terjah Restoran Warung Santai, Tesco Ampang. Thanksfor the suggestion . Mahu mencuba Mee Bandung pula kali ini. 

February 24, 2011

Rajawali Coffee House Genting Awana

Semasa Percutian di Genting Highlands, isteri beriya-iya ajak dinner di Rajawali Coffee House, Genting Awana. Last time, masa menginap di Genting Awana, isteri begitu sukakan makanan di sini. Walaupun agak mahal, makanannya memang 1st Class, sedap dan menepati citarasa kami. 

Rajawali Coffee House, memang santai dan Suasana menawan
Alisya dan Mama tak sabar menanti hidangan
Nasi Bubur Ayam, RM15+

Memang terbaik dan Isteri memang gemarkan sangat-sangat. Antara yang paling sedap pernah dirasanya. Umm, no wonder Isteri ajak datang sini.
Teh Tarik for me, RM5+ including tax

Enough said, the best teh tarik i ever taste. Marvellous dan sedap.

Nasi Goreng Kampung+Sate , RM20+ including tax



Memang sedap, memang masakan Chef bertaraf 5 bintang. Alisya pun sukakannya. Overall, memang puas hati sangat walaupun harga sedikit mahal. Kualitinya memang terbaik .Actually, saya tak bayar pun. Guna Genting World Card yang dah ada RM100 didalamnya yang diperolehi masa MySelangorStory 2010.

Sambil makan, boleh layan persembahan. Not bad nyanyiannya. Merdu juga
Di depan Rajawali Coffee House, Genting Awana
Tak dapat menginap di Genting Awana Hotel, ambil gambar kenangan pun jadi la kan?
Related Posts with Thumbnails

Popular Posts