November 14, 2012

Percutian di Strawberry Park Resort, Cameron Highlands

Seminggu sebelum Hari Raya Aidiladha yang lepas, Eyriqazz sekeluarga pergi bercuti di Strawberry Park Resort, Cameron Highlands. Redeemkan Special Bloggers Package Strawberry Park Resort. Plan asal nak pergi bulan July sempena birthday Isteri, namun bulan Oktober 2012 baru sempat pergi.

Perjalanan dari KL-Cameron Highlands yang mengambil masa lebih kurang 4-5 jam. Sebaikje sampai :


Welcome Drink disediakan. Memang voila dan sedap.


Inilah Pakej yang Eyriqazz maksudkan. 3 hari 2 malam. Kalau ikutkan harga semasa, lebih kurang RM1,500 untuk pakej ini.

Special thanks buat Rouge Communications dan Strawberry Park Resort,Cameron Highlands dapatla harga istimewa. Cuma bayar kurang dari 50% dari harga yang sepatutnya. Memang puas hati dengan harga yang ditawarkan. 


Studio Suite, agak luas dan selesa

Biliknya memang luas dan selesa. Siap disediakan baby cot (upon request) secara percuma. Meja komputer turut disediakan dan bilik air yang besar. Malam agak sejuk, lebih-lebih lagi time kami datangtu asyik hujan. Tapi time hujan-hujan pun seronok juga kan? 

Kemudahan wifi berbayar turut boleh didapati di sini namun Internet di bilik agak kurang stabil dan tidak boleh access mana. Kalau nak access internet, kenalah pergi ke lobi. Harap-harap in future, kemudahan wifi dapat di bilik. Nowadays, wifi memang penting kan?


Special Kek

Kek ini tiada dalam pakej tapi diberikan coz sepatutnya datang time birthday Isteri. Jadi, dapatla kek ini. Sedap juga.



Makan Malam di Garden Terrace

Kami Order Chicken Smokey

To be honest, rasanya boleh tahan saja. Cara masakannya yang lebih sesuai dengan citarasa pelancong asing (Mat Salleh). Eyriqazz lebih prefer black pepper sauce yang menyengat.

Amboi-amboi, bukan main lagi anak Papa beraksi di dalam bilik.

Tidur dengan nyenyak. Agak sejuk, siap tidur pakai stokin lagi. Sleep like a King,Queen, Prince and Princess.

Daily Breakfast pula di Jim Thompson Terrace bersebelahan dengan lobi. Udara sepoi-sepoi bahasa kalau lepak sebelah luar. Nyaman dan segar.


Jemput Makan

Roti Canai nya agak sedap. Di hari kedua, sampai lambat, dah habis

Nasi Lemaknya pun sedap juga. Siap tambah lagi

In term of choice, rasanya kena tambah lagi menu breakfast ini. In term of rasa, mostly menepati citarasa kami.


Jom ke Gunung Brinchang

Gunung Brinchang Tour turut disediakan dan disediakan pemandu pelancong sekali. Kami bernasib baik, pemandu pelancong kami, berbangsa India dan anak jati Cameron Highlands. Banyak info yang dia berikan kepada kami tentang Cameron Highlands.


Pemandangan dari Gunung Brinchang


Bagi yang sukakan alam sekitar dan suasana ala-ala hutan dan suka berjalan, memang ok jalan-jalan di Gunung Brinchang ini. 


On the Way ke Boh Tea Centre pula

Dah sampai. Jom minum teh tarik

Boh Tea Centre, Sungai Palas

Pemandangan agak menarik di Boh Tea Centre. Tengok pokok teh yang menghijau. Boleh beli souvenir dan teh yang pelbagai di sini juga sambil melihat sendiri proses pembuatan teh.

Next destination, Big Red Strawberry Farm, antara farm terbesar di Cameron Highlands.


Sistem penanaman sayur secara hidroponik
Strawberri ni kalau makan ngan coklat memang marvellous. Yuummmyy

Lobak Putih. Teringat pula cerita GTO versi kartun. "Daikon, daikon"

Masuk adalah percuma, parking pun banyak

Ada restoran juga. Favourite isteri, Aiskrim Goreng

My favourite, Strawberry MilkShake

Sampai bilik, lepak-lepak di luar :

Memang Santai sambil baca suratkhabar

Overall, memang puas hati dengan pakej yang disediakan. Kalau Internet "Super Laju" di bilik, tentunya saya akan berikan rating 9/10. Coz,tiada internet di bilik, saya berikan 8/10 rating menginap di Strawberry Park Resort ini. InsyaAllah, suatu hari nanti bolehla singgahi lagi. Isteri dan anak-anak gembira, Hadiah teristimewa sempena Birthday Isteri tahun ini.

