Showing posts with label puyuh goreng. Show all posts
Showing posts with label puyuh goreng. Show all posts

February 8, 2012

Jimat Tomyam Port Dickson | Murah dan Sedap

Jimat Tomyam, Port Dickson, destinasi pilihan kami untuk dinner setiap kali bercuti di Port Dickson.Semasa bercuti bulan lepas sempatla singgahi lagi. Main reason suka makan di sini coz harganya yang berpatutan dan sedap . 

Tomyam Campur. Memang sedap
Ayam Paprik. Indah rupa, Indah Rasa
Sambal lada mesti ada. Pembangkit selera
Telur bungkus. Kegemaran Isteri
Burung Puyuh Goreng. Kegemaran ALisya dan Saya. Memang sedap
Papa, papa, ni bukan burung..Ni Bird... Hik3...

Total harga makan termasuk air dalam RM20+. Murah,sedap dan berbaloi-baloi kan?
Suasana di Restoran Jimat Tomyam
Restoran Jimat Tomyam. Lokasinya tak sampai 1km dari Pantai Teluk Kemang.
Memang saya suggestkan tempat ini, rasa menyelera, poket pun tidak terasa

March 28, 2011

Nasi Goreng Puyuh Goreng

Minggu lepas,sempatla menerjah satu tempat ni dan pekena :

Nasi Goreng Puyuh Goreng
Nampak Sedap, memang sedap

Serius, memang sedap. Rasa puyuh goreng yang ranggup memang buat terangkat. Lokasinya di Uptown 5, Damansara Uptown, Petaling Jaya. Hargapun boleh tahan, tak sampai RM10.Hik3, lupa la pula harganya. Nasi gorengnya sedap, Puyuh gorengnya jangan cakap la..One of the best i ever taste...
Burung Puyuh Gajah...Umm, patutla cam besar je skit puyuh nya..

Alhamdulillah, lepas makan Nasi Goreng dan  burung puyuh goreng, jumpa client. Rezeki berblogging. Semoga ianya berjalan lancar. One of the biggest Advertorial job yang pernah saya perolehi. Semoga ianya berterusan.Amin....

P/s : Dulu pelik juga bila lihat Isteri selalu basuh telur ayam. Bila dah baca entry Kena Cuci Ke Telur Ayam? ni barule lebih faham skit. Yerlah, telur ayam antara makanan utama rakyat Malaysia kan? Ehh, daging ayam ngan daging puyuh, mana lagi sedap ya?

August 27, 2010

Nasi Biryani Puyuh Goreng

Nasi Biryani Puyuh Goreng

Inilah Juadah Berbuka Puasa ku beberapa hari yang lepas. Dah lama tak pekena puyuh goreng, best juga makan Nasi biryani bersama Puyuh Goreng ni. Ini semua gara-gara entry the PrincessRedbloodSnow yang mengidam burung puyuh sampaikan edenpun tergoda sama.

Burung puyuh ni best juga cuma isi sikit, tapi tulang-tulang dia pun rangup, kecil la katakan. Nasi Biryani yang dibeli di Bazaar Ramadhan pun boleh tahan, so okla berbuka camni.

P/s : Malam ni dan sepanjang weekend ni berbuka kat luar. Sekali sekala bertukar angin ok juga kan?

P/s/s : Kawan cakap Merpati Goreng lagi sedap. Umm, sedapke? Kat mana area KL ni boleh dapat merpati goreng ya?
Related Posts with Thumbnails