June 28, 2012

Pengalaman di Tune Hotel Downtown Pulau Pinang

2 minggu lepas, sempatlah bercuti di Pulau Pinang dan menginap di Tune Hotel Downtown Penang. Inilah pengalaman eyriqazz menginap di sini :


Tune Hotel - Downtown Penang 
100 Burmah Road, 5 mins from Komtar in George Town
Tel: 04-2275807

Sampai sudah agak malam, lebih kurang pukul 9.00 malam. First impression, nice , bawah ada 7 Eleven. Senangla kalau nak beli air mineral etc. Kemudahan parking di Tune Hotel agak terhad, jadi kalau parking penuh kenala parking di kawasan sekitar.


Double Room - Katil Double-

Agak nice biliknya, nampak selesa dan ekslusif walaupun ruang agak sempit di kiri dan kanan. Untuk saya ,Isteri dan anak-anak rasanya OK. Bilik mandinya pun selesa yang dilengkapi dengan shower. Bilik pun dilengkapi dengan kipas. Kalau mahukan Aircond, harga bayar lain.

Bukan Main gembira lagi ALisya dapat bercuti

Guna Access Card. Amik aircond 24 jam. Setiap kali dia off or kita keluar, ianya tidak dikira. Kalau bercuti 2 malam, rasanya 12-24 jam aircond dah cukup. Taknak aircond pun, dah ada kipas siling
Sayang Azim...
Dari bilik Hotel
Comelje bekas towel nya

Harga Add On..Boleh ambil masa booking or ketika dah sampai di hotel
I.e. Aircond 12 jam RM14, tuala RM6, wifi RM12 24 jam, check out lewat tambah RM15

Waktu check in after 2pm dan check out 11am. Haritu saya add on Wifi. Yang lain sudah disponsor sepenuhnya oleh Tune Hotel , 3 hari 2 malam. Jadi blogger mana boleh berenggang dengan Internet kan?

Di Lobi.. Internet disediakan. Percuma 1/2 jam tak silap utk setiap bilik
Staffnya pun agak mesra pelanggan

Gambar diambil di waktu siang,  Tune hotel Downtown Penang

Untung kalau parking di Tune Hotel, first come first serve, Rm5 je sehari

Kalau penuh, pandai-pandaila park tempat lain. Harga lebih mahal

5 Star Sleeping Experience at 1 Star Price.. Betulke?

Overall, pengalaman saya di Tune Hotel Downtown Penang tidak mengecewakan. Saya berpuas hati dengan bilik yang disediakan, suasana di dalam bilik, lokasi yang strategik, dan harga yang berpatutan.  Saya survey webnya nampak harga agak menarik, kurang RM100 semalam tanpa add on. No wonder ramai pelancong asing menginap di sini semasa saya bercuti di sini.

Wifey pun cakap ok. Bilik of course di maximize kan ruangnya. Memang sesuai untuk keluarga yang tak ramai anak cam saya. Kalau ramai, boleh ambil 2 bilik yang bersebelahan. Apapun, ini cadangan saya to make the Stay more enjoyable at Tune Hotel :

1) Disediakan Laundry beg . Yang plastik cam biasa hotel providekan. Senang nak simpan baju kotor. Selalu, memang terlupa bawa beg extra.
2) Kemudahan Wifi - Rasanya wifi di Tune hotel Downtown Pulau Penang agak perlahan sedikit. Agak slow bila nak update blog dan selalu disconnect. Just average rasanya in term of speed. Internet is a must nowadays...
3) Satu tempat air sejuk/panas di setiap tingkat. Jadi tak perlula kami turun ambil air di 7 eleven kalau nak buat susu anak-anak. 
4) Sediakan satu bilik untuk seterika baju. Jadi tak perlula nak bayar deposit nak pinjam seterika dan menunggu lama menanti ianya dipulangkan.
5) Point System - The more we stay, the more we get the point. It will create a sense of loyalty too...


Itu je kot. Overall, memang puas hati menginap di Tune Hotel Downtown Penang. Once again, thanks Tune Hotel for sponsoring penginapan kami di sini.. Lebih lanjut pasal Hotel ini, bolehla singgahi SINI

42 comments:

  1. Replies
    1. saya tidak merasakan ianya charge tersembunyi..ianya pilihan bagi menjimatkan kos...Hotelnya pun harga bilik boleh dapat bawah RM100..Add on tu tak semestinya nak kena ambil semua...

      Delete
  2. wah! macam cantik je dalam hotel ni.. luar tak berapa nak canggih,tapi dalam dia..pergh!! terbaeekkk

    ReplyDelete
  3. Salam..

    Tentu seronok Eyriqazz dan family dapat penginapan yang di sponsor oleh TuneHotel..

    Mesti dia bagi penginapan yang terbaik..

    Berdasarkan pengalaman saya, saya tak selesa tinggal di Tune Hotel..

    Sebabnya biliknya terlalu sempit.. Nak berjalan pun rasa tak bebas.. Setakat untuk tidur jer bolehlah..