Bolehla baca pengalaman menarik berkenaan pengalaman di Strawberry Park Resort ini :


Strawberry Park Resort Cameron Highlands kami singgahi
Percutian menarik dan menghibur hati
Kalau ada rezeki akan kami singgahi lagi
Pengalaman mempesona sudah semesti

38 comments:

  1. rupa2nya ada tempat lagi yg tak pergi walaupun dah beberapa kali pi cameron....pakej blogger tu utk semua org ke?mmg murah pakej tu berbanding dgn apa yg dapat.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pakej tu untuk blogger terpilih yang menepati syarat...Alhamdulillah, berbaloi2 dan puas hati menginap di sini

      Delete
  2. Sukanya tgk sayuran & strawberry yg segar bugar tu..

    ReplyDelete
  3. MJ baru balik dari SPR ni minggu lepas, redeem hadiah contest..
    Memang best bilik di sana ;)

    Kalau sudi nak baca boleh singgah

    http://normj1001.blogspot.com/search/label/Strawberry%20Park%20Resort

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahniah..bilik yang myra duduk tu lagi best dan menggiurkan...

      Delete
  4. Mcm mana boleh dpt blogger package tu? Thanks sudi jenguk blog blk :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rezeki berblogging..proposekan win-win, dapatla blogger package ini...

      Delete
  5. mahal gak tu :) CH byk choics in terms of hotel :) tepuk poket tanay bajet ajer hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh tahan juga bajet tetapi boleh pelan didalam jangka masa panjang.

      Delete
    2. Yup,tepuk dada,tanya selera...On special occasion, it is really worth it...

      Delete
  6. Tak jem ke kalau pergi time cuti sekolah nie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Time cuti sekolah ni confirm la jem...hik3

      Delete
  7. Pernah menginap sekali di Strawberry Park. Memang best.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kali kedua menginap di sini..Memang bestt...

      Delete
  8. hubby ajak kesini tapi entah bila laa dpt pergi..haishhh..asyik tertunda2

    ReplyDelete
    Replies
    1. cpt2 pujuk cik hubby sebelum one day dah takde strawberry lagi utk dipetik...

      Delete
  9. bestnya...
    dah lama tak pegi cameron highlands..

    mmg best sgt kat sana

    ReplyDelete
  10. salam Eyriqazz..bestnya g bercoti2 ngna family ke CH,pernah sampai gak tp rasanya ingin brkunjung kembali sbb tak puas brjalan.hihi.
    Comel2 anak Eyriqazz!!:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silala terjah...memang best cuti2 Cameron Highlands

      Thanks..Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan?

      Delete
  11. assalamualaikum eyriqazz....best n seronoknya dpt pi bercuti...:)

    ReplyDelete
  12. cameron antara tempat yg ila suka pegi!!

    ReplyDelete
  13. awal tahun depan kami pun nak peri sekali lagi kalau ada rezeki.. perancangan telah diatur hope tertunai hasrat dihati.. hehehe

    ReplyDelete
  14. Memang best.. teruja nak pergi. Strawberry milkshake.. memang terbaik tu

    ReplyDelete
  15. Hehehe..seronoknya dapat bercuti mcm ni..betul tu bro..ujan2 sedap jugak pergi bercuti..hehe

    ReplyDelete
  16. waaahhh...jeles gile tengok!!..siyes cam best gile food, bilik, 'sejuk' etc... haiishh.... kalau ade org nak sponsor lg, pas kat nadot eh...hehehe

    ReplyDelete
  17. kalau ada rezeki, inilah tempat yang saya nak pergi sangat2 ni...

    ReplyDelete
  18. best...suke stay sini...bilik studio nih actually bilik yang boleh di consider baru ..sebab die dah renovate..

    ReplyDelete
  19. Bestnyer..tpt yg wajib p without fail tiap2 thn..nyaman sgt udaranyer disamping mkn sayur yg fresh....:-)

    ReplyDelete
  20. Kalu redeem bloggers package tapi tak blog about it boleh ke?

    ReplyDelete
  21. wow bestnya..jangan tahun depan dapat baby lagi udahlah..

    ReplyDelete
  22. resort tuh nampak sungguh ohsem...pasti best kan...beberapa kali dah ke CH tapi tak pernah lagi menginap disitu...huhu

    ReplyDelete
  23. memang best bercuti kat strawberry park resort ni..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails