Showing posts with label ikhwan. Show all posts
Showing posts with label ikhwan. Show all posts

March 25, 2012

Alisya Tumpang Glamour di Galaxy 2012 Bersama Ikhwan HotFM

Nampak cam Alisya la di Galaxy 2012 petang tadi. Sejibik muka macam Alisya. Tapi nampak kecik skit  (Adik Eyriqazz, minggu lepas)

Ehh, Alisya kuar di Galaxy laa  ( Je Jai, Minggu lepas)

Hari ini, adik inform ada ulangan. So, sempatla rakamkan dengan Astro B.yond PVR rancangan ulangan ini :

Alisya dan Ikhwan Hotfm di Galaxy 2012
Gambar diambil masa event ni 2 tahun lepas rasanya. Time Hotfm buat bazaar ramadhan di AEON Setiawangsa

Hik3, tumpang glamour sattt.... Papanya pun tak pernah masuk tv rasanya..Alisya dah kuar dalam tv terlebih dahulu?

August 24, 2010

Alisya dan Ikhwan Hotfm

Alisya dan Ikhwan Hotfm (Bukan senang nak suruh dia bergambar camni)
Apa yang Alisya tengah fikirkan agaknya? Abang Ikhwan ni hensem juga ke?
Oh, I Love this Picture
Isteri dan Alisya gembira

Thanks buat Janatulhani yang ambil gambar ni . Dia dpt join sekali untuk jadi peminat yang join booth Ikhwan Hotfm dan Mawi. Lebih lanjut bolehlah refer entry ini : Rasa Ramadhan HotFM di Jusco Setiawangsa

P/s : Makin membesar, makin petah dan terhibur dengan keletahnya. Si Mama nya pula asyik bertanya, Papa, bila planning nak dpt adik untuk Alisya? Ummm, bila ya??

August 22, 2010

Rasa Ramadhan HotFM di Jusco Setiawangsa

Semalam ( 22 August 2010), kami berkesempatan untuk singgah di Rasa Ramadhan Hotfm yang diadakan di Jusco Setiawangsa yang dihidangkan oleh Minyak Masak Alif. Ramai Pengacara Hotfm dan artis-artis yang turut hadir sama. Jom terjah :



Amboi,Amboi, Bukan Main Sibuk Lagi Fafau/Fara Fauzana dengan Juadah yang dijualnya iaitu Nasi Lemak Berempah Madah Berhelah

Stages/Banner Rasa Ramadhan Dihidangkan Minyak Masak Alif

Eyriqazz dan Black Juara Mentor

Gerai Macam-Macam Rasa Alif bersama Black Mentor

Gerai Murtabak Masyuk FBI/Faizal Bin Ismail Pengacara Hotfm

FBI Bersama Isteri dan Alisya
Alisya : Apsal Uncle ni takde rambut?

Memang laris jualan Nasi Lemak Madah berhelah Fafau. Kami sampai dalam pukul 4 pun tak sempat nak beli. First gerai yang jualan habis diikuti dengan gerai FBI

Siap ada cabutan bertuah lagi untuk sesiapa yang beli Nasi Lemak 3 bungkus dan lebih (murah, Rm3 je)
P.s :Apsal rambut hafiz AF tu cam keras semacam je?

Mohd Juara Mentor yang menyumbangkan hadiah dan mencabut cabutan bertuah 
Apa yang cuba Ikhwan nak katakan kepada Alisya ya?

Ikhwan : Pandang Sana Alisya
Alisya :Yey, yey, bestnya dpt bergambar dengan Ikhwan

Memang friendly giler Ikhwan. Tetiba dia nak dukung Alisya, alisya biasanya ngan lelaki tak berapa nak pergi tapi dengan Ikhwan ok je . Inilah ciri pengacara yang kita mahu, mesra dengan peminat. Tahniah dan thanks Ikhwan.

Inilah Gerai Ikhwan bersama Mawi. Gerai World Zone of Desert. Minah tu rakan sepejabatku ,entah camne dia boleh ada disitu. Oh, Janatulhani. Mawi patutnya join sekali gerai tu tapi tak sampai lagi time tu, agaknya sesat kot?

Isteri ,ALisya dan Tomok 
Alisya :Nyam,nyam,sedapnya airtu.

Tomok menjual Air Banbu Arjuna & Dot,dot,Dot (x sempat nak beli)

Nubhan di Gerai Laksa Syok

Bersesak-sesak Pengunjung yang datang. Nasib baik sampai awal

Sharifah Aleeya menjual Ayam Percik

Tak lupa juga ini siaran Hot.fm (
hotfm.com.my ) , lebih hangat dari biasa


Minyak masak Alif ni untuk dijual juga or sekadar hiasan?


Dan Inilah yang kami beli ( Murtabak FBI, Ayam Percik Sharifah Aleeya, Roti Jala , dan bubur jagung dari Gerai Ikhwan -tiada dlm gambar- )

Overall rasanya boleh tahan dan inilah feedback saya :
Ayam Percik - Sedap dan memang puas hati
Murtabak - Murtabak sedap tapi kuahnya masam sikit
Roti Jala - Kuah sedap tapi roti jalanya agak keras skit (tak habis makan)
Bubur Jagung - Tak sempat tanya isteri lagi...

Memang bagusla event sebegini, berkesempatan berjumpa artis secara dekat. Lain kali adakanlah lagi ya? 

P/s : Huhuhu, sedih tak sempat nak bergambar dengan Farah Fauzana/Fafau (bukan main meriah lagi gerai dia, penuh orang berkerumun)

Related Posts with Thumbnails