Showing posts with label makanan. Show all posts
Showing posts with label makanan. Show all posts

December 2, 2010

Meleleh Air Liurku Memandang Si Dia

Bersalahkah Perasaan Ini? Oh, Sejak Memandang Si Dia, Hatiku sudah tertawan, Meleleh Air Liur ku Dibuatnya. Teruja. Adakah aku jatuh Cinta Lagi? Oh, tidak, aku sayangkan Isteri, namun penangan si Dia betul-betul membuatkan ku Angau dan tidak keruan. Adush, Mana satu yang patut ku pilih? Oh SUkarnya membuat pilihan , Si Dia :


Strawberi Coklat betul-betul menggiurkan
 Strawberi Celup-Celup, Yummy,Yummy
3 Batang RM10 di Cameron Higlands, memang terangkat...

Strawberi Cameron Higlands tidak manis. Masam-masam skit, tapi bila pekena dengan Coklat, memang meleleh air liur dibuatnya. No wonder la Datuk Siti Nurhaliza cakap sedap pekena Strawberi Coklat. Lebih-lebih lagi pekena yang betul-betul sedap.

P/s : Pernah try Strawberi Coklat ? Amcam,Sedaptak?

November 7, 2010

Kuih Cek Mek Molek


Kuih Cek Mek Molek | Namanya Sesedap Rasanya


Sampai sekarang saya masih tidak faham kenapa kuih ini dipanggil Kuih Cek Mek Molek.

Bentuknya takdelah Comel mana pun, Molek sangat ke Si Pembuat Kuih ini? Pelik bebenar kebanyakan nama kuih di Malaysia ni. Belum lagi dengan Badak Berendam, Kuih Tahi Itik, Batang Buruk dan pelbagai lagi.

Ohh, Yang Pasti rasanya memang sedap dan Molek bebenar . Rasa gulanya memang "Kaw" dan "Wow". Tak sia-sia kahwin dengan orang kelantan, balik kampung ble pekena Cek Mek Molek Selalu.

P/s :  Pernah makan Kuih Cek Mek Molek? Amcam , besttak?

August 27, 2010

Nasi Biryani Puyuh Goreng

Nasi Biryani Puyuh Goreng

Inilah Juadah Berbuka Puasa ku beberapa hari yang lepas. Dah lama tak pekena puyuh goreng, best juga makan Nasi biryani bersama Puyuh Goreng ni. Ini semua gara-gara entry the PrincessRedbloodSnow yang mengidam burung puyuh sampaikan edenpun tergoda sama.

Burung puyuh ni best juga cuma isi sikit, tapi tulang-tulang dia pun rangup, kecil la katakan. Nasi Biryani yang dibeli di Bazaar Ramadhan pun boleh tahan, so okla berbuka camni.

P/s : Malam ni dan sepanjang weekend ni berbuka kat luar. Sekali sekala bertukar angin ok juga kan?

P/s/s : Kawan cakap Merpati Goreng lagi sedap. Umm, sedapke? Kat mana area KL ni boleh dapat merpati goreng ya?

August 23, 2010

Mee Rebus Terengganu | Tertunailah Hasrat Di Hati

Akhirnya, tertunailah juga hasrat di hati ketika pulang ke Kampung 2 Minggu Lepas. Saya minta mak masakkan makanan kegemaran saya sejak kecil lagi, tak lain tak bukan :


Mee Rebus Terengganu
Masakan Mak Memang terbaik

Nampak macam Mee Sup kan? tapi lain skit, secret Ingredientnya adalah lada hitam, memang inilah favourite saya dari kecil lagi. Kat KL ni susah nak dapat, nasib baiklah sekarang ni Isteripun dah pandai masakkan, memang sedap....

Lagi Syok Bila Pekena Sekali Dengan Keropok Lekor dan Kuih Muih Yang Lain

Mee Rebus Terengganu makanan kegemaran saya
Rasanya lazat dan menggiurkan saja
Tertunailah hasrat di hati sudah semestinya
Minggu ini Isteri masakkan sedap juga, lain kali saya updatekan ya?

P/s : Apa pula makanan kegemaran anda pula?

August 22, 2010

Rasa Ramadhan HotFM di Jusco Setiawangsa

Semalam ( 22 August 2010), kami berkesempatan untuk singgah di Rasa Ramadhan Hotfm yang diadakan di Jusco Setiawangsa yang dihidangkan oleh Minyak Masak Alif. Ramai Pengacara Hotfm dan artis-artis yang turut hadir sama. Jom terjah :



Amboi,Amboi, Bukan Main Sibuk Lagi Fafau/Fara Fauzana dengan Juadah yang dijualnya iaitu Nasi Lemak Berempah Madah Berhelah

Stages/Banner Rasa Ramadhan Dihidangkan Minyak Masak Alif

Eyriqazz dan Black Juara Mentor

Gerai Macam-Macam Rasa Alif bersama Black Mentor

Gerai Murtabak Masyuk FBI/Faizal Bin Ismail Pengacara Hotfm

FBI Bersama Isteri dan Alisya
Alisya : Apsal Uncle ni takde rambut?

Memang laris jualan Nasi Lemak Madah berhelah Fafau. Kami sampai dalam pukul 4 pun tak sempat nak beli. First gerai yang jualan habis diikuti dengan gerai FBI

Siap ada cabutan bertuah lagi untuk sesiapa yang beli Nasi Lemak 3 bungkus dan lebih (murah, Rm3 je)
P.s :Apsal rambut hafiz AF tu cam keras semacam je?

Mohd Juara Mentor yang menyumbangkan hadiah dan mencabut cabutan bertuah 
Apa yang cuba Ikhwan nak katakan kepada Alisya ya?

Ikhwan : Pandang Sana Alisya
Alisya :Yey, yey, bestnya dpt bergambar dengan Ikhwan

Memang friendly giler Ikhwan. Tetiba dia nak dukung Alisya, alisya biasanya ngan lelaki tak berapa nak pergi tapi dengan Ikhwan ok je . Inilah ciri pengacara yang kita mahu, mesra dengan peminat. Tahniah dan thanks Ikhwan.

Inilah Gerai Ikhwan bersama Mawi. Gerai World Zone of Desert. Minah tu rakan sepejabatku ,entah camne dia boleh ada disitu. Oh, Janatulhani. Mawi patutnya join sekali gerai tu tapi tak sampai lagi time tu, agaknya sesat kot?

Isteri ,ALisya dan Tomok 
Alisya :Nyam,nyam,sedapnya airtu.

Tomok menjual Air Banbu Arjuna & Dot,dot,Dot (x sempat nak beli)

Nubhan di Gerai Laksa Syok

Bersesak-sesak Pengunjung yang datang. Nasib baik sampai awal

Sharifah Aleeya menjual Ayam Percik

Tak lupa juga ini siaran Hot.fm (
hotfm.com.my ) , lebih hangat dari biasa


Minyak masak Alif ni untuk dijual juga or sekadar hiasan?


Dan Inilah yang kami beli ( Murtabak FBI, Ayam Percik Sharifah Aleeya, Roti Jala , dan bubur jagung dari Gerai Ikhwan -tiada dlm gambar- )

Overall rasanya boleh tahan dan inilah feedback saya :
Ayam Percik - Sedap dan memang puas hati
Murtabak - Murtabak sedap tapi kuahnya masam sikit
Roti Jala - Kuah sedap tapi roti jalanya agak keras skit (tak habis makan)
Bubur Jagung - Tak sempat tanya isteri lagi...

Memang bagusla event sebegini, berkesempatan berjumpa artis secara dekat. Lain kali adakanlah lagi ya? 

P/s : Huhuhu, sedih tak sempat nak bergambar dengan Farah Fauzana/Fafau (bukan main meriah lagi gerai dia, penuh orang berkerumun)

August 20, 2010

Kek Batik Masakan Isteri

Beberapa hari lepas, Isteri saya masakkan kek batik. Merengek dari petang dan malam suruh saya belikan Biskut Marie dan ButterCup (Ingredient Utama) . Tidak mahu menghampakan dia, saya pun belikanlah dan malam itu juga dia buatkan. So, inilah dia hasilnya :


Kek Batik

Sesudah mencuba, sememangnya sedap dan kena dengan citarasa saya. Saya kasi A++ . Hik3, Isteri saya memang jarang memasak kerana kesibukan bekerja (shift petang sekolah + anak kecil), tapi bila time isteri masak, memang sedap. Dushh, rindu la pula dengan masakan Mee Goreng Isteri. Memang sedap, tengoklah size badan saya ni, sebelum kenal dia, kurus aje, dah kenal dia dan kahwin, korang tengoklah sendiri. Itu dia belum aktif memasak, kalau aktif, umm korang fikirlah sendiri.

Thanks sayang masakkan untuk Abang. Lepas ni kalau berguru dengan Kak Ina KL dan Mat Gebu tentu sayangpun boleh buka blog masakan. Hik3, ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan? Mak mertua saya terror memasak, so anaknya pun apa kurangnya.

P/s : Masakan Isteri semestinya yang terbaik, kan? Tengoklah Sumijelly, walaupun hari-hari masakkan Chicken Chop dan Ikan Siakap bak kata Cik Norfa, suaminya tetap sayang. Yang penting masakan Isteri dan menyelerakan, kan? Hik3, sumijelly, jgn marah ya, bergurau aje...
Related Posts with Thumbnails