Showing posts with label hotel review. Show all posts
Showing posts with label hotel review. Show all posts

November 14, 2012

Percutian di Strawberry Park Resort, Cameron Highlands

Seminggu sebelum Hari Raya Aidiladha yang lepas, Eyriqazz sekeluarga pergi bercuti di Strawberry Park Resort, Cameron Highlands. Redeemkan Special Bloggers Package Strawberry Park Resort. Plan asal nak pergi bulan July sempena birthday Isteri, namun bulan Oktober 2012 baru sempat pergi.

Perjalanan dari KL-Cameron Highlands yang mengambil masa lebih kurang 4-5 jam. Sebaikje sampai :


Welcome Drink disediakan. Memang voila dan sedap.


Inilah Pakej yang Eyriqazz maksudkan. 3 hari 2 malam. Kalau ikutkan harga semasa, lebih kurang RM1,500 untuk pakej ini.

Special thanks buat Rouge Communications dan Strawberry Park Resort,Cameron Highlands dapatla harga istimewa. Cuma bayar kurang dari 50% dari harga yang sepatutnya. Memang puas hati dengan harga yang ditawarkan. 


Studio Suite, agak luas dan selesa

Biliknya memang luas dan selesa. Siap disediakan baby cot (upon request) secara percuma. Meja komputer turut disediakan dan bilik air yang besar. Malam agak sejuk, lebih-lebih lagi time kami datangtu asyik hujan. Tapi time hujan-hujan pun seronok juga kan? 

Kemudahan wifi berbayar turut boleh didapati di sini namun Internet di bilik agak kurang stabil dan tidak boleh access mana. Kalau nak access internet, kenalah pergi ke lobi. Harap-harap in future, kemudahan wifi dapat di bilik. Nowadays, wifi memang penting kan?


Special Kek

Kek ini tiada dalam pakej tapi diberikan coz sepatutnya datang time birthday Isteri. Jadi, dapatla kek ini. Sedap juga.



Makan Malam di Garden Terrace

Kami Order Chicken Smokey

To be honest, rasanya boleh tahan saja. Cara masakannya yang lebih sesuai dengan citarasa pelancong asing (Mat Salleh). Eyriqazz lebih prefer black pepper sauce yang menyengat.

Amboi-amboi, bukan main lagi anak Papa beraksi di dalam bilik.

Tidur dengan nyenyak. Agak sejuk, siap tidur pakai stokin lagi. Sleep like a King,Queen, Prince and Princess.

Daily Breakfast pula di Jim Thompson Terrace bersebelahan dengan lobi. Udara sepoi-sepoi bahasa kalau lepak sebelah luar. Nyaman dan segar.


Jemput Makan

Roti Canai nya agak sedap. Di hari kedua, sampai lambat, dah habis

Nasi Lemaknya pun sedap juga. Siap tambah lagi

In term of choice, rasanya kena tambah lagi menu breakfast ini. In term of rasa, mostly menepati citarasa kami.


Jom ke Gunung Brinchang

Gunung Brinchang Tour turut disediakan dan disediakan pemandu pelancong sekali. Kami bernasib baik, pemandu pelancong kami, berbangsa India dan anak jati Cameron Highlands. Banyak info yang dia berikan kepada kami tentang Cameron Highlands.


Pemandangan dari Gunung Brinchang


Bagi yang sukakan alam sekitar dan suasana ala-ala hutan dan suka berjalan, memang ok jalan-jalan di Gunung Brinchang ini. 


On the Way ke Boh Tea Centre pula

Dah sampai. Jom minum teh tarik

Boh Tea Centre, Sungai Palas

Pemandangan agak menarik di Boh Tea Centre. Tengok pokok teh yang menghijau. Boleh beli souvenir dan teh yang pelbagai di sini juga sambil melihat sendiri proses pembuatan teh.

Next destination, Big Red Strawberry Farm, antara farm terbesar di Cameron Highlands.


Sistem penanaman sayur secara hidroponik
Strawberri ni kalau makan ngan coklat memang marvellous. Yuummmyy

Lobak Putih. Teringat pula cerita GTO versi kartun. "Daikon, daikon"

Masuk adalah percuma, parking pun banyak

Ada restoran juga. Favourite isteri, Aiskrim Goreng

My favourite, Strawberry MilkShake

Sampai bilik, lepak-lepak di luar :

Memang Santai sambil baca suratkhabar

Overall, memang puas hati dengan pakej yang disediakan. Kalau Internet "Super Laju" di bilik, tentunya saya akan berikan rating 9/10. Coz,tiada internet di bilik, saya berikan 8/10 rating menginap di Strawberry Park Resort ini. InsyaAllah, suatu hari nanti bolehla singgahi lagi. Isteri dan anak-anak gembira, Hadiah teristimewa sempena Birthday Isteri tahun ini.

Bolehla baca pengalaman menarik berkenaan pengalaman di Strawberry Park Resort ini :


Strawberry Park Resort Cameron Highlands kami singgahi
Percutian menarik dan menghibur hati
Kalau ada rezeki akan kami singgahi lagi
Pengalaman mempesona sudah semesti

October 14, 2012

Puteri Pacific Hotel, Johor Bahru

Semasa bercuti di Legoland Malaysia beberapa bulan yang lepas, kami menginap di The Puteri Pacific, Hotel, Johor Bahru. Within walking distance dari Bandar JB. Special thanks to Maybank for sponsoring the trip dan penginapan di sini :



Puteri Pacific Hotel, Johor Bahru

Ruang Lobi

Kelas Maybank, ada kad bilik sendiri. Mungkin diorang ada Partnership dengan hotel ini
Ruang di bilik . Agak selesa dan memuaskan. Katil Queen dan Single
Bilik Air. Siap ada pembesar suara kalau layan tv nak dengar suara saja

Bukan main excited Alisya

Katil Single ni Azim book ya
Boleh la Papa

View dari bilik
Amboi-amboi, bukan main lagi Alisya berendam dan mandi bathtub

Review saya,  antara yang best menginap di Hotel ini adalah :

1) Lokasi yang agak strategik
2) Staff yang peramah dan mesra
3) Kemudahan wifi percuma

Things to Improve/Cadangan :

1) Wifi agak kurang stabil. Nowadays, wifi memang sesuatu yang penting bagi penginap
2) Karpet yang agak sejuk especially waktu malam

Overall experience, tetap memuaskan. Rating Eyriqazz, 8/10. 


September 10, 2012

Bercuti di InterContinental Hotel, Kuala Lumpur

Percutian yang tidak dirancang. Dipilih sebagai pemenang Michelin Pilot Experience Challenge dan hadiahnya termasuk penginapan 3 hari 2 malam di InterContinental Hotel, Kuala Lumpur. Special thanks buat Nuffnang dan Michelin Malaysia yang menganjurkan dan menaja hadiah ini.

Grand Premier Room, King Size Bed

Kami duduk di Premier Room, Tingkat 29. Bilik yang agak ekslusif yang turut dilengkapi dengan LCD TV,Peti sejuk, meja study, sofa,etc.Juga 48 hours complimentary internet. Laju juga speednya. Rasanya bilik ini berharga around RM500 sermalam.


Macam tak percaya menginap di bilik camni
Bilik Air

Siap ada penimbang lagi. Hik3, Timbang sat.Cun, dah kurang 1kg.

See through bilik mandi.Woow,Seksiii
Gambar yang lebih terang skit....
Video Bilik Intercontinental Hotel, Kuala Lumpur
Gambar dari bilik

Tak sah kalau dok hotel tak pergi swimming pool kan?Sempatla bawa Alisya ke swimming pool. Memang seronok Alisya. Boleh request fresh fruit, free of charge.

Inilah tempat untuk kanak-kanak...
Amboi-amboi, nak take over blog Papa ke?
Tidur nyaman berdengkur..Michelin dan Bear Mr Bean menjadi favourite Alisya kini
Bergambar di depan lif satu keluarga
Depan Lobi

Overall, sangat-sangat puas hati. Hotel 5 bintang, lokasinya yang agak strategik (within walking distance to Ampang Park LRT), kemudahan dan perkhidmatan yang sangat memuaskan dan yang best, it is free. Hadiah worth RM6K termasuk hotel ini antara memori terindah berblogging tahun ini. Pengalaman berlumba di Sepang akan di updatekan soon....

Once again, special thanks to Nuffnang dan Michelin Malaysia.

Hotel InterContinental kami singgahi
Pengalaman bercuti indah sekali
Segarkan badan dan minda ini
Pengalaman terindah sukar dilupai

June 30, 2012

Feedback dari Tune Hotels

Entri pengalaman di Tune Hotels Penang mendapat respons yang positif. Kelmarin, terima feedback dari Tune Hotels yang menaja penginapan ini ketika bercuti di Pulau Pinang beberapa minggu yang lepas :



Hi Iman,

Very good entry. We likey! Thanks for being objective and from the looks of it, there were a fair few people who were intrigued with your post and that created conversation!

Yes certainly. Do reach out to us whenever you feel like taking a trip and we will for sure see what we can do for you.

Alhamdulillah, respons positif dari Pihak Tune Hotels. The best part is, lepas ni boleh request free Hotel lagi bersama Tune Hotels. Umm, next destinasi mungkin Johor Bahru kot...

This is the beauty of blogging. Kita berikan win-win situation, InsyaAllah Advertiser akan lebih menggemari kita dan akan cuba berikan lagi in future.... Wink, winkk...One of my Sponsored Post dari satu penaja yang dah berjalan selama setahun, ditambah lagi 2 entri.

Rezeki anak-anak. Betulla kata Bro Denaihati, Hidupkan Untuk Memberi, the more you share, the more you will get...

June 28, 2012

Pengalaman di Tune Hotel Downtown Pulau Pinang

2 minggu lepas, sempatlah bercuti di Pulau Pinang dan menginap di Tune Hotel Downtown Penang. Inilah pengalaman eyriqazz menginap di sini :


Tune Hotel - Downtown Penang 
100 Burmah Road, 5 mins from Komtar in George Town
Tel: 04-2275807

Sampai sudah agak malam, lebih kurang pukul 9.00 malam. First impression, nice , bawah ada 7 Eleven. Senangla kalau nak beli air mineral etc. Kemudahan parking di Tune Hotel agak terhad, jadi kalau parking penuh kenala parking di kawasan sekitar.


Double Room - Katil Double-

Agak nice biliknya, nampak selesa dan ekslusif walaupun ruang agak sempit di kiri dan kanan. Untuk saya ,Isteri dan anak-anak rasanya OK. Bilik mandinya pun selesa yang dilengkapi dengan shower. Bilik pun dilengkapi dengan kipas. Kalau mahukan Aircond, harga bayar lain.

Bukan Main gembira lagi ALisya dapat bercuti

Guna Access Card. Amik aircond 24 jam. Setiap kali dia off or kita keluar, ianya tidak dikira. Kalau bercuti 2 malam, rasanya 12-24 jam aircond dah cukup. Taknak aircond pun, dah ada kipas siling
Sayang Azim...
Dari bilik Hotel
Comelje bekas towel nya

Harga Add On..Boleh ambil masa booking or ketika dah sampai di hotel
I.e. Aircond 12 jam RM14, tuala RM6, wifi RM12 24 jam, check out lewat tambah RM15

Waktu check in after 2pm dan check out 11am. Haritu saya add on Wifi. Yang lain sudah disponsor sepenuhnya oleh Tune Hotel , 3 hari 2 malam. Jadi blogger mana boleh berenggang dengan Internet kan?

Di Lobi.. Internet disediakan. Percuma 1/2 jam tak silap utk setiap bilik
Staffnya pun agak mesra pelanggan

Gambar diambil di waktu siang,  Tune hotel Downtown Penang

Untung kalau parking di Tune Hotel, first come first serve, Rm5 je sehari

Kalau penuh, pandai-pandaila park tempat lain. Harga lebih mahal

5 Star Sleeping Experience at 1 Star Price.. Betulke?

Overall, pengalaman saya di Tune Hotel Downtown Penang tidak mengecewakan. Saya berpuas hati dengan bilik yang disediakan, suasana di dalam bilik, lokasi yang strategik, dan harga yang berpatutan.  Saya survey webnya nampak harga agak menarik, kurang RM100 semalam tanpa add on. No wonder ramai pelancong asing menginap di sini semasa saya bercuti di sini.

Wifey pun cakap ok. Bilik of course di maximize kan ruangnya. Memang sesuai untuk keluarga yang tak ramai anak cam saya. Kalau ramai, boleh ambil 2 bilik yang bersebelahan. Apapun, ini cadangan saya to make the Stay more enjoyable at Tune Hotel :

1) Disediakan Laundry beg . Yang plastik cam biasa hotel providekan. Senang nak simpan baju kotor. Selalu, memang terlupa bawa beg extra.
2) Kemudahan Wifi - Rasanya wifi di Tune hotel Downtown Pulau Penang agak perlahan sedikit. Agak slow bila nak update blog dan selalu disconnect. Just average rasanya in term of speed. Internet is a must nowadays...
3) Satu tempat air sejuk/panas di setiap tingkat. Jadi tak perlula kami turun ambil air di 7 eleven kalau nak buat susu anak-anak. 
4) Sediakan satu bilik untuk seterika baju. Jadi tak perlula nak bayar deposit nak pinjam seterika dan menunggu lama menanti ianya dipulangkan.
5) Point System - The more we stay, the more we get the point. It will create a sense of loyalty too...


Itu je kot. Overall, memang puas hati menginap di Tune Hotel Downtown Penang. Once again, thanks Tune Hotel for sponsoring penginapan kami di sini.. Lebih lanjut pasal Hotel ini, bolehla singgahi SINI
Related Posts with Thumbnails