    Tapi kalau nak bersolat, terpaksa bersolat atas katil..

    Dulu masa saya attand meeting dekat KL, saya prefer duduk dekat Hotel lain sementara menunggu flight pada keesokan paginya..

    (Pengajaran untuk diri saya)

    Saya pernah tertinggal kapal terbang AIR asia walaupun saya menginap di Tune Hotel.. Padahal jarak antara Tune Htel dengan balai pelepasan cuma mengambil masa 5-10 minit jer kalau berjalan kaki.. hehehe..

    Masa tu rasa terkilan sangat sebab terpaksa keluarkan duit untuk membeli tiket baru untuk penerbangan ke Sibu.. huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ic..sorry to hear that..for me, biliknya memang agak sempat tapi as we all byk travel kat luar n spend di hotel just utk tidur, mandi etc..it is quite ok for us...

      Delete
  4. Replies
    1. harganya kalau tak FOC pun still berbaloi..

      Delete
  5. pernah duduk Tune Hotel Sarawak dgn JB :)
    walaupun kecik, tp selesa..
    cam ne nak minta sponsor Tune Hotel ek? heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hik3..camne nak minta? Kenala cari contact person n try propose kat diorang....

      Delete
  6. nice lah biliknya..takde nak nampak cheapo sangat walau pun harganya boleh dikira murah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. pernah tinggal dan menginap di bajet hotel..bilik di tune talk lebih selesa/bagus jika dibandingkan dengan bajet hotel

      Delete
  7. Banyak jugak kemudahan yg disediakan.. Menarik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup...Lokasinya pun agak strategik...tak jauh dari nasi kandar line clear etc..

      Delete
  8. Gambar2 menarik..not bad gak eh Tune hotel from gambar2 ni..tak penah lagi duduk kat Tune hotel ni nanti boleh try laa

    ReplyDelete
  9. bilik canti dan boleh memuaskan pelanggan sebab dengan bilik yang nampak seperti suite ni, memang sesuai dengan suasana dan pemandangan

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup..boleh tahan suasana dan keselesaan walaupun bilik agak sempit

      Delete
  10. Tulah tune hotel ni pun Dah banyak sekarang... Untuk kita2 yang agak budget untuk cari hotel, tune hotel rasanya ok...

    ReplyDelete
    Replies
    1. lebih dari ok....bilik selesa dan murah

      Delete
  11. waaaahhh... macam menarik je... yang penting ada wifi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau wifi nya speed cam unifi, tentu lebih teruja...

      Delete
  12. Pelik capaian broadband di Pulau Pinang bermasalah kerana setahu banyak pembekal menyediakan High Speed Broadband disana samada wireless atau wired.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin masa saya sampai tu agak heavy user kot....

      Delete
  13. perghh.. aircond kena caj...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menginap di hotel pun, kadang2 bukan selalu pun guna aircond..kipas pun dah cukup..cam kitorang, 2 malam, guna aircond pun tak sampai 8 jam

      Delete
  14. percuma setengah jam aje? hehe..

    ReplyDelete
  15. wah dapat sponsor..best tu..Tune Hotel dah dua kali saya stay,satu di JB dan satu di KL..overall ok la tapi kalau add-on bnyk sgt menjadikan harganya sama seperti hotel full servis 3 -4bintang..pada saya hotel ni sesuai utk bacpackers dan org2 bujang yg selai sepinggang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Some item tu tak add on pun tak perlu rasanya... cam aircond, ambil 12 jam pun rasanya dah cukup utk 2 malam..most of the time memang kat luarpun..

      Orang yang kahwin anak tak ramai pun rasanya sesuai..kalau ramai, ambil 2 bilik, lebih kurang harga 1 bilik di hotel 3-4 bintang

      Delete
  16. good sharing. tak pernah stay tune hotel... :)

    ReplyDelete
  17. dah lama bercadang nak cuba tune hotel tapi tak berkesempatan

    ReplyDelete
  18. tak pernah try lagi Tune Hotel ni.. but dari feedback beberapa rakan, rasanya pretty good and very affordable.. so, maybe akan try one of these days.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. u should try it....even biliknya agak kecil, tapi the rest is excellent....

      Delete
  19. waaah, tunetalk mmg murah.. huhu.. security dia terbaik tak??

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan tunetalk..tune hotel..

      so far nampak cam ok security dia...

      Delete
  20. tak pernah lagi pergi hotel yang cas mcm ni ... ok nanti boleh try

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pernah booking untuk mak saya di Tune Hotel Kelantan.. semalam tanpa Add Onn hanyalah RM45.47 termasuk tax.. Puas hati,mak saya pun happy..Boleh refer entri ini:

      http://www.eyriqazz.com/2011/02/tune-hotel-kini-di-kota-bharu-kelantan.html

      Delete
  21. walaupun ada banyak add on pilihan, charge yg dikenakan jelas dipamerkan dan bayar bila guna saja. memang menarik.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails